Sekolah Kebangsaan Telkong

Sekolah Kebangsaan Telkong Laman Facebook Rasmi Sekolah Kebangsaan Telkong ✅

Sekolah Kebangsaan Telkong atau nama ringkasnya SK Telkong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Telekong.

AKTIVITI GERKO🫡Teknik & Arahan Kawad KakiBimbingan teknik serta arahan asas kawad kaki oleh Encik Mat Nizam.
21/08/2026

AKTIVITI GERKO🫡

Teknik & Arahan Kawad Kaki
Bimbingan teknik serta arahan asas kawad kaki oleh Encik Mat Nizam.

20/08/2026

Nyanyian Lagu Patriotik & Laungan Slogan “Kami Benci Buli”🥳

18/08/2026

🇲🇾Gimik Perasmian Oleh Guru Besar,Puan Sharifah binti Che Husain🥳

🎉 Selamat Hari Lahir, PK HEM! 🎂🌷Selamat hari lahir diucapkan kepada Cikgu Mariani binti Mohd Ariffin, Guru Penolong Kana...
17/08/2026

🎉 Selamat Hari Lahir, PK HEM! 🎂🌷

Selamat hari lahir diucapkan kepada Cikgu Mariani binti Mohd Ariffin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, PK HEM SK Telkong. 💐

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan dedikasi dalam menjalankan amanah sebagai PK HEM SK Telkong🌸✨

Ikhlas daripada,
Warga SK Telkong 💐

16/08/2026

🌺🇲🇾🇲🇾🇲🇾

🌺MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM PENGHAYATAN BULAN KEMERDEKAAN🌺📅 16 Ogos 2026 (Ahad)📍 Dewan Intan Dahlia, SK TelkongAlhamdulil...
16/08/2026

🌺MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM PENGHAYATAN BULAN KEMERDEKAAN🌺

📅 16 Ogos 2026 (Ahad)
📍 Dewan Intan Dahlia, SK Telkong

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Penghayatan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Telkong 2026 dengan penuh semangat dan meriah.

Semoga program ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan negara serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah. 🇲🇾❤️

🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 🇲🇾





🌸 Kaunter Interpretasi PPSi & iKeP serta Taklimat Pentaksiran Tahun 4 🌸🗓️ Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)📍 Tempat: Dewan I...
15/08/2026

🌸 Kaunter Interpretasi PPSi & iKeP serta Taklimat Pentaksiran Tahun 4 🌸

🗓️ Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)
📍 Tempat: Dewan Intan Dahlia

Kaunter Interpretasi PPSi & iKeP bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), Cikgu Suelizati.

Taklimat Pentaksiran Matriks oleh Cikgu Zawai dan Pentaksiran Psikometrik oleh Cikgu Suelizati kepada murid Tahun 4.

Semoga perkongsian ini membantu murid memahami proses pentaksiran serta mengenali potensi, kebolehan dan diri mereka dengan lebih baik🌟






14/08/2026

Terima Kasih kepada semua ibubapa yg hadir untuk Hari Perjumpaan Ibubapa & Guru serta Penyerahan Slip PBD SKT 2026🥳

🌷 PERJUMPAAN IBU BAPA & GURU | PENYERAHAN SLIP PBD 🌷🗓️ 13 Ogos 2026 | Khamis📍 Dewan Intan Dahlia, SK TelkongAlhamdulilla...
13/08/2026

🌷 PERJUMPAAN IBU BAPA & GURU | PENYERAHAN SLIP PBD 🌷

🗓️ 13 Ogos 2026 | Khamis
📍 Dewan Intan Dahlia, SK Telkong

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan lancar Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru serta Penyerahan Slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi murid-murid SK Telkong.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, barisan Guru Penolong Kanan serta Encik Zulkifli bin Abdullah, Pengetua SMK Kuala Krai, selaku penceramah jemputan.

Program turut diserikan dengan Ceramah Motivasi Keibubapaan yang disampaikan oleh En. Zulkifli bin Abdullah. Perkongsian yang penuh inspirasi ini memberikan panduan dan motivasi kepada ibu bapa dalam memainkan peranan penting sebagai pendidik pertama anak-anak serta menyokong perkembangan mereka secara holistik.

Program ini menjadi platform yang bermakna untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam berkongsi perkembangan, pencapaian serta keperluan pembelajaran anak-anak.

Kerjasama erat antara sekolah, guru dan ibu bapa merupakan asas penting dalam membentuk kemenjadian murid yang seimbang dari aspek akademik, sahsiah, emosi dan sosial.

Bersama-sama kita membimbing, mendidik dan membentuk generasi yang cemerlang, berilmu serta berakhlak mulia. 🌟









Address

Sekolah Kebangsaan Telkong
Kuala Krai
18000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601165734100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Telkong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Telkong:

Shortcuts

Share

Category