17/08/2025
πΈ LITTLE HAJJ PROGRAMME 2025 πΈ
Alhamdulillah, pada Khamis, 31 Julai 2025 yang lalu, Tadika Permata Hati Bidara telah menyertai Little Hajj Programme 2025 bertempat di Masjid Madinatul Ilmi, Kuala Ketil.
Program ini bertujuan memberi pengalaman amali kepada kanak-kanak dalam melaksanakan ibadah haji secara simulasi. Anak-anak kecil diberi peluang untuk merasai sendiri suasana menunaikan haji, bermula daripada tawaf, saie, melontar jamrah hinggalah bertahalul.
Syukur alhamdulillah, program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan baik. Semoga pengalaman ini menanam kefahaman dan kecintaan anak-anak terhadap rukun Islam kelima serta menjadi kenangan berharga buat mereka. π€β¨
31/07/2025
Bakal haji dan hajah Tadika Permata Hati Bidara π€©π
03/07/2025
ππ Selamat Hari Lahir ke-6 Amina Sofia! ππ
Semoga Amina Sofia membesar menjadi anak yang solehah, bijak, ceria dan sentiasa membawa kebahagiaan kepada semua. Hari ini kita raikan hari istimewa Amina dengan penuh keceriaan dan kasih sayang bersama rakan-rakan tersayang. β€οΈ
Selamat ulang tahun sayang! πΈ
Semoga terus sihat, ceria dan dilindungi Allah selalu. π
03/07/2025
π Aktiviti Kreatif: Kraf Kereta Saya! π¨ποΈ
Anak-anak 4β6 tahun hari ini mencipta kereta comel menggunakan pinggan kertas dan bahan kitar semula. Dengan menggunakan warna-warna ceria dan bentuk asas, mereka berjaya menyiapkan kereta masing-masing dengan penuh semangat dan kreativiti! π‘
π― Objektif Aktiviti:
β
Mengasah kemahiran motor halus melalui mewarna dan menampal
β
Mengenal bentuk dan warna asas
β
Menggalakkan ekspresi kreatif dan keyakinan diri
β
Meningkatkan tumpuan serta koordinasi tangan dan mata
Seronok tengok mereka hasilkan karya unik dengan tangan sendiri! π§‘
03/07/2025
π Aktiviti Seronok Hari Ini: Kembara Gelung Ajaib! π
Anak-anak 4β6 tahun seronok bermain sambil belajar melalui aktiviti fizikal yang menggunakan gelung dan bola. Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kemahiran motor kasar mereka, malah turut membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta tumpuan.
Seronok tengok mereka meneroka, bergerak aktif dan paling penting, belajar sambil bermain! πͺπ
12/06/2025
π Terima Kasih! π
Aktiviti Santai Bersama Kenali Ubat Anda dan Pertandingan Mewarna yang berlangsung pada 12 Jun 2025 telah berjaya dijalankan dengan meriah di Tadika Permata Hati Bidara !
β¨ Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta dari Tadika Fathul Falah dan Tadika Anakku Khalifah Cemerlang, ibu bapa, dan warga komuniti yang hadir memeriahkan program ini.
π©Ί Program ini telah dianjurkan oleh Duta Kenali Ubat Anda bersama ahli farmasi Klinik Kuala Ketil, bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan mengenali ubat-ubatan dengan cara yang santai dan menyeronokkan.
Tahniah kepada semua pemenang pertandingan mewarna! ποΈπ
Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat kepada semua.
πΈ Jom tengok gambar-gambar menarik sepanjang program!
28/05/2025
π Seronoknya eksperimen hari ini! Anak-anak teruja melihat air berwarna 'berjalan' melalui tisu. Siapa sangka tisu pun boleh jadi jambatan pelangi! π
16/05/2025
Selamat Hari Guru.
Semoga Allah SWT membalas semua kebaikanmu dengan pahala yang berlipat ganda.
Ilmu yang engkau ajarkan menjadi amal jariyah yang tak terputus. Barakallahu fiikum kepada semua guru π
09/05/2025
Aktiviti Sains Magic Balloon π
Tarikh : 8 May 2025
Dari 6 belon yang mengembang tinggal 4 sahaja π€£(yang pink tu teacher punya)