SK Kuala Kubu Bharu Satu

SK Kuala Kubu Bharu Satu *Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Satu Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Satu didirikan pada tahun 1952 dengan nama Government English School.

Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang pertama di Daerah Hulu Selangor. Sekolah ini bermula dengan lima buah kelas yang terdiri daripada 121 orang pelajar dan enam orang guru. Apabila Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar di semua sekolah di Malaysia, nama sekolah ditukarkan menjadi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) dan sekolah ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang

.Pada tahun 1967 satu blok 2 tingkat didirikan. Blok ini mengandungi 8 kelas tetapi kelas masih tidak mencukupi dan berfungsi dalam dua sesi. Blok baharu ini dirasmikan oleh YB Menteri Pelajaran semasa itu , En. Khir Johari pada bulan Mac 1969. Pada 1 November 1969, En. Gurdeep Singh mentadbir sekolah ini dan bilangan kelas meningkat kepada 24 bilik darjah. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Jun 1970 apabila SRJK (Inggeris) ini dipisahkan kepada dua pentadbiran dan sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Satu) Kuala Kubu Bharu manakala yang satu lagi dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Dua) Kuala Kubu Bharu.

18/08/2026
16/08/2026

Address

Jalan Rasathurai
Kuala Kubu Bharu
44000

Telephone

+60360641261

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kuala Kubu Bharu Satu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Kuala Kubu Bharu Satu:

Shortcuts

Share