14/07/2026
πππππππ ππππππ ππππππππππ: βπππππ πππππππππ ππ ππππππππβ
13 Julai 2026 β Program Kursus Sembelihan: βHalal Integrity in Practiceβ telah dianjurkan pada Isnin, 13 Julai 2026 bersamaan 27 Muharam 1448H, bertempat di Dewan Maktabah dan perkarangan Masjid Darul Quran JAKIM.
Program ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran Kursus Fiqh Kepenggunaan yang diwajibkan kepada pelajar Syukbah Pengurusan Halal. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Ulum Islamiah, Ustazah Shahidah binti Shuib.
Dengan membawa slogan βIntegriti Halal Nadi Islah Tamadun Insaniβ, program ini dibimbing oleh Ustaz Yazuli bin Rosli, penceramah sembelihan bertauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menerusi sesi taklimat, para peserta diberikan pendedahan berkaitan konsep dan takrif sembelihan serta jenis-jenis sembelihan, iaitu al-zabh, al-nahr dan al-βaqr. Para peserta turut diberikan penerangan mengenai syarat-syarat sah sembelihan yang merangkumi aspek penyembelih, haiwan sembelihan, alat serta tempat sembelihan.
Slot amali yang bermula pada jam 11.30 pagi p**a melibatkan demonstrasi penyembelihan, proses penceluran dan pencabutan bulu ayam, pemotongan serta pembungkusan. Para peserta turut diberikan penekanan mengenai kepentingan menjaga kebersihan, memelihara integriti halal serta memastikan setiap proses penyembelihan dilaksanakan selaras dengan tuntutan syarak.
Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan peserta yang bukan sahaja memahami ilmu sembelihan secara teori, malah berupaya mengaplikasikannya dengan betul dalam kehidupan seharian. Sambutan yang menggalakkan turut mencerminkan tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar terhadap kepentingan memahami dan mengamalkan konsep halal secara menyeluruh.