22/08/2026
💎𝐔𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐊𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐚𝐢𝐤𝐢 𝐓𝐞𝐦𝐛𝐨𝐤, 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐮, 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐔𝐩𝐚𝐡 & 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐢𝐬𝐚𝐡.💎
💎𝐔𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐊𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐚𝐢𝐤𝐢 𝐓𝐞𝐦𝐛𝐨𝐤, 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐮, 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐔𝐩𝐚𝐡 & 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐢𝐬𝐚𝐡.💎
♥𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙆𝙪𝙡𝙞𝙖𝙝 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 22/08/2026 - 09 𝙍. 𝘼𝙬𝙬𝙖𝙡 1448𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙆𝙖𝙝𝙛𝙞 (25) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [77-78]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/Rga80mRj-OU?si=9sl6NgWJ_AJPi0m2
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah al-Kahfi dengan ayat 77 sehingga ayat 78 dalam juzuk keenambelas.
Alhamdulillah setengah daripada al-Quran sudah kita lalui.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan ujian ketiga yang akan dilalui oleh Nabi Allah Musa a.s.
Setelah melalui dua peristiwa yang Musa lupa & langgar janji dan Khadir memaafkannya maka ini adalah episod ketiga dimana perbuatan Khadir dibantah oleh Musa lagi.
3. Mereka pun berjalan lagi sehingga tiba di sebuah kampung dan orang kampung tersebut tak terima mereka sebagai tamu, tak mahu beri makanan & tempat tinggal.
4. Mereka dapati sebuah tembok yang mahu runtuh di kampung itu & tiba-tiba Khadir baiki tembok itu.
Nabi Musa lalu memberi cadangan agar Khadir ambil upah dari mereka yang bakhil itu!
5. Maka sekarang tibalah waktu untuk berpisah, tak dapat kita bayangkan betapa sedihnya episod perpisahan ini.
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang eposid kedua iaitu Khadir bunuh seorang budak & Musa menegur dan marah perbuatan yang dianggap sangat mungkar itu!
Menyedari kesalahannya Musa minta maaf dan minta diberi peluang terakhir.
ii- maka ini adalah episod yang ketiga di mana selepas mereka meneruskan perjalanan mereka tiba di sebuah kampung yang penduduknya bakhil & sombong.
Maka berlakulah peristiwa ketiga di situ!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟕- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢, 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐭𝐮, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐛𝐨𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐡, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐧𝐲𝐚. 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: "𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐚𝐡𝐮, 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐮𝐩𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚!"} (𝐀𝐥-𝐊𝐚𝐡𝐟𝐢 𝟏𝟖:𝟕𝟕)
1. Maka berjalanlah Nabi Musa dan Khadir sehingga mereka tiba disebuah kampung atau bandar dan mereka meminta makan & tempat berteduh.
Di manakah p**a kampung ini??
2. Kata Imam Ibnu Hajar dalam Fathul-Bari:
i- Ada orang kata kampung itu namanya- Al-Ubullah (), Intoqiyah di hujung Turki.
Ada yang kata di Azerbijan, Burqah, Nasirah, kep**auan Andalus dan lain-lain.
Yang penting tak tahu di mana!
ii- maka jika banyak sangat kemungkinan dan percanggahan fakta, jauh-jauh p**a maka ia adalah sesuatu yang tidak dapat dipakai atau diterima semuanya.
3. Kata ulama' tafsir lagi: Tuhan tidak sebut pun nama kampung itu maka tidak perlu bagi kita untuk mengkaji carinya!
Cukuplah kita kata suatu kampung yang Allah tak sebut namanya maka kita pun tak perlulah menyebutnya!
4. Penduduknya tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu- iaitu tidak mahu memberi mereka tempat tinggal & makanan.
Rupanya penduduk kampung itu bakhil tidak kesian pada orang musafir!
5. Kemudian Musa & Khadir terjumpa sebuah tembok atau dinding (جِدَارًۭا) yang hampir terbalik atau nak jatuh.
Maka Khadir pun menolak balik, membetulkan balik dinding tembok yang nak runtuh itu.
6. Kisah Musa & Khadir dari hadis:
i- dari riwayat Ubai:
Mereka menjumpai dinding yang nak terbalik maka Khadir pun membetulkannya dengan tangannya begitu saja tanpa menggunakan apa-apa alat. [HR Bukhari].
Itu adalah kekuatan & mukjizat Khadir.
ii- begitu juga dalam hadis riwayat Sufyan: Khadir hanya menggunakan isyarat dengan tangannya bagi membetulkan dinding itu- yang membuatkan ia naik dan betul semula!
Tidak menggunakan apa-apa alat.
Ini juga hadis riwayat Bukhari yang sahih.
*Jika kita hari ini- seolah guna remote control atau magik- Kecanggihan teknologi yang ada hari ini menunjukkan tiada yang ajaib untuk apa yang akan berlaku pada hari Kiamat kelak.
7. Ulama' membahaskan p**a maksud dinding itu nak runtuh {يُرِيدُ أَن يَنقَضَّ} pakah dinding itu satu makhluk yang ada perasaan nak runtuh??:
i- ada yang kata dinding itu memang ada perasaan nak runtuh sungguh secara hakikinya!
ii- ada yang kata ia hanya majaz (andaian saja) benda itu rosak nak terbalik dah, maka nak runtuhlah ia.
8. Manakala tentang Khadir membetulkan balik dinding itu {فَأَقَامَهُۥ} ada beberapa perbincangan ulama':
i- Kata Ibnu Kathir hadis yang menunjukkan bahawa Khadir hanya buat isyarat dengan tangannya untuk membetulkan dinding itu- maka itu adalah kelebihan & keajaiban yang berlaku kepada Khadir.
ii- manakala kata Imam Syeikh Ibnu Atiyah rhm: Ulama tafsir berbeza pandangan tentang kalimah فأقامه- dia betulkan dinding:
i- Ada ulama kata: هدمه وأعاده- Dia runtuhkan dan bina semula, ini satu tafsiran.
Kerana itu Nabi Musa kata kerana dia buat balik, dia boleh ambil upah dengannya.
ii- tetapi kata Sa‘id bin Jubair bukan begitu, dia hanya gunakan tangan dia, dengan isyarat saja untuk betulkannya, tak ada berpenat lelahpun!
*Maka kata al-Qadhi: Hadis menunjukkan bahawa ini yang Nabi kata, bukan kata runtuh buat semula- hanya betulkan balik dengan tangannya!
Inilah yang nampak lebih relevan dengan mukjizat ataupun dengan karamah yang Allah telah berikan kepada Khadir.
Kalau dia runtuhkan dulu kemudian bina balik; nampak macam biasa seperti orang ramai.
Apa yang Khadir buat, dia hanya betulkan balik dengan tangannya. والله أعلم
Panjang Ibnu ‘Atiyyah bahaskan isu ni, kita pun tak mahu panjang lagi.
9. Setelah melihat perbuatan Khadir itu- 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: "𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐚𝐡𝐮, 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐮𝐩𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚.”
Yakni Nabi Musa tidak membantah dengan kuat kali ini hanya memberi cadangan agar Khadir mengambil upah, lalu mereka boleh membeli makanan atau tempat tinggal dari penduduk di situ.
10. Nota [758] Yakni Nabi Khidir a.s membina tembok itu dengan tidak mengambil sebarang upah.
Inilah yang menyebabkan nabi Musa a.s mengatakan tidak puas hatinya, kerana penduduk bandar itu tidak berbudi dan tidak sudi menerima mereka sebagai tetamu, maka sudah sepatutnya mereka diminta membayar upah membina tembok itu.
11. Walaupun Musa tidak bantah hanya beri cadangan tetapi Khadir tak boleh terima juga kerana mereka sudah berjanji semalam.
Khadir tak cakap banyak lagi terus memutuskan hukuman berpisah antara mereka.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟖- {𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛: "𝐈𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐩𝐢𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐤𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐦𝐮, 𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 (𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐦𝐮𝐬𝐲𝐤𝐢𝐥𝐤𝐚𝐧) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚.} (𝐀𝐥-𝐊𝐚𝐡𝐟𝐢 𝟏𝟖:𝟕𝟖)
1. Khadir berkata kepada Musa: Pertanyaan atau cadanganmu tadi adalah tetap dikira bantahan atau kritikanmu kepadakua buat kali yang ketiga.
Kali pertama kamu kata kamu lupa, aku maafkan.
Kali kedua, kamu janji tak akan buat alagi aku beri peluang.
Maka sekali lagi kamu bantah ini adalah kali ketiga!
Maka sudah sampai masanya untuk kita berpisah.
2. Maka kita berpisah di sini & tamatlah peluang dan masa yang diberi untuk kamu belajar dengan aku.
Lepas daripada ini, kamu tidak boleh ikut aku lagi.
3. Nabi Musa terpaksa balik kepada kaumnya Bani Israel.
Sebab kalau kita tengok pada perjalanan yang ditempuhnya sudah jauh, jika sudah sampai di Intoqiyah di Turki, jauh sekali kerana Musa duduk di Mesir.
Bagaimana Musa balik kita kata والله أعلم, itu yang paling tepat sekali.
4. Tetapi Khadir tetap memberi pengajaran kepada nabi Musa a.s sebelum mereka berpisah.
Dia akan ceritakan satu-persatu dengan detail rahsia di sebalik semua perbuatannya tadi yang membuatkan Nabi Musa marah, membantah dan tak sabar untuk mengkritiknya!
5. Kamu tak sabar dan tak tahan nak bantah & kritik aku!
Jika kamu sabar banyak lagi kamu dapat rahsia & ilmu pengajaran dariku.
Tetapi kerana kamu tak sabar maka sekarang tibalah waktu perpisahan antara kita!
6. Yakni nabi Musa diberi taklimat oleh Khadir akan apa sebab, kenapa & mengapa dia buat semua perkara tadi.
Ini akan dijawab dalam ayat seterusnya besok, insya' Allah.
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟕- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢, 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐭𝐮, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚..
- فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا}-
mereka berjalan sehingga tiba kepada penduduk di sebuah kampung- Musa & Khadir minta untuk jadi tetamu tetapi orang kampung itu menolak & tidak mahu!
Mereka datang dari jauh, mungkin perlukan tempat untuk duduk, tempat tumpangan ataupun makanan.
Tetapi orang kampung ini memang kedekut & tidak menghormati tetamu.
Kata ulama' tadabbur: Sesiapa yang meminta dengan orang tetapi orang tidak mahu beri, apabila kita pergi kepada seseorang tetapi orang tidak menerima kita, maka kita ingat dan ambillah pengajaran daripada kisah ini, kisah yang menimpa nabi Musa & Khadir.
Kita pergi mahu menolong orang, tetapi orang tidak menghargai kita.
Kita mahu membantu dia, tetapi dia buat tidak peduli kepada kita.
Nabi Khadir datang dengan tujuan membaiki tembok mereka, sedangkan penduduk kampung itu bakhil.
وَكَمْ مِنْ مُهَانٍ عِنْدَ النَّاسِ وَهُوَ جَدِيرٌ عِنْدَ اللَّهِ
Betapa ramai orang yang dianggap biasa atau dipandang hina dan lekeh oleh orang lain tetapi sebenarnya mereka adalah orang yang mulia di sisi Allah s.w.t.
Lihatlah betapa Musa seorang nabi, Khadir juga nabi. Ataupun menurut pendapat yang mengatakan Khadir wali, maka Musa nabi dan Khadir wali.
Dua orang yang sangat mulia di sisi Allah عز وجل, tetapi penduduk kampung itu buat tidak endah kepada mereka.
Jadi mana-mana orang yang terhalang daripada mendapat sesuatu nikmat, atau orang tidak menerima kita, ingatlah kisah Nabi Musa dan Khadir.
Mereka juga pernah dibuat tidak endah oleh manusia.
Dalam hidup ini kadang-kadang ada pengalaman yang sangat menyedihkan.
DDAAM ada juga satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Ada orang Arab memberikan projek pembinaan untuk pusat tahfiz al-Quran, nilainya sekitar dua hingga tiga juta ringgit di satu tempat yang besar. Kalau disebut mungkin orang kenal.
Orang Arab itu datang melawat ke sini semata-mata mahu melihat projek yang dibiayai oleh yayasan Basfar, nilainya bukan sedikit, jutaan ringgit.
Dia minta Abu Anas untuk menemani dan mengiringinya.
Mereka sampai ke tempat pada waktu zohor, tetapi sangat menyedihkan, setitik air pun tidak diberi kepada tetamu apatah lagi untuk menjamu makan sedangkan para staffnya boleh p**a sedang makan tengahari pada waktu itu.
Orang datang dari jauh, membantu projek al-Quran, tetapi kerana tidak senang dengan lawatannya, layanan begitu sahaja sangat tidak menghormati tetamu.
Apabila baca ayat ini membuatkannya terkenang kisah itu, terasa malu sungguh.
Adabnya: Walaupun kita tidak kenal orang yang datang ke rumah kita, sekurang-kurangnya berilah air.
Kalau ada makanan atau kuih boleh dihidangkan atau kalau memang tidak bersedia, beritahulah dengan baik bahawa kita tidak tahu tetamu akan datang.
Tetapi kalau orang datang dari jauh, sepatutnya kita kena usaha ikhtiar untuk meraikannya!
Itulah antara pengalaman saya membawa tetamu yang agak memalukan.
Mudah-mudahan Allah Taala mengampunkan kita semua dan mengampunkan sahabat-sahabat kita.
Kemudian dalam ayat ini terdapat pengulangan Perkataan أهلها disebut dua kali:
حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا
Kata ulama: Pengulangan perkataan itu sebagai penegasan terhadap sikap penduduk kampung tersebut.
Orang kampung itu bakhil maka dua kali disebut tentang penduduk kampung tersebut.
Jadi kita ambillah pengajaran tentang adab, janganlah terlalu bakhil dan terlalu susah hendak melayan orang.
Tidak perlu pun membeli kopi mahal-mahal. Air biasa pun cukup.
Kita sendiri pun jika nak minum atau hendak menjamu orang, carilah tempat yang baik, tidak semestinya pergi ke kedai kopi mahal atau tempat yang terkenal.
Yang penting carilah kedai milik orang Islam, dalam negara kita ini bukan tidak ada lagi kedai muslim untuk kita beri sokongan.
Jadilah umat Islam yang peka- jangan asal ada logo halal kita beramai-ramai memeriahkan kedai milik bukan Islam.
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟕- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢, 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫.- فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ} -
Nabi Musa dan Khadir berjalan sehingga tiba di sebuah kampung!
Al-Quran tidak menyebut:
وَصَلَا إِلَى أَهْلِ الْقَرْيَةِ-
Apabila mereka sampai ke kampung itu; tetapi menggunakan perkataan: أَتَيَا- iaitu tiba.
Kata Ibn ‘Ashur:
إِشَارَةٌ إِلَى أَنَّ إِتْيَانَهُمَا لَهَا كَانَ عَلَى قَصْدٍ
Ini adalah isyarat bahawa Khadir memang perjalanannya mahu menuju ke kampung atau tempat itu- Khadir memang menuju ke situ kerana agenda dan perjalanan yang ditetapkan untuknya.
Kalau bahasa kita hari ini, seolah-olah sudah ada “GPS” yang menunjukkan arah, seolah telah diberi location atau GPS oleh Allah s.w.t.
Ini menunjukkan bahawa Khadir memang menuju ke tempat tersebut.
Bukan secara spontan atau kebetulan terserempak dengan kampung itu.
Kita boleh ambil satu pengajaran: Kerana itu kita apabila ada tujuan atau agenda besar kita kena fokus kepada janji atau tujuan yang utama itu dulu!
Contohnya; kita keluar dari rumah untuk pergi membantu seseorang.
Maka pergi dahulu ke tempat yang dijanjikan, jangan singgah sana sini sedangkan orang sedang menunggu kita.
Jangan p**a singgah minum kopi, makan buah dan sebagainya sehingga agenda utama tergendala.
Bila kita sudah berjanji untuk menuju ke satu tempat, selesaikan dahulu agenda utama.
Selepas selesai program, barulah kita pergi berjalan atau melakukan perkara lain.
Jadi kata Ibn ‘Ashur:
إِشَارَةٌ إِلَى أَنَّ إِتْيَانَهُمَا لَهَا كَانَ عَلَى قَصْدٍ
Memang mereka fokus menuju ke tempat tersebut.
Selepas itu mereka sampai kepada penduduk kampung dan mahu menjadi tetamu.
Penduduk kampung p**a tidak mempedulikan mereka.
Namun Khadir tetap membaiki tembok mereka. Allahu Akbar.
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟕- {… اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا- 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐭𝐮...}- mereka berdua meminta makanan daripada penduduk kampung tersebut.
Kata ulama tadabbur, dinukilkan oleh Ibn ‘Ashur daripada kitab an-Nukat karya Al-Qassab:
Ayat ini menjadi dalil harus bagi seorang musafir atau orang yang sedang dalam perjalanan, apabila tiba di satu-satu tempat untuk meminta makanan dari orang kampung tersebut kerana kita tak tahu tempatnya.
Yakni apabila seorang pengembara sampai di sesuatu tempat, dia boleh bertanya di mana kedai untuk makan.
Kalau tidak ada kedai dan dia benar-benar lapar, dia boleh meminta makanan daripada penduduk kampung.
Ini kerana seorang pengembara tidak mengetahui keadaan tempat tersebut.
Jelas dalam syariat umat terdahulu pun, tetamu dan pengembara diberikan makanan.
Tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa hukum ini telah dibatalkan.
Maknanya, seorang pengembara boleh meminta makanan apabila dia benar-benar memerlukannya dan tidak mempunyai makanan.
Tetapi kalau ada kedai, tentulah kita beli sendiri. Jangan p**a ada kedai tetapi kita pergi meminta makanan daripada orang.
Atau mungkin kita pergi ke sesuatu tempat & didapati kedai tutup.
Sedangkan rumah orang ada di situ; maka dalam keadaan perlu & darurat, bolehlah meminta makanan.
Dalam ayat ini juga terdapat satu lagi perkara yang disyariatkan, iaitu menghormati dan memuliakan ابن السبيل, orang yang sedang dalam perjalanan.
Orang musafir datang kepada kita, kita tanyalah, “Awak hendak pergi mana? Ada tempat tinggal atau tidak?” Kalau perlu, kita carikan tempat untuk dia.
Berikan homestay, rumah tetamu, guest house atau apa sahaja tempat yang sesuai.
Kita kena utamakan perkara itu.
Ayat ini juga menunjukkan bahawa Nabi itu manusia.
Nabi juga memerlukan makanan.
النَّبِيُّ إِنْسَانٌ مِنَ الْبَشَرِ، وَإِنْ كَانَ نَبِيًّا -
Walaupun seorang Nabi, baginda tetap memerlukan makanan juga.
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟕- {𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: "𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐚𝐡𝐮, 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐮𝐩𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚!"}- nabi Musa kata kepada Khadir- jika kamu mahu kamu boleh minta upah dari penduduk kampung ini!
Ayat ini menjadi dalil harus dan boleh kita ambil upah atas pekerjaan yang kita buat.
Tetapi seeloknya bincang dulu biar ada hitam-putih, persetujuan atas harga, jenis kerja dan seumpamanya agar tidak timbul masalah di kemudian hari!
Nabi Khadir p**a segera membaiki dinding itu kerana keadaan tidak boleh diselamatakan lagi jika terlewat ini termasuk banyak cakap langgar SOP juga.
Tetapi ingat, seelok-eloknya kalau hendak mengambil upah, bincang terlebih dahulu sebelum melakukan pekerjaan.
“Kita boleh buat kerja ini, tetapi upahnya dua ribu ringgit.
Ataupun seribu ringgit, lima ratus ringgit dan sebagainya tetapi biar jelas.
Jangan p**a kita kata, “Tak apa, kita buat dahulu.”
Kemudian selepas siap, baru diberikan invoice. Tiba-tiba invoice lima ribu ringgit.
“Allahu Akbar, mahalnya!
Ingatkan seribu dua sahaja.”
Walau macam mana pun, sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, kita kena kembali kepada perjanjian.
Ataupun kalau memang sudah diketahui kadar biasa bagi pekerjaan tersebut, maka ikutlah kadar yang biasa.
Sekarang ini banyak juga berlaku penipuan atau scam. Kerja belum apa-apa, tetapi cajnya sangat mahal. Allahu Akbar.
Sebab itulah Nabi Musa berkata:
لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا
“Kalau kamu mahu, kamu boleh mengambil upah atas pekerjaan ini.”
Khidir tidak membantah cadangan Nabi Musa itu- untuk ambil upah kerana bekerja.
Tetapi Khadir menyatakan dia kena segera membaiki dinding yang nak rintuh itu sebelum ianta jatuh dan terbongkar harta anak yatim yang ada disebaliknya!
Maknanya, ada keadaan kita boleh menangguhkan perbincangan tentang upah.
Contohnya, kalau rumah orang hampir runtuh ataupun paip air sedang bocor dan air keluar menyebabkan membazir, janganlah tunggu hendak berbincang panjang.
Baiki dahulu perkara yang mendesak itu, tutup dahulu air supaya tidak terus membazir, kemudian barulah berbincang.
Jadi ada perkara yang perlu diselesaikan segera dan ada perkara yang boleh dibincangkan terlebih dahulu.
Tetapi seelok-eloknya, kalau pekerjaan itu boleh ditangguhkan, bincang dahulu, setuju harga, kemudian baru buat.
Jangan siap sahaja kerja, tiba-tiba invoice sampai dengan harga yang sangat mahal.
Terkejut kita melihatnya, ini bahaya.
Kita kena belajar tentang ketelusan dalam pengurusan.
Berapa harganya, biarlah jelas.
Yang penting dalam kes ini, teguran atau cadangan Nabi Musa kepada Khidir ini dikira sebagai satu lagi gangguan terhadap tugas yang dilakukan oleh Khidir.
Ia termasuk juga dalam pelanggaran SOP yang telah dipersetujui.
Maka Musa kena terima akibatnya!
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟖- {𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛: "𝐈𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐩𝐢𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐤𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐦𝐮
-قَالَ هَذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ…}-
Nabi Khadir berkata kepada nabi Musa- sekarang ini adalah waktu untuk kita berpisah.
Kerana sudah cukup keuzuran atau alasan, kamu tidak dapat bersabar.
Maka tamatlah perjalanan, kita kena berpisah.
Selepas ini kamu tidak boleh lagi mengikuti aku.
Kamu datang aku tidak jemput kamu.
Sekarang sudah sampai waktu untuk kita berpisah.
Kenapa Nabi Musa dan Khidir berpisah?
Sebab sudah cukup syarat yang ditetapkan dalam SOP kesabaran mereka.
Kita pun selalu sebut kepada pelajar-pelajar: ingat, apabila sudah cukup syarat, maka tindakan mesti dibuat.
Amaran pertama, amaran kedua, dan apabila sampai amaran yang ketiga, maka tindakan kena diambil.
Inilah yang disebut oleh para ulama.
Nabi Khidir berkata kepada Musa, “Kita kena berpisah, Musa.”
Walau bagaimanapun, untuk menenangkan hati Nabi Musa, Khidir tetap menerangkan kepadanya:
سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا
“Aku akan ceritakan kepada kamu satu persatu sebab aku melakukan perkara-perkara tadi.”
Ini penting; Ingat, apabila kita hendak mengambil tindakan terhadap seseorang, kita hendak memberhentikan seseorang atau sebagainya, kita kena beritahu sebabnya biar dia jelas dan boleh terima & faham.
Jadi apabila Nabi Musa mendengar satu persatu alasan yang diberikan oleh Khidir—kenapa dia merosakkan kapal, kenapa dia membunuh budak dan kenapa dia membaiki tembok—Nabi Musa pun faham.
Allahu Akbar!
Kalau aku tahu, tentulah aku tidak membantah. Tetapi itulah namanya kesabaran.
Itulah yang dikatakan SOP pelajaran & kesabaran yang diberikan kepada kita.
Jangan lari, esok kita sambung ayat 79- kita akan ceritakan satu persatu tiga sebab peristiwa besar ini, insya-Allah.
Alhamdulillah tamatlah kuliah tafsir kita untuk surah al-Kahfi pada hari ini.
Semoga mendapat faedah & berkatnya.
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 22/08/2026 - 09 𝙍. 𝘼𝙬𝙬𝙖𝙡 1448𝙃🌷
***
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Al-Israa' 2026 (29 Siri) & Surah Al-Kahfi (Setakat Yang Ada) boleh dilihat di:
Link: https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LAdbtaQAQNFoKZHkJTDZb6V
Semoga Bermanfaat!