05/05/2026
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51 TAHUN 2026 & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025
25 APR 2026 | SABTU
DEWAN SMKDHK
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 Tahun 2026 serta Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 telah berlangsung dengan jayanya.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menerima anugerah atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, disiplin serta sokongan padu daripada guru dan ibu bapa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada barisan AJK PIBG, pihak pentadbir, guru-guru serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan 🌟