03/08/2026
Pusat Pengurusan Akademik Unishams
This is a medium to communicate and disseminate all related information regarding academic affairs of UniSHAMS
03/08/2026
03/08/2026
๐๐๐ ๐ข๐ง๐ข ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐.
Hari ini anda hadir sebagai pelajar baharu.
Beberapa tahun nanti, anda akan melangkah keluar sebagai graduan yang membawa ilmu, nilai dan impian untuk dunia.
Di antara dua detik itu, akan ada usaha yang tidak pernah putus, persahabatan yang tidak ternilai, doa daripada keluarga serta pengalaman yang membentuk siapa diri anda.
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐ค๐ ๐๐ง๐ข๐๐๐๐๐.
Semoga setiap langkah yang anda ambil di sini menjadi langkah yang diberkati, dipermudahkan dan membawa manfaat kepada agama, bangsa serta negara.
Selamat datang ke keluarga UniSHAMS 2026. ๐
03/08/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐
Seluruh warga Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:
Yang Amat Arif Dato' Syeikh Hj. Abd Rahman bin Hj. Abdullah, D.P.M.K., A.M.K., B.C.K.
atas pelantikan sebagai Profesor Adjung (Bidang Perundangan Islam) di Kulliyyah Syariah dan Undang-undang (KSU), UniSHAMS, berkuat kuasa 4 Ogos 2026.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, penyelidikan serta pembangunan ilmu dalam bidang Perundangan Islam, di samping terus memperkukuh kecemerlangan UniSHAMS sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
03/08/2026
๐๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ก, ๐๐๐ค๐ญ๐ข ๐ญ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ข๐๐ฎ๐ซ๐๐ก.
Kepimpinan yang berwibawa menjadi inspirasi,
kebijaksanaan menjadi pedoman.
Seluruh warga UniSHAMS
mengucapkan setinggi-tinggi ucapan
Selamat Ulang Tahun Kelahiran
kepada
YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor
Menteri Besar Kedah Darul Aman merangkap
Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UniSHAMS
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, keberkatan usia, kesejahteraan hidup serta terus memimpin dengan hikmah dalam membawa kemajuan negeri, memperkukuh pendidikan dan mensejahterakan rakyat.
Ikhlas daripada,
Naib Canselor, Ahli Jawatankuasa Eksekutif dan seluruh warga UniSHAMS.
31/07/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐ช๐๐ก
Hari Pahlawan merupakan hari untuk kita mengenang serta menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan negara yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran tanah air.
Semoga semangat keberanian, patriotisme dan pengorbanan yang diwariskan oleh para perwira negara terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memelihara keamanan, perpaduan dan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.
"Jasa Pahlawan Dikenang, Pengorbananmu Terus Terpahat dalam Sanubari."
Selamat Hari Pahlawan.
Terima kasih, wira negara. Pengorbananmu tidak akan dilupakan.
31/07/2026
Utama UniSHAMS, KUIN, INSANIAH, KUALA KETIL KEDAH
31/07/2026
๐ฃ๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ป๐ด๐ด๐. ๐ ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐น๐ฎ๐ป๐ด.
๐๐ฒ๐ฝ๐๐๐๐๐ฎ๐ป ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ ๐บ๐ฎ๐บ๐ฝ๐ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฏ๐ฎ๐ต ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ.
Esok mungkin sudah terlambat. Hari ini masih ada peluang.
Setiap impian bermula dengan satu keputusan.
Jika UniSHAMS berada dalam senarai pilihan anda,
inilah masanya untuk bertindak.
Jangan tunggu sehingga peluang ini berakhir.
๐ Permohonan Ambilan Kemasukan
Sesi Ogos 2026 akan ditutup tidak lama lagi.
Buat pilihan hari ini demi masa depan
yang lebih gemilang bersama Universiti Global Berteraskan Islam.
๐ Masih belum memohon?
Semua maklumat dan pautan permohonan disediakan di ruangan komen.
Imbas kod QR dan lengkapkan permohonan anda sekarang.
Masa semakin suntuk. Peluang masih menanti. Pilihan di tangan anda.
24/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐ก: ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฆ๐๐ ๐๐ฆ๐ง๐๐ฅ ๐๐จ๐ (๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ/๐๐๐)
Sila ambil maklum bahawa, Pelajar Prasiswazah boleh mula membuat semakan keputusan peperiksaan Sesi 2025/2026 Semester Dua (2026/Feb) melalui Portal Pelajar UniSHAMS di pautan yang berikut: https://undergraduate.unishams.edu.my/student.php bermula pada ๐ฎ๐ณ ๐๐จ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ.
Perhatian dan kerjasama amatlah dihargai.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Kuala Ketil
09300
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:00 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 03:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:30 |