Pondok Sungai Durian

Pondok Sungai Durian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pondok Sungai Durian, Education, Pondok Sungai Durian, Kuala Krai.

💎𝐏𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐣𝐮𝐫, 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐓𝐮𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 & 𝐀𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐫 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.💎
29/04/2024

💎𝐏𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐣𝐮𝐫, 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐓𝐮𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 & 𝐀𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐫 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.💎

💎𝐏𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐣𝐮𝐫, 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐓𝐮𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 & 𝐀𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐫 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.💎

♥𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 20 𝙎𝙮𝙖𝙬𝙖𝙡 1445𝙃 = 29/04/2024 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙖𝙡𝙞 𝙄𝙢𝙧𝙖𝙣 (68) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [199-200]♥

F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://fb.watch/rKAPAn7did/

🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir bagi ayat 199 sehingga 200, surah Aali Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzuk yang keempat.

2. Sekali lagi alhamdulillah, pagi ini dengan limpah kurnia, taufiq & inayah (pertolongan) Allah s.w.t dengan siri ke-68 ini berakhirlah siri terakhir tafsir & tadabbur ringkas surah Aali Imran Imran yang mulia ini.

Kita berdoa supaya Allah sentiasa mencurahkan taufiq & 'inayah pertolongan-Nya agar kita terus dapat belajar al-Quran & mengamalkannya selagi hayat dikandung badan, serta agar al-Quran menjadi peneman kita di dalam kubur & pemandu kita ke syurga di Akhirat kelak!

3. Dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan pujian buat ahli kitab yang jujur, yang amanah & ikhlas beriman dengan kitab-kitab mereka juga dengan al-Quran.

4. Mereka tidak tunggang agama, tidak menyembunyikan kebenaran tentang Nabi s.a.w, tidak memutar-belit fakta yang ada dalam kitab mereka sebagaimana yang dibuat oleh sebahagian besar ahli kitab yahudi & nasrani yang lain.

5. Kemudian Allah tutup ayat ini dengan beri arahan agar sabar dalam perjuangan, tetapi mestilah dalam skop orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Inilah ayat yang cukup besar sebagai panduan dalam perjuangan.

6. Munasabah dengan ayat sebelumnya:

a) i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t menyatakan tentang keadaan orang mukmin dan sebelum itu kedudukan orang kafir yang nampak kejayaan mereka di dunia.

ii- maka dalam ayat ini p**a Allah nyatakan ada dari kalangan ahli kitab itu yang beriman.
Jika mereka beriman, mereka akan masuk bersama golongan orang mukmin pada zaman Rasulullah s.a.w.

b) i- Allah juga telah nyatakan perbuatan buruk ahli kitab seperti mencampakkan kitab & hukum Allah ke belakang, memutar-belit fakta yang ada dan pelbagai sifat buruk lagi seperti khianat janji & pecah amanah.

ii- maka dalam ayat ini Allah s.w.t ajar kepada kita sifat insof & adil dalam menilai manusia.

Allah nyatakan bahawa bukan semua mereka ahli kitab jahat & menyeleweng begitu- ada juga yang ikhlas & beriman seperti Sayyidina Abdullah bin Salam r.a dan beberapa orang lagi, tetapi tidak ramailah mereka ini!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟗𝟗- {𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛, 𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚) 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧) 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚) 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐲𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐤𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭. 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚 𝐡𝐢𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐬𝐚𝐛𝐍𝐲𝐚.} (𝐀𝐚𝐥𝐢 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 𝟑:𝟏𝟗𝟗)

1. Dalam ayat ini Allah s.w.t memuji ahli kitab yang beriman dengan kitab Taurat & Injil mereka, beriman dengan al-Quran & kitab nabi-nabi terdahulu juga!

Mereka ini dapat ganjaran beriman dengan dua kitab; Taurat/Injil & al-Quran.

2. Mereka tidak seperti Ahli Kitab yang lain yang menunggang agama dengan menjual ayat-ayat Allah s.w.t dengan harga yang sedikit.

3. Sabab nuzul ayat ini:
Hadis riwayat dari Anas ibnu Malik yang menceritakan bahawa ketika sampai berita bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia, Rasulullah s.a.w bersabda:
Mohonkanlah ampun buat saudara kamu yang telah meninggal!

Maka sebahagian sahabat terkejut & ada yang mengatakan,
"Apakah Baginda memerintahkan kita agar meminta ampun bagi orang kafir yang mati di negeri Habsyah ini?"

Maka turunlah firman Allah s.w.t ini:
{Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka, sedangkan mereka berendah hati kepada Allah...} (Ali Imran: 199), sehingga akhir ayat.”
[HR an-Nasa’ei dan lain-lain].

4. Allah kata ada terdapat sebahagian dari ahli kitab itu walaupun tidak ramai tetapi ada mereka yang dari kalangan yahudi ini diketuai oleh Abdullah bin Salam r.a- tak sampai pun 10 orang daripada mereka.

Manakala dari kalangan nasrani p**a penentangan mereka kepada Islam pada zaman itu lebih lunak & jinak- maka lebih ramai dari kalangan mereka yang menerima Islam seperti an-Najasyi Raja Habsyah, Salman al-Farisi dan lain-lain.

5. Kerana itu Allah gambarkan dalam al-Quran dengan firman-Nya:
{Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka p**a tidak berlaku sombong.} (Al-Maaidah 5:82)

6. Kerana itu kita lihat ramai nasrani yang menerima Islam tetapi dari kalangan yahudi tidak ramai- tidak sampai 10 orang.

Tetapi walaupun mereka yang beriman ini sedikit tetapi Allah s.w.t mengajar kepada kita untuk berlaku adil, telus dan insof, dalam menilai orang.

*Sebagaimana dalam buku "Islam Adalah Cara Hidup"- disebut beberapa cara untuk adil & insof: https://dartaibah.com/store/*NEW-Buku-Islam-Cara-Hidup-tulisan-Dr-Abdul-Basit-Hj-Abd-Rahman-p12700401

7. Cuma pada zaman kita hari ini apakah ada lagi "Nasoro Mawaddah" nasrani yang dekat & lunak kepada orang Islam?

Tengoklah kepada alam realiti medan dakwah kita hari ini - jangan tengok kepada alam fantasi & sejarah yang telah berlalu!

*Hati-hatilah kebanyakan pendakyah Kristian zaman ini adalah orang yang terkenal & masyhur.

8. Dalam ayat ini Allah sebut 5 sifat ahli kitab yang baik, sekump**an kecil mereka yang:

i- Beriman kepada Allah
ii- Beriman kepada kitab al-Quran yang diturunkan & kepada Nabi s.a.w.
iii- Beriman dengan kitab-kitab yang terdahulu iaitu Tertentu, Injil, Zabur dan lain-lain.
iv- mereka khusyuk merendah diri, akur patuh taat kepada Allah!

v- Golongan ini tidak membeli agama Allah dengan harga yang sedikit; yakni mereka ini tidak menyembunyikan fakta yang benar & tidak seleweng atau tukar maklumat yang ada.

*Iaitu memberi khabar gembira tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w & sifatnya yang jelas.
Inilah sifat sedikit dari kalangan yahudi & nasrani yang jujur.

9. Bagi mereka yang beriman dengan ikhlas ini; pahala besar, anugerah agung yang Allah sediakan di sisi-Nya.

10. Sesungguhnya hisab- perhitungan & balasan dari Allah itu sekejap saja akan tiba kerana dunia ini cepat hilang!

Maka kita kena fikir sebagai satu agenda apakah amalan baik yang kita nak hisab di Akhirat kelak!

🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟎- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚-𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧), 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡, 𝐝𝐢 𝐦𝐞𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧), 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡-𝐝𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧) 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 (𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧).} (𝐀𝐚𝐥𝐢 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 𝟑:𝟐𝟎𝟎)

1. Untuk buat benda baik banyak kes**aran akan kita hadapi!
Untuk mencapai kemenangan banyak halangan yang mesti ditempuh serta kena ada sifat-sifat khas-nya.

2. Orang yang berjuang untuk menegakkan agama kena ada 4 sifat ini:

i- Mesti ada sifat sabar {ٱصْبِرُوا۟}.
Sabar itu p**a atas 3 dimensi:
-Sabar dalam melakukan ketaatan.
-Sabar dalam meninggalkan maksiat.
-Sabar dalam menerima takdir Allah/ujian dari Allah.

Jangan gopoh hari ini ini berjuang esok nak menang terus.

Hari ini tanam pokok esok nak makan buah terus!

Mana boleh gitu semuanya ada watu & tempohnya!

ii- sifat kedua ialah kuat dan mantapkan kesabaran kamu, jangan lemah semangat, jangan mudah koyak {وَصَابِرُوا۟}.

Jangan beri musuh terutamanya yang bukan Islam lebih kuat kesabarannya daripada kita orang Islam!

• Jadikan kisah Imam Ahmad bin Hanbal rhm. sebagai satu contoh tauladan- iaitu semasa beliau dimasukkan ke dalam penjara dan disiksa dengan dahsyat- kerana mempertahankan pendapat bahawa al-Quran kalamullah bukan makhluk!
Semata-mata untuk menjaga aqidah umat akan datang.

Mereka yang berjuang atas kebatilan & mempertahankan kesesatan boleh sabar takkanlah kita yang memperjuangkan kebenaran ini, yang yakin dengan pertolongan Allah yang yakin dengan perjuangan ini; tidak boleh sabar????

iii- Bila kamu sabar, sifat ketiga ialah kamu jangan lari- tegakkan pendirian {وَرَابِطُوا۟} berada di medan perjuangan dan jaga sempadan negara.

Hari ini ini alhamdulillah negara kita ada pengawal sempadan, ada kastam & ada imigresen bahakan ada yang buat tembok lagi!

*Tetapi ada satu lagi sempadan yang sering diceroboh oleh manusia; yang perlukan tentera junud yang terlatih, sabar, buat kerja dengan amanah iaitu sempadan agama yang semakin hari semakin rapuh diserang oleh musuh!

Kita juga dirempuh oleh orang Islam sendiri juga yang melanggar batasan agama, batasan Sunnah, berselindung disebalik pakaian rasmi, keturunan dan pelbagai penghadang lagi.

Kerana itu kita perlukan junud- tentera untuk bekerja di sempadan agama ini mereka yang tidak mudah rapuh, tidak mudah dipengaruhi musuh untuk menjaganya dari ahli bid'ah yang s**akan khurafat & kemungkaran.

Untuk mempertahan kesucian agama daripada ditunggang oleh penunggang agama, untuk nak jaga kesucian Sunnah nabi s.a.w.
Ini cukup bahaya.

Kita minta agar Allah berikan kekuatan, kesabitan & keazaman kepada para asatizah & pendakwah kita yang membongkar ajaran-ajaran sesat ini yang menyeleweng daripada ajaran agama & Sunnah Nabi s.a.w.

Senjata yang kita ada hari ini adalah untuk melwan ajaran yang menyeleweng dari ajaran Islam yang sahih.

iv- sifat keempat- bertaqwa kepada Allah!

Semua sifat ini berada di bawah bumbung taqwa kepada Allah!

Nak bertaqwa kita kena sabar, kena teguh pendirian, dan jaga batas sempadan!

4. Di akhir ayat Allah kata semua ini adalah agar kamu mendapat kemenangan, kejayaan di dunia & kemanan di Akhirat!

5. Ya Allah jadikan kami dari golongan yang mempunyai sifat-sifat yang mulia ini!

اللهم اجعلنا من ٱلَّذِينَ {ءَامَنُوا۟ ٱصْبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ}
6. Khulasah ayat & surah ini:

i- Dalamnya susunan surah ini, eloknya penamat & penjelasannya, cantik sangat khatamnya.

Jika surah al-Baqarah berakhir dengan doa, surah ini berakhir dengan doa dan juga wasiat kepada orang yang beriman.

Dalam ayat ini kita minta agar Allah s.w.t tetapkan kita untuk menjadi orang yang bertaqwa supaya jelas perjuangan kita dan tidak lari.

ii- Allah s.w.t juga sebut dalam surah ini banyak ilmu seperti tauhid, ketelusan & keadilan, tentang kenabian Rasulullah s.a.w, tentang bangkit semula serta banyak hukum furu’ seperti haji & jihad.

iii- serta ditutup surah ini dengan adab- kerana manusia ini ada dua keadaan; ada yang berkait dengan diri kita saja & yang berkait dengan orang lain!

Iaitu sabar dengan ujian (berkait diri sendiri) & sabar dalam perjuangan (yakni berkait dengan orang lain), jaga negara & jaga sempadan!

🎀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:

1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟗𝟗- {𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛, 𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡}- ada di kalangan ahli kitab orang yang beriman!

Telah disebut beberapa nama secara ringkas seperti Abdullah bin Salam r.a mewakili pihak yahudi & an-Najasyi wakil nasrani.

Allah juga sebut & puji 5 sifat mereka yang baik:

i- iman yang jitu
ii- beriman dengan al-Quran & kitab mereka.
iii- beriman secara umum dengan kitab yang diturunkan kepada nabi terdahulu.
iv- khusyuk iaitu tunduk akur & patuh kepada perintah Allah.

v- tidak menunggang agama & menjual agama dengan mata-benda yang sedikit!

Ini sifat yang cukup baik bagi orang mukmin dari kalangan ahli kitab!

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟎- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚-𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧), 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡, 𝐝𝐢 𝐦𝐞𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧),}- dalam ayat ini Allah suruh kita berusaha, melawan nafsu dengan bersabar, tetap teguh.

Allah sebut bahawa manusia kena usaha & lawan nafsu, bila kamu beriman kena sabar, jangan mudah koyak, terpengaruh/terpesong dengan dakyah musuh.

Tidak mungkin Allah bagi kun fayakun jadi baik!

Ada tetapi tidak banyak kerana itu dalam jiwa manusia ini Allah pasang dua perkara iaitu; akal & nafsu.

Jika akal menguasai jiwa kita akan bahagia, manakala jika nafsu menguasai diri kita akan binasa!

Kita bukan malaikat yang Allah tidak pasang nafsu dalam jiwa mereka!

Kata ahli qasidah;
Nafsu ini seperti bayi yang s**a menyusu;
jika dibiarkan ia akan terus menyusu;
Tetapi jika kita hentikannya ia akan berhenti!

Begitu juga kita dengan nafsu jika kita ikut aje dia- habislah kita; tetapi jika kita didik dia insya' Allah kita akan selamat!

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟎- {𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 (𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧).}-

Allah kata Dia telah sediakan jalan untuk manusia mencapai kemenangan.

Allah kata kamu tidak akan selamat kecuali dengan 4 cara atau lorong ini:

i- beriman & bertaqwa {ءَامَنُوا۟} & {وَٱتَّقُوا}.
ii- sabar {ٱصْبِرُوا۟},
iii- lawan tetap lawan {وَصَابِرُوا۟},
iv- kawal sempadan {وَرَابِطُوا۟ }- samada sempadan agama atau sempadan negara.

Dengan empat senjata ini kita lawan syaitan, maka dengan izin Allah kita akan menang!

Kamu tidak akan bahagia, tidak akan menang & selamat kecuali dengan empat lorong atau jalan ini!

Insya' Allah dengan empat senjata ini kita kena lawan syaitan & kalahkannya!

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟎- {𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟎- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚-𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧), 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡, 𝐝𝐢 𝐦𝐞𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧),}-

Allah perintahkan kita untuk sabar dan lain-lain sifat ini.

i- Jika nak berlawan dengan diri & nafsu kita sendiri kita kena sabar! {ٱصْبِرُوا۟},

ii- jika nak lawan orang atau musuh dari luar kita kena ada perlawanan {وَصَابِرُوا۟}.

iii- serta jangan mudah lari dalam perjuangan- samada perjuangan agama atau peperangan. {وَرَابِطُوا۟ }

iv- Nak dapatkan kemenangan & kebahagiaan kita kena bertaqwa kepada Allah! {وَٱتَّقُوا}.

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟎- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚-𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧), 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡, 𝐝𝐢 𝐦𝐞𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧),…}

Allah s.w.t tutup surah ini dengan wasiat kepada orang yang beriman.

Kerana hanya doa orang yang beriman dan mempunyai sifat yang mulia ini saja yang akan diperkenankan Allah s.w.t!

Doa:
Ya Allah kami memohon dengan nama-Mu yang maha indah & sifat-Mu yang maha tinggi; Alhamdulillah pada hari ini kami telah khatam mempelajari surah aali-Imran yang banyak pengajaran & banyak ilmu, yang diakhir dengan 5 sifat yang mulia ini.

Ya Allah jadikan kami & keluarga kami orang yang beriman, jadikan kami ini orang yang sabar- orang yang sabar meninggalkan maksiat, sabar melakukan ibadat, sabar menghadapi ujian, sabar dalam mengikut Sunnah Nabi s.a.w & meninggalkan segala larangan bid'ah, khurafat dan segala perkara yang tidak baik.

Serta jadikan kami orang yang musobarah; yang sanggup bertempur dan sanggup menghadapi sebarang mungkin dengan segala musuh-musuh Islam samada yang zahir atau batin, yang nyata atau tersembunyi.

Jadikanlah kami orang yang menjaga sempadan agama & sempadan negara daripada mereka yang mahu menceroboh- mahu memesongkan perjalanan agama-Mu ini!

Jadikan kami orang yang bertaqwa serta orang yang rajin & istiqomah belajar, bertadabbur & beramal dengan isi kandungan al-Quran.

Jadikan al-Quran sebagai panduan dalam hidup kami, peneman kami di dalam kubur & pemandu kami ke syurga-Mu!

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلى نبينَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

🎀𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀

#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵, 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 20 𝙎𝙮𝙖𝙬𝙖𝙡 1445𝙃 = 29/04/2024🌷

Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Aali Imran 2024 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:

Link: https://youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LBwsJe52Ma0ItQqhhyNxYmx&si=XzvY-iNsvetKS8ye

Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.

28/04/2024

Esok Isnin 20 Syawal;
Peluang Berpuasa Sunat 6 Syawal & Hari Isnin.
Jangan lepaskan peluang cukupkan puasa 6.

💎𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐞𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫, 𝐍𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 & 𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐫𝐚𝐫 𝐊𝐞 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚.💎
28/04/2024

💎𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐞𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫, 𝐍𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 & 𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐫𝐚𝐫 𝐊𝐞 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚.💎

💎𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐞𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫, 𝐍𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 & 𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐫𝐚𝐫 𝐊𝐞 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚.💎

♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝘼𝙝𝙖𝙙 19 𝙎𝙮𝙖𝙬𝙖𝙡 1445𝙃 = 28/04/2024 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙖𝙡𝙞 𝙄𝙢𝙧𝙖𝙣 (67) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [196-198]♥

F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://fb.watch/rJvFWCDlZj/

🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir bagi ayat 196 sehingga 198, surah Aali Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzuk yang keempat.

2. Dalam siri ini Allah s.w.t mengingatkan hamba-hamba-Nya agar jangan terpedaya dengan kehebatan kafir, tengok dia hebat.
Kaya & maju rasa nak jadi kafir juga!
Ambil atau belajar kemajuan teknologi mereka tidak mengapa tetapi jangan sampai kagum dan memuja mereka!

3. Allah juga ingatkan manusia bahawa nikmat dunia hanya sedikit, jangan terpedaya dengannya!

4. Bagi orang beriman & yang bertaqwa- itulah golongan abrar, mereka yang aman di dunia & selamat di Akhirat & ke syurga tempat akhir mereka.

5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:

i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t menyatakan tentang Dia sediakan balasan pahala yang baik kepada orang yang beriman.
Adakalanya orang mukmin ketika di dunia ini sangat faqir dan susah sekali.

*Contoh pada zaman Rasulullah s.a.w mereka yang faqir ialah para sahabat ahli Suffah (yang duduk dekat masjid Nabi s.a.w, bersedia menunggu panggilan jihad). seperti Abu Hurairah r.a dan lain-lain. Tetapi walaupun faqir mereka tidak meminta sedekah.

**Manakala orang kafir p**a kebanyakannya para jutawan. Hidup senang lenang, kaya raya!

**Tetapi kita boleh ambil atau belajar teknologi kemajuan mereka kerana kata hukama': Hikmah benda yang baik atas dunia ini adalah barang hak orang mukmin yang tercicir!

Tamadun Islam suatu ketika dahulu sebenarnya jauh lebih canggih & ke depan berbanding dengan orang kafir & barat!

Apa boleh buat ia telah tercicir & dikutip oleh orang kafir- maka sekarang ini kita nak ambilnya balik insya' Allah!

ii- maka dalam ayat ini p**a Allah bawa untuk menenangkan hati para sahabat, Allah suruh mereka sabar atas kesusahan yang dihadapi kerana nikmat dunia hanya sedikit sahaja berbanding dengan Akhirat.

Dunia ini hanya sementara, nikmatnya juga sedikit & sementara juga; maka jangan sesekali kamu terpedaya!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟗𝟔- {𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚).} (𝐀𝐚𝐥𝐢 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 𝟑:𝟏𝟗𝟔)

1. Allah s.w.t memperingatkan Rasulullah s.a.w dan kita semua agar jangan sesekali terpedaya dengan kemajuan, kekayaan & kehebatan teknologi orang kafir di negara-negara maju!

2. Kita boleh tengok & ambil manfaat kemajuan mereka – mana yang baik & tidak bercanggah dengan Syari'ah Islam kita boleh ambil.
Tetapi nak ambil budaya & cara hidup mereka apatah lagi agama kepercayaan mereka; jangan sesekali!

3. Wahai umat Muhammad; kamu jangan terlalu mengagumi mereka orang kafir sehingga terpedaya, terperangkap dengan penampilan zahir mereka.

Yang berjalan sana sini dengan bawa perniagaan berjuta-juta, dengan kedudukan pangkat & kekuasaan yang tinggi dan seumpamanya!

4. Firman Allah s.w.t juga:

{Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir. Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.} (Ghaafir 40:4)

5. Yakni di dalam al-Quran Allah s.w.t telah beri beberapa amaran agar kita jangan terpedaya dengan kedudukan zahir mereka atas dunia ini!

6. Jika kita lihat senarai manusia yang terkaya atas dunia ini ialah mereka yang kafir & tidak beriman kepada Allah s.w.t!
Kita jangan terperangkap dengan kedudukan mereka.
Biarlah mereka kaya & senang atas dunia yang sementara ini!

🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟗𝟕- {(𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚) 𝐢𝐭𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭, (𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐧𝐲𝐚𝐩), 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 𝐉𝐚𝐡𝐚𝐧𝐧𝐚𝐦: 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤-𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧.} (𝐀𝐚𝐥𝐢 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 𝟑:𝟏𝟗𝟕)

1. Bila Allah pesan & beri peringatan kepada kita- Allah akan beri p**a sebabnya!
Ini kerana kehidupan dunia ini hanyalah kecil & sedikit sekali, tidak bernilai berbanding dengan nikmat Akhirat yang kekal abadi!

2. Hadis- Dari Sahl bin Sa’id as-Sa’idi r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

لَوْ كَانَت الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ الله جَنَاحَ بَعُوضَةٍ ، مَا سَقَى كَافِراً مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ
“Seandainya dunia ini di sisi Allah senilai harganya dengan sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum barang seteguk sekalipun kepada orang kafir.”
[HR Tirmidzi #2320]

3. Maka kerana dunia ini tiada nilai maka puak kafirlah yang mengguasai teknologi, ekonomi kekayaan, pentadbiran, kekuasaan atas dunia ini!
Kita umta Islam hanya menjadi pengguna setia!

*Tetapi ingat ini semua bukan menjadi penghalang untuk kita berusaha berikhtiar untuk senang, kaya & maju!

4. Ini kerana dunia ini hanya sementara, apa yang dimiliki oleh mereka itu adalah kelazatan yang akan hilang & tempohnya juga terhad!
Mereka akan mati dengan tibanya ajal mereka! Sukatannya amat sedikit berbanding dengan nikmat syurga Allah!

5. Kemudian tempat kembali mereka orang kafir itu setelah kematian mereka & hilang nikmat atas dunia ini itu adalah neraka Jahannam, dan ia adalah seburuk-buruk tempat kembali yang penuh azab siksa! Wal-‘iyazu billah.

6. Beberapa firman Allah lagi yang menunjukkan bahawa nikmat yang didapati oleh para kafir itu hanya sementara:

i- {Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat.} (Luqman 31:24)

ii- {Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya".
(Apa yang mereka beroleh hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya mereka. Kemudian Kami akan rasakan mereka azab yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan.} (Yunus 10: 69-70)

iii- {(Jika sudah diketahui yang demikian) maka adakah orang yang Kami janjikan kepadanya janji yang baik (balasan Syurga) lalu ia mendapatnya, sama seperti orang yang kami kurniakan menikmati kesenangan hidup di dunia kemudian ia pada hari kiamat termasuk dalam golongan yang dibawa (untuk menerima azab neraka)?} (Al-Qasas 28:61)

7. Kita boleh ambillah ayat-ayat ini sebagai panduan bahawa berikut yang dinikmati oleh orang kafir atas dunia ini hanyalah nikmat yang berwaktu & sementara!

🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟗𝟖- {𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚-𝐬𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚, 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐦𝐮 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧) 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡) 𝐚𝐩𝐚 𝐣𝐮𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐤𝐭𝐢 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐚𝐭, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧).} (𝐀𝐚𝐥𝐢 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 𝟑:𝟏𝟗𝟖)

1. Munasabah ayat ini dengan yang sebelumnya:

i- sebelum ini Allah nyatakan janji keras & amaran kepada puak kafir.
Seperti selepas itu akan disebut yang sebaliknya iaitu keadaan orang yang beriman.

ii- maka dalam ayat yang mulia ini Allah s.w.t bawa beberapa sifat orang yang beriman p**a.

2. Siapakah orang yang beriman & bertaqwa ini:
i- orang yang ikut perintah Allah s.w.t.
ii- menjauhkan diri daripada larangan Allah s.w.t.

3. Balasan dari Allah bagi mereka ini ialah nikmat di negeri Akhirat iaitu:

i- syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai!

ii- nikmat ini p**a akan kekal berterusan, tidak akan terputus atau habis!

4. Allah juga menyatakan orang bertaqwa akan menjadi tetamu yang mendapat sambutan yang begitu hebat dari sisi Allah {نُزُلًۭا مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ}, yang Allah sediakan- maka pastilah ia juga indah & menawan!

5. Semua ini adalah nikmat yang kekal abadi, syurga yang Allah sediakan bagi orang-orang yang berbakti {لِّلْأَبْرَارِ}- yang banyak buat amal soleh & kebajikan.
Inilah satu kemuliaan & kebaikan bagi orang yang berbuat kebaikan!

🎀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:

1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟗𝟔- {𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚).}

Allah kata janganlah kamu terpedaya dengan apa yang ada pada puak kafir itu.

Ini kerana apa yang Allah beri kepada mereka daripada kesenangan atau habuan dunia bukan tanda Allah redha & s**a kepada mereka!

Yang menjadi tanda ukuran akan keredhaan Allah s.w.t ialah apabila seseorang itu taat mengikut Syari'ah Allah.

Dapat berkuasa atas dunia ini bukan bermakna dapat pertolongan Allah, senang atau kaya atas dunia ini bukan bermakna dapat anugerah dari Allah!

Bagi orang yang menolong agama Allah itu Allah akan tolongnya.

Allah beri peluang kepada orang kafir untuk menguasai sementara nikmat dunia yang ada ini supaya mereka akan dibalas dengan balasan yang berat di sisi Allah Azza wa Jalla.

Maka jangan mudah tertipu, jangan mudah koyak dengan kedudukan puak kafir, mereka hanya senang di dunia secara zahirnya tetapi sengsara di akhirat.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟗𝟕- {(𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚) 𝐢𝐭𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭, (𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐧𝐲𝐚𝐩), 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 𝐉𝐚𝐡𝐚𝐧𝐧𝐚𝐦: 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤-𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧.}- adakalanya Allah beri nikmat itu sebagai istidraj.

Istidraj ialah diberikan kemewahan yang menyebabkan seseorang itu makin jauh dari Allah, makin sombong, makin angkuh kerana dia ingatkan dia kaya & senang kerana disayangi Allah, dia menang kerana Allah tolong. Inilah bahayanya istidraj.

Sebagaimana firman Allah set ini:

{Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.} (Al-Anbiyaa' 21:35)

Allah beri kepada orang itu kedudukan sebagai ujian.
Jika dia syukur, alhamdulillah. Jika tidak akan makin sombong bongkak, makin bertambah dosa & keburukannya- na’uzubillah!

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟗𝟔- {𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚).}- jangan kamu terpedaya dengan zahir kesenangan orang kafir atas dunia ini.

Ayat ini membawa persoalan:
Bagaimanakah Rasulullah s.a.w boleh terpedaya dengan orang kafir, sehingga Baginda dilarang begitu?

Apakah Nabi mudah terpedaya macam-macam kita juga?
Mudah terperangkap dengan mainan iblis juga?
Jawapan:
Seorang ketua yang mempunyai kedudukan seperti ketua kaum, apabila mahu ditegur pengikutnya atau orang bawahnya, akan direpot atau disampaikan kepadanya sebagai ketua mereka walaupun bukan dia yang buat tetapi pengikutnya.

Nabi s.a.w tidak terpedaya, ayat ini walaupun khitab (percakapannya) seolah dituju kepada Nbbs s.a.w seorang tetapi ia sebenarnya ditujukan kepada Nabi & umatnya S.A.W.

Berhati-hatilah kamu semua agar tidak terpedaya, terpesong, tertipu dengan nikmat dunia yang sementara.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟗𝟔- {𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚)-

Jangan kamu terpedaya dengan nikmat dunia yang sementara ini.

Ulama' tadabbur semasa kata maknanya:
Kita jangan mudah terperangkap dengan talbis/mainan iblis terhadap akal orang-orang mukmin.
Iblis ini termasuk syaitan jin atau manusia!

Antara perangkap mereka yang amat s**ar untuk kita nak lepaskan diri, syaitan, puak kafir/munafik guna melalui alat-alat hiburan (istilah sekarang healing) yang lagha dan melekakan. Yang penting nak melalaikan kita daripada mengingati Allah Azza wa Jalla.

Sekarang ini orang berlindung disebalik nama kebudayaan atau budaya, boleh berjoget menari dan sebagainya.

Semua itu permainan iblis yang mengasyikkan.

Pada hari raya kononnya adalah budaya untuk bers**aria; menyanyi berjoget- sedangkan ini bukan budaya orang Islam!

Tak perlulah guna lagu agama seperti nasyid, selawat dan lain-lain sebagai background untuk buat video-video yang tidak sopan & tidak sesuai bagi orang yang beriman.

Walaupun menutup aurat, tidak bercampur dengan mahram; tetapi lelaki & wanita, tua muda apatah lagi Muslimah dengan gerakan yang tidak melambangkan akhlak orang Islam yang soleh & bertaqwa!

Jika alasan nak buat hanya untuk s**a-s**a sesama keluarga- kenapa perlu upload & sebarkan kepada tatapan umum!

Bagi muslimat; menutup aurat dengan sempurna, berpurdah lagi- bukan lessen untuk anda bergedik, berlenggang-lengok apatah lagi menari terkinja-kija di hadapan umum menjadi tontonan orang!

Firman Allah s.w.t:
{Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.} (An-Nuur 24:31)

*Menghentak kaki supaya berbunyi gelang pun sudah dikira sebagai satu tabarruj apatah lagi menggoyangkan badan dihadapan umum.

Hadis- sabda Rasulullah s.a.w:
"Dua kelompok ahli neraka yang belum saya lihat yakni ada umatku yang akan datang ini,: Satu kaum bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor unta, mereka memukul manusia dengannya (yakni orang zalim).

Dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berjalan melenggok, tidak taat kepada Allah, rambut kepala mereka bagaikan bonggol unta yang tinggi.

Wanita-wanita ini tidak masuk syurga dan tidak p**a mencium bau syurga, padahal baunya syurga dapat dihidu sejauh perjalanan sekian sekian". (HR Imam Muslim)

Inilah tablis iblis- wanita yang tutup tetapi tak malu atau dedah & bertabaruj yang boleh menjuruskan kepada maksiat, pergaulan bebas & hilang malu- sudah menjadi satu normalisasi dalam masyarakat kita.

Inilah yang cukup bahaya kepada kita- sesuatu yang merosakakn kita sehingga kita terlupa kepada apa yang Allah s.w.t pesan kepada kita.

Berselindung disebalik budaya, lagu nasyid dan sebagainya.

Kata Allahyarham TG Hj Abdur Rahaman:
Bukan budaya itu tetapi tipu-daya syaitan!

Jangan tertipu dengan perkara yang menyesatkan dan merugikan ia sesuatu yang santai tetapi akan memunah & merosakkan.

Begitu juga ustazah yang mengajar al-Quran- pilih sama jantina- lelaki dengan lelaki- perempuan sama perempuan- kerana ia perlu kepada perhatian yang lebih lagi, maka elakkan fitnah untuk selamat dunia & Akhirat.

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟗𝟕- {(𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚) 𝐢𝐭𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭, (𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐧𝐲𝐚𝐩), 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 𝐉𝐚𝐡𝐚𝐧𝐧𝐚𝐦: 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤-𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧.}- semua itu hanya sementara & neraka Jahannamlah tempat kembali mereka!

Ayat ini adalah isyarat kepada:

i- nikmat-nikmat atas dunia hanya sementara!
Kesenangan orang kafir itu hanya bertempoh & tidak akan kekal sesekali!

ii- kita akan lupa semua nikmat yang kita lalui atas dunia ini!

Hadis- Daripada Anas bin Malik, s.a.w bersabda:

"‏ يُؤْتَى بِأَنْعَمِ أَهْلِ الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُصْبَغُ فِي النَّارِ صَبْغَةً.

Seseorang yang paling senang hidupnya di dunia daripada ahli neraka dibawa pada hari Kiamat lalu dicelup ke dalam neraka.

ثُمَّ يُقَالُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ خَيْرًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ نَعِيمٌ قَطُّ
Kemudian dikatakan kepadanya: Wahai anak Adam. Adakah engkau pernah melihat sebarang kesenangan? Adakah kenikmatan pernah muncul dalam hidup engkau?
فَيَقُولُ لاَ وَاللَّهِ يَا رَبِّ ‏.‏
Orang itu menjawab: Tidak, demi Allah, wahai tuhanku.
وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النَّاسِ بُؤْسًا فِي الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُصْبَغُ صَبْغَةً فِي الْجَنَّةِ
Dibawakan p**a seseorang yang paling susah hidupnya di dunia daripada ahli syurga, lalu dicelup ke dalam syurga.
فَيُقَالُ لَهُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْسًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطُّ
Lalu ditanya kepada beliau: Wahai anak Adam. Adakah engkau pernah melihat sebarang kesusahan? Adakah kesusahan pernah muncul dalam hidup engkau?
فَيَقُولُ لاَ وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا مَرَّ بِي بُؤُسٌ قَطُّ وَلاَ رَأَيْتُ شِدَّةً قَطُّ ‏"‏ ‏.
Dia menjawab: Tidak, demi Allah, wahai tuhan ku. Tidak pernah kesusahan muncul dalam hidup ku dan tidak pernah aku melihat sebarang kesusahan.
[Sahih Muslim, Kitab Sifat al-Qiyamah wa al-Jannah wa an-Nar, no: 2807].

Di akhir ayat Allah s.w.t sebut orang-orang yang berbuat baik akan dapat keredhaan Allah. Kenapa dinamakan al-abrar {الْأَبْرَارِ}?

Jawapan:
Kata ulama': DInamakan abrar kerana mereka berbuat baik kepada ibu bapa dan juga kepada anak-anak (البر).

Orang baik-baik yang taat kepada Allah s.w.t & berbuat baik juga kepada sesama manusia seperti ibu bapa, anak-anak dan semua.
Sebagaimana ayah ada hak ke atas anak, anak juga ada hak ke atas ayah, masing-masing ada hak & tanggung-jawab yang tersendiri.

Kerana itu dinamakan orang yang baik-baik, orang yang taat kepada Allah!

Hak kita ke atas Allah p**a kita kena taat akur kepada-Nya.
Manakala hak kita ke atas Allah ialah; Allah tidak akan mengazab orang yang melakukan ibadat & ketataan kepada-Nya.

Ya Allah jadikan kami dari kalangan al-abrar yang akan akan mendapat rahmat & anugerah nikmat-Mu di Akhirat kelak!

🎀𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀

#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵, 𝘼𝙝𝙖𝙙 19 𝙎𝙮𝙖𝙬𝙖𝙡 1445𝙃 = 28/04/2024 🌷

Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Aali Imran 2024 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:

Link: https://youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LBwsJe52Ma0ItQqhhyNxYmx&si=XzvY-iNsvetKS8ye

Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.

Address

Pondok Sungai Durian
Kuala Krai
18000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Sungai Durian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pondok Sungai Durian:

Shortcuts

Share

Category