Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang

Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang TELEFON : 06-6138523
NO. FAX : 06-61386859

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH AGAMA KUALA KLAWANG
KOD SEKOLAH : NFT0001
ALAMAT : SEKOLAH MENENGAH AGAMA KUALA KLAWANG, 71600 KUALA KLAWANG, JELEBU, NEGERI SEMBILAN
NO.

01/04/2026
[KEPUTUSAN SPM 2025 SMA KUALA KLAWANG]Alhamdulillah, pada 31 Mac 2026 (Selasa) telah berlangsung dengan jayanya Majlis P...
01/04/2026

[KEPUTUSAN SPM 2025 SMA KUALA KLAWANG]

Alhamdulillah, pada 31 Mac 2026 (Selasa) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2025 SMA Kuala Klawang.

📍Calon: 15 org
📍GPS: 2.46 (+1.47)
📍100% Lulus Semua Mata Pelajaran
📍5 org calon mendapat Straight A’s (33.33%)
🧕🏻 Aina Husna binti Awang
🧕🏻 Nurul Izzati Irbah binti Suffian
🧕🏻 Nur Afiqah Najihah binti Norazmi
🧕🏻 Nursya Umairah binti Shamsuri
👦🏻 Muhammad Hizami bin Zulzahari
📍Semua GPMP SPM 2025 Meningkat ⬆️

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua calon atas usaha, kesabaran dan pengorbanan sepanjang menempuh peperiksaan ini. Keputusan yang diperoleh hari ini adalah hasil daripada doa, sokongan ibu bapa, serta bimbingan para guru yang tidak pernah jemu.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk melangkah lebih jauh dalam mengejar cita-cita. Bagi yang kurang berjaya, jangan berputus asa—setiap perjalanan punya hikmahnya dan ruang untuk terus bangkit.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

✨ “Usaha, Doa, Tawakal — Kunci Kejayaan Hakiki.”



[Majlis Penutupan Ihya Ramadan, Minggu Kesenian Islam & Khatam Al-Quran 2026]17 Mac 2026 - Alhamdulillah, tirai bagi pro...
18/03/2026

[Majlis Penutupan Ihya Ramadan, Minggu Kesenian Islam & Khatam Al-Quran 2026]

17 Mac 2026 - Alhamdulillah, tirai bagi program Ihya Ramadan, Minggu Kesenian Islam, dan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah bagi tahun 1447H / 2026M telah dilabuhkan dengan penuh keberkatan

​Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran dan perasmian penutup oleh:
YBhg. Tuan Amiza Khusyri bin Yusof
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

​Kehadiran beliau merupakan satu suntikan semangat buat warga SEMARAK untuk terus memacu pembangunan insan berilmu dan berakhlak, di mana Pendidikan Islam menjadi platform utama untuk menanam nilai MADANI, adab, dan integriti selaras dengan Teras Strategik Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

​Program ini merupakan manifestasi nyata untuk melahirkan modal insan yang syumul melalui:

• ​Pembangunan Karakter (Kemenjadian Murid): Membina disiplin dan jati diri melalui tadarus Al-Quran sebagai kompas kehidupan.

• ​Kecemerlangan Berasaskan Nilai: Mengintegrasikan ilmu wahyu dalam kehidupan seharian bagi membentuk generasi yang berakhlak mulia.

• ​Kelestarian Warisan Islam: Menggilap kreativiti murid melalui Minggu Kesenian Islam agar keindahan Islam terus segar dalam arus pemodenan.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Amiza Khusyri atas kesudian melapangkan masa, seterusnya menyempurnakan majlis penutup serta menyampaikan penghargaan kepada para pemenang.

Dalam majlis ini juga, Tuan Amiza Khusyri turut menyerahkan dokumen Agenda Transformasi Anak JUARA (TRAJU) iaitu salah satu inisiatif JHEAINS bagi memastikan setiap pembangunan murid digerakkan secara strategik, berfokus dan berimpak tinggi.

​Semoga nur Al-Quran terus menyinari sanubari kita demi memacu kegemilangan ummah di masa hadapan.

'Kukuhkan Tekad. Tahun Ini, Tahun Kita'
'Commitment to Excellance'
'Keredaan Allah Matlamat Kami'

25/12/2025

Alhamdulillah
23 Disember 2025
Hari terakhir Peperiksaan untuk anak anak Batch 08

Guru telah berusaha
anak anak semua gigih ulangkaji
Doa telah dipanjatkan
kini hanya tawakal moga allah memberi kurnia dan nikmat .....

📢 *MAKLUMAN UJIAN KELAYAKAN TINGKATAN 1 SMA KUALA KLAWANG SESI 2026*Assalamualaikum buat semua ibu bapa dan penjaga, Tah...
08/12/2025

📢 *MAKLUMAN UJIAN KELAYAKAN TINGKATAN 1 SMA KUALA KLAWANG SESI 2026*

Assalamualaikum buat semua ibu bapa dan penjaga, Tahniah kepada anak-anak yang berjaya mendapat panggilan temuduga Tingkatan 1 SMA Kuala Klawang

Dimaklumkan bahawa Ujian Kelayakan Tingkatan 1 Sesi 2026 bagi kemasukan ke SMA Kuala Klawang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 13 Disember 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi
📍 Tempat: SMA Kuala Klawang

---

📝 1. *Ujian Bertulis (1 jam 30 minit)*

Calon akan menjawab empat komponen berikut:

1. Asas Bahasa Arab, Pendidikan Islam & Tulisan Jawi
2. Bahasa Inggeris
3. Sains
4. Matematik

---

🗣️ 2. *Ujian Bertutur (30 minit)*

Ujian melibatkan:
> Hiwar (Perbualan asas Bahasa Arab)

Tilawah Al-Quran :
> Hafazan Surah: Al-‘Alaq, Ad-Dhuha, Al-‘Adiyat, Az-Zalzalah, Al-Bayyinah

---

📄 3. *Dokumen Yang Wajib Dibawa (susunan seperti berikut):*

*>Surat Panggilan* *Temuduga*
*>UASA DAN PBD 2025*
*>UPKK*
*>SEGAK*
*>Psikometrik*
*>Sijil Kelahiran*
*>Salinan kad pengenalan calon & ibu bapa/penjaga*
*>Sijil-sijil kokurikulum/ko-akademik*

---

👕 4. Etika Pemakaian Calon

*Calon hendaklah memakai uniform sekolah rendah masing-masing*.

---

📲 5. *Link Telegram Rasmi Ibu Bapa Calon Tingkatan 1 2026*

Sila sertai kumpulan Telegram untuk maklumat terkini:
👉 https://t.me/+bYKkBIaSYTQyZGZl

"Keredaan Allah Matlamat Kami"
"Commitment to Excellence"

03/12/2025
📣 Makluman Penting: Ujian Kemasukan Tingkatan 1 KBD SMA Kuala Klawang Sesi 2026​Pihak sekolah ingin memaklumkan mengenai...
02/12/2025

📣 Makluman Penting: Ujian Kemasukan Tingkatan 1 KBD SMA Kuala Klawang Sesi 2026

​Pihak sekolah ingin memaklumkan mengenai jadual dan tarikh penting bagi Ujian Kemasukan Tingkatan 1 Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) SMA Kuala Klawang bagi Sesi 2026.

Tarikh Ujian: 13 Disember 2025 (Sabtu)
​Sesi 1: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
​Sesi 2: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
​Jenis Ujian: Ujian bertulis dan lisan.

​Semakan Surat Panggilan Temuduga:
​Boleh disemak melalui portal rasmi pada 4 Disember 2025 (12.00 Tengah Hari).
​Portal: https://spi.jpns.gov.my/sabk/

​Calon "Walk-In"/Belum Mendaftar:
​Calon yang TIDAK PERNAH mendaftar di APDM atau Google Form (Calon Walk-In) sila hubungi nombor berikut SEBELUM 10 Disember 2025:
​017-3496014 / 012-9394262

​Tarikh-Tarikh Penting Lain
​Semakan Calon Berjaya: 30 Disember 2025 hingga 2 Januari 2026

​Semakan Calon Rayuan: 7 Januari 2026
​Pendaftaran Tingkatan 1 2026: 13 Januari 2026

​Semua dokumen yang diperlukan (UPKK, UASA, PBD, dan Sijil Pencapaian Kokurikulum) hendaklah disediakan dengan lengkap.

​Unit HEM SMA Kuala Klawang

"Keredaan Allah Matlamat Kami"
"Commitment to Excellence"

[PEPERIKSAAN SPM 2025]Warga SEMARAK ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2025 SMA Kuala Klawang ya...
19/11/2025

[PEPERIKSAAN SPM 2025]

Warga SEMARAK ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2025 SMA Kuala Klawang yang sedang menduduki peperiksaan bertulis SPM 2025 bermula 25 November 2025 sehingga 23 Disember 2025.

Peperiksaan adalah peluang untuk menunjukkan usaha dan pengetahuan yang telah kita kumpulkan. Percayalah pada diri sendiri dan kemampuan anda, kejayaan pasti akan menjadi milik anda.

Semoga setiap langkahmu terdorong kepada kejayaan yang sering diimpikan. Semoga berjaya semua! Aminnn.

بالتوفيق والنجاج!

"Keredaan Allah Matlamat Kami"
"Commitment to Excellence"

Salam Aidul Adha |1446H
08/06/2025

Salam Aidul Adha |1446H

SELAMAT MENDUDUKI PENTAKSIRAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2025/2026 KEPADA SEMUA MURID SEMARAK.SEMOGA BERJAYAGOOD LUCKبالت...
06/05/2025

SELAMAT MENDUDUKI PENTAKSIRAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2025/2026 KEPADA SEMUA MURID SEMARAK.

SEMOGA BERJAYA
GOOD LUCK
بالتوفيق والنجاح

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera*PER: LINK  PENDAFTARAN PERTANDINGAN MENYEDIAKAN POSTER DIGITAL – CANVA  KEMPEN MENC...
10/03/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

*PER: LINK PENDAFTARAN PERTANDINGAN MENYEDIAKAN POSTER DIGITAL – CANVA
KEMPEN MENCEGAH JENAYAH*

Semua murid di pelawa menyertai pertandingan menyediakan poster digital sempena Kempen Mencegah Jenayah anjuran Kelab Pencegah Jenayah, SMA Kuala Klawang.

Tarikh Tutup : 18 Mac 2025. Maklumat Penyertaan boleh didapati dalam iklan Kempen.

Sila muatnaik penyertaan di pautan berikut :
LINK
https://forms.gle/SM74RohEGFf3X2187

Urusetia KPJ SMAKK 2025

Address

SMA Kuala Klawang
Kuala Klawang
71600

Telephone

+6066138523

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang:

Shortcuts

Share

Category