24/08/2026
Assalamualaikum semua. Hari ini semua calon SPM 2026 akan menduduki Ujian Lisan SPM bagi subjek Usuluddin. Doakan anak-anak pelajar diberikan ketenangan hati, kelancaran lidah sepanjang menjawab soalan hafazan dan tajwid.
π€²π»
19/08/2026
π TAHNIAH & SYABAS KONTINJEN MAAHAD TARBIAH HARAKI ANNUR! π
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen Maahad Tarbiah Haraki Annur atas pencapaian membanggakan dalam Temasya Sukan SMITI & HESA Negeri Kedah (TESUMA) 2026.
π UUM, Sintok
π 17 OGOS 2026 ISNIN
π₯ Bola Jaring β JOHAN
π₯ Bola Sepak β NAIB JOHAN
π₯ Badminton (Perempuan) β NAIB JOHAN
Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, disiplin, semangat juang dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para atlet, jurulatih serta guru-guru telah membuahkan hasil yang membanggakan.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk seluruh warga Maahad Tarbiah Haraki Annur agar terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan.
Syabas dan tahniah kepada semua atlet, jurulatih serta guru yang terlibat! ππ»π
Haraki Terus Melangkah, Haraki Terus Gemilang! β¨
23/07/2026
πΏ *INFAQ JUMAAT β BERSAMA MENYOKONG TARBIAH UMMAH* πΏ
Hari Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan dan peluang untuk memperbanyakkan amalan kebajikan. Marilah kita bersama-sama menghulurkan infaq sebagai tanda syukur atas nikmat rezeki yang Allah SWT kurniakan, di samping menyokong usaha memartabatkan pendidikan Islam.
Sumbangan anda kepada Maahad Tarbiah Haraki An Nur akan membantu meneruskan usaha mendidik generasi yang berilmu, berakhlak dan berjiwa perjuangan. Setiap ringgit yang diinfaq menjadi pelaburan akhirat yang insya-Allah memberi manfaat berpanjangan.
Ayuh berinfaq pada hari yang mulia ini. Semoga Allah SWT menerima setiap sumbangan, melipatgandakan pahala, memberkati rezeki serta menjadikan kita sebahagian daripada mereka yang menyumbang kepada kesinambungan dakwah dan tarbiah Islam.
*Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.* π€²
23/07/2026
π PERKAMPUNGAN PECUTAN SPM SIRI 2
Calon SPM Maahad Tarbiah Haraki An Nur telah menyertai Program Perkampungan Pecutan SPM Siri 2 yang berlangsung selama 5 hari dengan kerjasama Sekolah Menengah Agama An-Najah, Sungai Limau Baling.
Program ini menjadi medan buat para pelajar memperkukuhkan penguasaan teknik soalan sebenar SPM, dapat berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan dari sekolah lain serta membina semangat baharu dalam menghadapi peperiksaan SPM.
Semoga setiap ilmu, tunjuk ajar dan pengorbanan sepanjang program ini menjadi bekalan untuk melakar keputusan yang cemerlang.
Terima kasih kepada pihak SMA An-Najah Sungai Limau atas kerjasama yang erat serta semua guru yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi pewaris ummah yang cemerlang dalam akademik, teguh sahsiah dan tinggi nilai agama.
23/07/2026
USRAH PELAJAR HARAKI di bawah bimbingan Guru Maahad Tarbiah Haraki An Nur telah berlangsung dengan baik. Pada kali ini, para pelajar membincangkan topik "Kebersihan Diri dan Persekitaran" sebagai sebahagian daripada usaha membentuk peribadi Muslim yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
Melalui perkongsian dan perbincangan yang diadakan, para pelajar Haraki diingatkan bahawa kebersihan bukan sekadar amalan harian, bahkan merupakan tuntutan agama yang mencerminkan keimanan seseorang. Mereka turut dididik untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, kelas, asrama serta seluruh kawasan maahad agar sentiasa bersih, ceria dan kondusif.
Semoga usrah pelajar Haraki ini terus menyemai rasa tanggungjawab, disiplin serta melahirkan generasi muslim yang cintakan kebersihan, menghargai nikmat Allah dan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.
16/06/2026
Part 3 [Sekitar Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2026]
Maahad Tarbiah Haraki Annur
16 Jun 2026 | 30 Zulhijjah 1447H (Selasa)
16/06/2026
Part 2 [Sekitar Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2026]
Maahad Tarbiah Haraki Annur
16 Jun 2026 | 30 Zulhijjah 1447H (Selasa)
16/06/2026
[Sekitar Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2026]
Maahad Tarbiah Haraki Annur
16 Jun 2026 | 30 Zulhijjah 1447H (Selasa)
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2026. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Afnan Hamimi Bin Datoβ Taib Azamudden , AMK, Ahli Parlimen Alor Setar.
Majlis ini diadakan khusus bagi menzahirkan penghargaan dan meraikan kejayaan para pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan serta pencapaian luar biasa sepanjang tahun 2025.
Antara kategori anugerah yang telah disampaikan termasuklah:
π Anugerah Terbaik dalam Kelas
π Anugerah Terbaik Mata Pelajaran
π Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SMA & SPM
π Anugerah Khas Tokoh Murid
π Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru & Staf
π Anugerah Kemenjadian Guru
Di samping meraikan para pelajar, pihak sekolah juga dengan penuh rasa bangga menyampaikan Anugerah Penghargaan kepada guru SMA dan SPM atas dedikasi, pengorbanan dan khidmat bakti tanpa jemu dalam mendidik anak-anak sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan.
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah! Semoga pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus memacu kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan jawatankuasa, ibu bapa dan semua pihak yang menjayakan majlis ini.
"Menjana Ulamak HARAKI Profesional" β¨