20/12/2025
INFO KPM: Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Ambilan Tahun 2026.
Calon yang berminat dikehendaki untuk mengemaskini maklumat terkini dalam sistem eOPERASI sebelum membuat permohonan.
Tarikh Permohonan:
โข Mula: 18 Disember 2025 (Khamis) | Jam 10.00 pagi
โข Tamat: 19 Januari 2026 (Isnin) | Jam 5.00 petang
Maklumat lanjut sila layari URL atau imbas kod qr: https://epenawaran.moe.gov.my
29/10/2025
https://www.facebook.com/share/1FC7VijBZ8/
PENDIDIKAN DAN KANAK-KANAK AUTISME.
1. Kanak-kanak autisme yang sederhana dan tinggi kecerdasan dapat memahami apa yang berlaku disekeliling, dan dapat berinteraksi dalam konteks sosial dengan memuaskan, dan seterusnya dapat menjalani kehidupan bersama keluarga dan kawan-kawan apabila diberi LATIHAN dan PENDIDIKAN yang berkesan.
2. Dalam masa yang sama terdapat kanak-kanak autisme yang TIDAK dapat memahami langsung apa yang berlaku disekelilingnya. Kekusutan dalam bidang SOSIAL dan KOMUNIKASI yang teruk menyebabkan sukar untuk mendidik mereka dan mengintegrasikan mereka dalam komuniti.
3. Disebabkan kanak-kanak autisme ini BERBEZA antara satu sama lain dari aspek kebolehan, memahami, kemahiran bahasa dan komunikasi serta tingkah laku MAKA adalah penting menyediakan PELBAGAI PENDEKTAN PENGAJARAN bagi memenuhi keperluan setiap orang daripadanya.
4. PENDIDIKAN, VOKASIONAL serta REKREASI adalah penting disediakan kepada kanak-kanak autisme bagi membolehkan mereka mencapai POTENSI SEBENAR disamping membolehkan mereka hidup berdikari, menjadi individu yng produktif dan mencapai kepuasan hidup. Maka, adalah penting menyediakan program pendidikan yang dirangka khas untuk setiap anak autisme samada dalam kelas khas atau kelas biasa mengikut kemampuan kecerdasan mereka.
5. Kanak-kanak autisme memerlukan persekitaran pembelajaran yang BERSTRUKTUR untuk membolehkan mereka memahami dunia di sekelilingnya. TANPA struktur ini, kebanyakkan kanak-kanak autisme tidak dapat memproses maklumat dan pembelajaran tidak mungkin berlaku.
6. Tidak dinafikan bahawa ada dikalangan kanak-kanak autisme ini dapat BERFUNGSI DENGAN BAIK dalam kelas biasa atau kelas aliran perdana dengan bantuan guru pembantu. Dalam keadaan ini adalah lebih baik jikalau anak ini diletakkan dalam kelas biasa yang boleh membantu mereka BELAJAR dalam persekitaran yang bebas tanpa apa-apa sekatan serta membolehkan interaksi berlaku dengan lebih luas dengan rakan sebaya.
7. Ada p**a di antara mereka yang memerlukan persekitaran yang BERSTRUKTUR dan TERKAWAL sepenuhnya bagi membolehkan mereka belajar dengan baik. Saiz kelas dan jenis aktiviti dalam kelas biasa adakalanya terlalu 'mengganggu' kepada kanak-kanak autisme ini. Seterusnya keperluan/perkhidmatan khas seperti tanda dan latihan modifikasi tingkahlaku tidak mungkin dapat disediakan kepada mereka jikalau mereka berada dalam kelas yang mengandungi antara 35-40 orang murid.
TAMAT
26/10/2025
๐ช ๐ช *HARI KEUSAHAWANAN SK TELOI KANAN* ๐ช๐ช
SK Teloi Kanan akan menganjurkan Hari Keusahawanan Peringkat Sekolah seperti ketetapan berikut:
๐ก Tarikh : *2 November 2025* *(Ahad)*
๐ก Masa : *8.00 pagi โ 3.00 petang*
๐กTempat : *SK Teloi Kanan*
๐ Ibu bapa dan orang ramai dijemput hadir bersama-sama memeriahkan Hari Keusahawanan SK Teloi Kanan
๐๐Pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik menanti anda.
๐๐Pelbagai jualan makanan, minuman dan cenderhati menarik.
๐ฎ๐ฏPelbagai pameran, permainan dan aktiviti menarik dianjurkan.
๐Rumah Hantu !!!
Jom semua memeriahkan majlis! ๐๐ก๐
Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
๐ฏ๐ฎ๐๐๐๐ ๐ฅค๐ญ๐ฐ๐ฆ๐
https://www.facebook.com/share/p/1GFaEAJ9H5/
TikTok ยท SK TELOI KANAN
43 likes, 2 comments. โStay Tuned untuk Hari Keushawanan SK Teloi Kanan pada 2 November 2025 ๐คฉโ