SMK Dato' Undang Musa Al-Haj

SMK Dato' Undang Musa Al-Haj SMK Dato' Undang Musa Al-Haj (DUMA) terletak di Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan

SALAM TAKZIAH 🕊️Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Rozaimah Binti Abu Samah,Guru Akademik Biasa, SMK Dato’ Undang...
08/08/2026

SALAM TAKZIAH 🕊️

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Rozaimah Binti Abu Samah,
Guru Akademik Biasa, SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj, telah kembali ke rahmatullah pada 8 Ogos 2026 (Sabtu).

Seluruh warga SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarhamah, menerima segala amal ibadahnya, mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.

Al-Fatihah. 🤲🏻

“Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali.”

TAJUK PROGRAM:MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 SEMPENA BULAN KEBANGSAANTeras Strategik (RPM 2026–2035):Teras ...
05/08/2026

TAJUK PROGRAM:
MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 SEMPENA BULAN KEBANGSAAN

Teras Strategik (RPM 2026–2035):
Teras 3 : Membina sahsiah, jati diri dan nilai kewarganegaraan murid

Tarikh: 22 Julai 2026
Hari: Rabu
Masa: 7.20 pagi – 7.35 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj
Penglibatan:
Semua warga sekolah SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj

Ringkasan Program:
Majlis ini diadakan bagi melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat sekolah sempena sambutan Bulan Kebangsaan. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga sekolah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, menyemai rasa cinta akan negara, serta menghayati nilai kemerdekaan. Melalui acara penyerahan bendera dari pengetua sebagai simbolik pelancaran dan nyanyian lagu rasmi, lagu “Jalur Gemilang”, majlis ini menjadi platform terbaik untuk memupuk semangat perpaduan, jati diri yang teguh, dan rasa bangga sebagai warganegara Malaysia dalam kalangan murid.
⁠ ⁠

Perkhemahan Unit Belia BSMM Peringkat Daerah Jempol Jelebu Tahun 2026. Keputusan Pertandingan :1. Johan 🥇(Tali Temali) :...
05/08/2026

Perkhemahan Unit Belia BSMM Peringkat Daerah Jempol Jelebu Tahun 2026.

Keputusan Pertandingan :
1. Johan 🥇(Tali Temali) : Mazzaitul Azwaliya binti Mad Sadli - 3B
2. Johan 🥇 (Bantu Mula) : Nur Aisha Alifa binti Hasrul - 3B
3. Tempat Ketiga 🥉 (Bantu Mula) : Putri Qaleesya Lutfia binti Zainudin - 4B
4. Tempat Ketiga 🥉(Gajet) : Nur Syakira Batriesya binti Shaharudin - 4B

2 Pelajar terpilih untuk mewakili Perkhemahan Peringkat Negeri :
1. Putri Qaleesya Lutfia binti Zainudin (4B)
2. Mazzaitul Azwaliya binti Mat Sadli (3B)

Teras Strategik RPM 2026-2035
Teras 2: Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global

Bengkel Conquer Exams with Scientific Calculator 2026Teras Strategik (RPM 2026–2035):TS 2 - Mengoptimumkan potensi setia...
05/08/2026

Bengkel Conquer Exams with Scientific Calculator 2026

Teras Strategik (RPM 2026–2035):
TS 2 - Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global

Tarikh: 25 Julai 2026
Masa: 9:00 pagi - 1:00 tengah hari
Tempat: Dewan Makan SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj (Secara Dalam Talian / YouTube & Telegram)
Penglibatan: Pelajar tingkatan 1-4

Ringkasan Program:

Bengkel “Conquer Exams with Scientific Calculator” merupakan program akademik yang dianjurkan bagi membantu para murid menguasai teknik rahsia penggunaan kalkulator saintifik untuk peperiksaan. Bengkel ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai teknik asas tetapan kalkulator, kaedah penyelesaian persamaan, serta strategi menjawab soalan dengan pantas dan tepat. Melalui program ini, murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan pemikiran matematik dalam peperiksaan, di samping berpeluang menerima sijil penyertaan dan hadiah menarik

TAJUK PROGRAM:WAGGS STEM CHANGEMAKERS PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIATarikh: 24-25 Julai 2026Hari: Jumaat - SabtuTempat:...
05/08/2026

TAJUK PROGRAM:
WAGGS STEM CHANGEMAKERS PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Tarikh: 24-25 Julai 2026
Hari: Jumaat - Sabtu
Tempat: Asrama SMK Teriang Hilir
Penglibatan:
16 orang ahli Pandu Puteri

Ringkasan Program:

Program WAGGGS STEM CHANGEMAKERS merupakan satu inisiatif untuk memperkasa ahli Pandu Puteri dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pemikiran kritis. Program ini memberi pendedahan
kepada konsep ‘changemaker iaitu individu yang mampu mengenal pasti masalah komuniti dan
menghasilkan penyelesaian inovatif menggunakan pendekatan STEM.

⁠ ⁠

TAJUK PROGRAM: IRC ROBOTIC COMPETITION IIUM 2026, NATIONAL STAGETeras Strategik (RPM 2026–2035):TS 2 - Mengoptimumkan po...
05/08/2026

TAJUK PROGRAM: IRC ROBOTIC COMPETITION IIUM 2026, NATIONAL STAGE

Teras Strategik (RPM 2026–2035):

TS 2 - Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global

Tarikh: 24-26 Julai 2026
Hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tempat: IIUM GOMBAK
Peringkat: Kebangsaan
Kategori: Robot Sumo 1KG Autonomous

Pencapaian:
DUMAGENKI Z (Peringkat Kumpulan)
DUMAGENKI NOVA (Peringkat Kumpulan)

Penglibatan Pasukan DUMAGENKI:

1. Irfa’an Dinielislam 3A
2. Nursara Farisya 3A
3. Sarvina 3A
4. Muhd Airedz Amsyar 4B
5. Amir Mostofa 4B
6. Amir Firdaus 4B

Ringkasan Program

Pasukan DUMAGENKI telah menyertai IRC Robotic Competition IIUM 2026, National Stage yang berlangsung pada 24–26 Julai 2026 di IIUM Gombak. Penyertaan dalam kategori Robot Sumo 1KG Autonomous melibatkan dua pasukan, iaitu DUMAGENKI Z dan DUMAGENKI NOVA, yang masing-masing beraksi sehingga peringkat kumpulan.

Program ini memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran STEM, robotik, pengaturcaraan, kreativiti dan penyelesaian masalah, di samping membina semangat kerjasama serta memperoleh pengalaman berharga dalam pertandingan robotik di peringkat kebangsaan. Penyertaan ini selaras dengan Teras Strategik 2 (RPM 2026–2035) dalam mengoptimumkan potensi murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna.


TAJUK PROGRAM:Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM Pendidikan Moral 2026 Tarikh: 24 Julai 2026Hari: JumaatMasa: 2.30 petan...
05/08/2026

TAJUK PROGRAM:
Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM Pendidikan Moral 2026

Tarikh: 24 Julai 2026
Hari: Jumaat
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Penceramah: Cikgu Jerome (SMK Bukit Mewah)
Tempat: Bilik Musyawarah, SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj
Sasaran: Murid Moral Ting
4 dan 5


🏆 Tajuk: Pertandingan Akhir Young Innovators Challenge (YIC) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026📅 Hari, Tarikh & Masa: ...
05/08/2026

🏆 Tajuk: Pertandingan Akhir Young Innovators Challenge (YIC) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026

📅 Hari, Tarikh & Masa: Khamis, 30 Julai 2026 (8:30 pagi – 2:30 petang)

📍 Tempat: SMK Chi Wen, Bahau

📝 Ringkasan Program: Young Innovators Challenge (YIC) ialah pertandingan inovasi tahunan untuk murid sekolah menengah. Program ini bertujuan membantu murid mereka cipta projek berasaskan teknologi bagi menyelesaikan masalah kehidupan seharian, di samping mengasah kemahiran memimpin, bekerjasama, dan menyampaikan idea.

🏅 Pencapaian: Bronze Award

👥 Peserta:
• JULIA MIMI ZADORA BINTI ABDUL MUZIL 3 ARIF
• IRFA’AN DINIELISLAM BIN ROSHAIZAD 3 ARIF
• AQIL NUR ARFY BIN MUSTAFA KAMAL 3 CEMERLANG

🏆 Tajuk: Program Kesihatan Diri Bersama Safi Shayla.📅 Hari, Tarikh & Masa: Selasa, 28 Julai 2026 (10.10 pagi – 11.30 pag...
05/08/2026

🏆 Tajuk: Program Kesihatan Diri Bersama Safi Shayla.

📅 Hari, Tarikh & Masa: Selasa, 28 Julai 2026 (10.10 pagi – 11.30 pagi)

📍 Tempat: Surau Sekolah

👩 Sasaran : Semua murid perempuan ting. 1 , 3 Arif dan 3 Bestari.

📝 Ringkasan Program:Program Kesihatan Diri with Safi Shayla & Safi Hijabista merupakan satu program pendidikan kesihatan dan penjagaan diri yang dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran murid perempuan tentang kepentingan kebersihan diri, penjagaan kulit wajah serta keyakinan diri. Melalui perkongsian daripada pihak Safi Malaysia, murid akan didedahkan kepada amalan penjagaan diri yang betul mengikut kesesuaian usia remaja, di samping memahami kepentingan menjaga kebersihan diri untuk kesihatan fizikal dan emosi

Hari Penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Fasa 1 Tahun 2026Teras Strategik 5: Mempergiat Siner...
05/08/2026

Hari Penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Fasa 1 Tahun 2026

Teras Strategik 5: Mempergiat Sinergi antara institusi Pendidikan dengan Pihak Berkepentingan.

Strategi - Memperkukuh ekosistem penyaluran sumber.

-Panduan penyaluran sumbangan dan kerjasama baharu yang komprehensif serta pemantaun berterusan.

Hari: Jumaat
Tarikh: 31 Julai 2026
Tempat: Bilik Musyawarah.
Sasaran: 169 orang pelajar SMK DUMA melibatkan pelajar PPKI, Tingkatan 1-5.

Address

SMK Dato Undang Musa Al-Haj
Kuala Klawang
71600

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+6066136225

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Dato' Undang Musa Al-Haj posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Dato' Undang Musa Al-Haj:

Shortcuts

Share

Category