Sekolah Kebangsaan Lata Rek

Sekolah Kebangsaan Lata Rek πŸ“FB Rasmi Sekolah Kebangsaan Lata Rek (SK@LaR)
πŸ”– Platform rasmi untuk menyampaikan info terkini, pengumuman penting, aktiviti pelajar & pencapaian sekolah.

πŸŒ™ PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA πŸŒ™Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Memasak Bubur Asyu...
15/07/2026

πŸŒ™ PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA πŸŒ™

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Memasak Bubur Asyura yang dianjurkan di sekolah sebagai usaha menghidupkan amalan berkongsi rezeki serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah dan komuniti.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kerjasama, malah menjadi medium untuk memupuk nilai perpaduan, saling membantu dan menghargai tradisi masyarakat. Terima kasih diucapkan kepada semua guru, kakitangan, PIBG, ibu bapa dan para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga amalan murni ini mendapat keberkatan dan menjadi inspirasi untuk terus menyemai budaya bekerjasama serta berkongsi rezeki.

πŸ“Έ Jom saksikan sekitar Program Memasak Bubur Asyura yang penuh dengan kemeriahan dan semangat muafakat.

Muafakat Membawa Berkat, Berkongsi Rezeki Mengukuhkan UkhuwahπŸ’š

πŸ… KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA KRAI 2026πŸ…πŸ“… Tarikh : 12 – 14 Julai 2026πŸ“ Tempat : SMK MengkebangSetinggi-tinggi tahniah ...
15/07/2026

πŸ… KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA KRAI 2026πŸ…

πŸ“… Tarikh : 12 – 14 Julai 2026
πŸ“ Tempat : SMK Mengkebang

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Krai 2026.

Penyertaan ini bukan sahaja mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi, malah membuktikan kesungguhan, disiplin dan daya juang warga sekolah dalam mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah.

Terima kasih diucapkan kepada para jurulatih, guru pengiring, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua atlet! Terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah
πŸ’ͺπŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈπŸ₯‡

🌟 KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SK LATA REK 2026 πŸŒŸπŸ“… Tarikh: 8 – 9 Julai 2026Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayan...
10/07/2026

🌟 KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SK LATA REK 2026 🌟
πŸ“… Tarikh: 8 – 9 Julai 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SK Lata Rek 2026 yang dianjurkan bersama oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Disiplin SK Lata Rek.

Kem selama dua hari ini bertujuan untuk membentuk jati diri, meningkatkan disiplin, serta melahirkan murid yang berkeyakinan dan berwibawa sebagai pemimpin masa hadapan. Para peserta turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti bermodul yang membantu meningkatkan kefahaman, kemahiran dan nilai kepimpinan.

Antara pengisian utama ialah latihan kepada pemimpin muda sekolah seperti Pengawas Sekolah dalam mengendalikan majlis rasmi sekolah, termasuk perhimpunan pagi, agar mereka lebih yakin dan bersedia memikul amanah yang diberikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, Ahli Jawatankuasa PIBG serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen padu sepanjang menjayakan kem ini.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai kepimpinan yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam membentuk generasi pemimpin yang berintegriti, berdisiplin dan cemerlang.

"Pemimpin Hebat Bermula Dengan Jati Diri Yang Kuat."

🌿 Tahniah Warga SK Lata Rek! 🌿Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua orang murid SK Lata Rek yang t...
05/07/2026

🌿 Tahniah Warga SK Lata Rek! 🌿

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua orang murid SK Lata Rek yang telah mewakili sekolah dalam Cabaran Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum X-Plorasi Sekolah Rendah Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan 2026.

πŸ“… Tarikh: 26 Jun – 2 Julai 2026πŸ“ Tempat: Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem TekaliπŸ•οΈ Anjuran: Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Sepanjang program tersebut, murid-murid telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan daya saing yang tinggi dalam pelbagai aktiviti pendidikan luar.

Keputusan yang membanggakan:πŸ₯‰ Ahmad Zain – Tempat Ke-4 dalam acara Orienteering.πŸ… Najjah Qaisara – Tempat Ke-5 dalam acara Orienteering.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat SK Lata Rek. Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah turut diberikan kepada Cikgu Azean selaku guru pembimbing atas bimbingan, komitmen dan usaha yang tidak mengenal penat lelah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha, berani mencabar diri dan mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan.

Tahniah kepada Ahmad Zain, Najjah Qaisara dan Cikgu Azean! Teruskan melakar kejayaan demi SK Lata Rek. πŸ’™πŸ’›

πŸ€ KEJOHANAN BOLA JARING πŸ€Tahniah dan syabas kepada pasukan Bola Jaring SK Lata Rek yang telah menyertai Kejohanan Bola J...
01/07/2026

πŸ€ KEJOHANAN BOLA JARING πŸ€

Tahniah dan syabas kepada pasukan Bola Jaring SK Lata Rek yang telah menyertai Kejohanan Bola Jaring pada 29–30 Jun di SMK Laloh.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pemain atas semangat juang, disiplin dan kerjasama yang dipamerkan sepanjang kejohanan. Terima kasih juga kepada guru pembimbing, jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan.

Menang atau kalah bukan ukuran utama, sebaliknya pengalaman yang diperoleh akan menjadi bekalan untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Syabas Team Bola Jaring SK Lata Rek! Teruskan berusaha, teruskan melakar kecemerlangan. πŸ’™πŸ’›πŸ



πŸ† Tahniah kepada Kelas Pemenang Keceriaan dan Kebersihan Kelas bagi Bulan Mac! πŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada...
01/07/2026

πŸ† Tahniah kepada Kelas Pemenang Keceriaan dan Kebersihan Kelas bagi Bulan Mac! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kelas yang telah berjaya dinobatkan sebagai Pemenang Keceriaan dan Kebersihan Kelas Bulan Mac.

Kejayaan ini membuktikan bahawa kerjasama, sikap bertanggungjawab serta amalan menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah sentiasa menjadi keutamaan warga kelas.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus membudayakan persekitaran pembelajaran yang bersih, ceria, selesa dan kondusif.

Tahniah sekali lagi kepada para pemenang! Teruskan usaha cemerlang dan jadilah contoh kepada rakan-rakan yang lain. 🌸✨



⚽️ KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD KUALA KRAI 2026 ⚽️Pasukan bola sepak SK Lata Rek telah menghantar satu pasukan untuk menyer...
26/06/2026

⚽️ KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD KUALA KRAI 2026 ⚽️

Pasukan bola sepak SK Lata Rek telah menghantar satu pasukan untuk menyertai Pertandingan Bola Sepak MSSD Kuala Krai yang telah berlangsung pada 24 Jun 2026 bertempat di SK Pahi, Kuala Krai.

Walaupun berdepan dengan pasukan-pasukan yang hebat, pemain-pemain SK Lata Rek telah berjaya memberikan saingan yang sengit dan mempamerkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Penyertaan ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga buat para pemain untuk terus menimba ilmu dan meningkatkan prestasi pada masa hadapan.

Insya-Allah, SK Lata Rek akan terus berusaha dengan lebih gigih bagi menghadapi kejohanan pada tahun hadapan. Jurulatih pasukan, Cikgu Amirul, bersama barisan pemain akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain serta jurulatih atas komitmen, semangat kesukanan dan usaha yang telah ditunjukkan.

πŸ“Œ PROGRAM LUAR GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026Alhamdulillah, seramai 15 orang murid SK Lata Rek telah ter...
25/06/2026

πŸ“Œ PROGRAM LUAR GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

Alhamdulillah, seramai 15 orang murid SK Lata Rek telah terpilih untuk menyertai Program Luar Generasi Madani Peringkat Negeri Kelantan yang telah berlangsung pada 21 Jun hingga 24 Jun 2026 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Kelantan Tangok.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul dan aktiviti yang menarik serta mencabar seperti Flying Fox, Ikhtiar Hidup, Merentas Halangan dan pelbagai lagi aktiviti yang mampu membentuk jati diri, kepimpinan serta semangat kerjasama dalam kalangan murid.
Program ini turut menitikberatkan aspek kerohanian melalui pelaksanaan solat berjemaah, tazkirah Maghrib dan tazkirah Subuh bagi membentuk sahsiah murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SK Lata Rek atas pencapaian yang membanggakan apabila Anugerah Peserta Terbaik Lelaki dan Peserta Terbaik Perempuan telah berjaya dirangkul oleh peserta dari SK Lata Rek.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Unit Kokurikulum SK Lata Rek, guru-guru pengiring serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk melahirkan generasi murid yang berdaya saing, berdisiplin dan berakhlak mulia.




11 JUN 2026 | KHAMIS MAJLIS PERPISAHAN ✨ πŸ‘©πŸΌβ€πŸ«Cikgu Yusniza πŸ‘©πŸΌβ€πŸ«Cikgu Norlida πŸ‘©πŸΌβ€πŸ«Ustazah RamlahPerpisahan ini bukan pena...
12/06/2026

11 JUN 2026 | KHAMIS

MAJLIS PERPISAHAN ✨
πŸ‘©πŸΌβ€πŸ«Cikgu Yusniza
πŸ‘©πŸΌβ€πŸ«Cikgu Norlida
πŸ‘©πŸΌβ€πŸ«Ustazah Ramlah

Perpisahan ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan baharu. Setiap langkah dan pengorbanan cikgu-cikgu amat kami hargai. Perpisahan ini meninggalkan seribu kenangan dan jutaan doa agar cikgu-cikgu terus berjaya dan diberkati.Segala ilmu dan nilai yang ditinggalkan akan terus menjadi kenangan yang terpahat di hati warga sekolah ini.

Terima kasih atas segala kenangan dan kerjasama. Jauh di mata, dekat di hati. Semoga silaturahim ini kekal terpelihara walau di mana jua kita berada. Selamat bertugas di tempat baharu, semoga terus cemerlang.

Address

Sekolah Kebangsaan Lata Rek
Kuala Krai
18000

Telephone

+6099605661

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Lata Rek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Lata Rek:

Shortcuts

Share

Category