07/10/2020
BAB SEBELAS : HUKUM LAM ALIF (لا)
Seperti yang kita sedia maklum, huruf lam alif terdiri daripada gabungan dua huruf iaitu huruf ا dan ل, di atasnya ada dua cabang dan di tengahnya ada satu bentuk bulat menjadikan bentuk sebegini (لا).
Adapun untuk menentukan kedudukan huruf ا, ulama berbeza pendapat.
📌Khalil bin Ahmad menyatakan bahawa cabang pertama merupakan huruf ا dan ini merupakan pendapat ahli al Magharibah.
📌Said bin Mas’adah al Akhfasy p**a berpendapat bahawa cabang kedua adalah huruf ا dan ini adalah pendapat yang kita berpegang padanya selama ini.
Susunan pada khilaf mengenai cara penulisan terbahagi kepada tiga hukum :
1️⃣ Hukum rumah hamzah pada huruf alif gabungan huruf Lam seperti pada kalimah الأرض :
👉🏻Mazhab Khalil menulis huruf hamzah pada cabang yang pertama.
👉🏻Mazhab al-Akhfasy menulis huruf hamzah pada cabang yang kedua.
2️⃣ Hukum kedudukan tanda mad pada huruf alif gabungan huruf lam seperti pada kalimah لا إله إلا الله :
👉🏻Mazhab Khalil meletakkan tanda mad pada cabang yang pertama.
👉🏻Mazhab al-Akhfasy meletakkan pada cabang yang kedua.
3️⃣ Hukum hamzah yang bersambung secara lafaz dengan alif sama ada huruf hamzah itu didahului oleh alif seperti (هؤلاء) ataupun huruf hamzah itu mendahului alif seperti (لأكلون).
👉🏻Mazhab Khalil menanda sebegini (اهؤلاء ، ءلاكلون)
👉🏻Mazhab al-Akhfasy menanda sebegini (هؤلاء ، لأكلون).
❗Tidak ada nas yang menyebutkan penandaan warna pada semua tanda dhabt yang disebutkan sebelum ini. Cukuplah dengan hanya menandakannya dengan warna merah bagi membezakan mushaf yang menunjukkan pembaharuan selepas zaman sahabat dengan penambahan tanda yang disebutkan sebelum ini.