Tabika KEMAS Kampung Tembak A

Tabika KEMAS Kampung Tembak A

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tabika KEMAS Kampung Tembak A, Nursery, Kampung Paya Besar, Kuala Ketil.

Photos from Tabika KEMAS Kampung Tembak A's post 18/06/2026

KHAMIS 18 Jun 2026

HARI TERBUKA TABIKA KEMAS KAMPUNG TEMBAK A
FASA 1

Terima kasih kpd ibu bapa yg hadir pada hari ini & tahniah atas komitmen yg telah diberikan kpd pihak TABIKA. Mari bersama-sama cikgu membantu anak meraih kecemerlangan akademik di samping membentuk sahsiah diri yang terpuji demi masa depan mereka.

📍Hari Terbuka dilaksanakan sebagai platform komunikasi rasmi antara Pendidik dan ibu bapa untuk
membincangkan perkembangan serta kemajuan kanak-kanak secara menyeluruh.

📍Interaksi dua hala ini membolehkan ibu bapa memahami tahap penguasaan anak-anak secara mendalam berdasarkan Standard Prestasi yang telah ditetapkan.

📍Pelaksanaan program ini dpt merancang tindakan susulan yang lebih berkesan bagi menyokong proses pembelajaran dan mengembangkan potensi kanak-kanak ke tahap yang optimum.





16/06/2026
Photos from Tabika KEMAS Kampung Tembak A's post 20/05/2026

Rabu 20 Mei 2026
Majlis Sambutan Hari Guru / Hari Ibu & Hari Lahir Kanak-kanak Bulan Jan-Mei 2026

Pihak Tabika merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan waris yang telah hadir serta memberikan komitmen yang amat memberangsangkan dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Serai serumpun sirih sejunjung,
Serai digenggam sirih diikat,
Kasih ibu tiada penghujung
Lekat di hati ke akhir hayat.

Di mana letak jelaga,
Jelaga terletak pada sumbu,
Di mana letak syurga,
Syurga di telapak kaki ibu..

🩷🩷🩷




Photos from Tabika KEMAS Kampung Tembak A's post 17/05/2026

17 Mei 2026
PROGRAM KOMUNITI HEBAT
KANAK-KANAK SIHAT

Jutaan terima kasih kpd pihak Klinik Desa Tembak di atas jemputan dan kerjasama dalam menjayakan Program Komuniti Hebat Kanak-kanak Sihat.

Tentatif Program
8.00 pagi – Pendaftaran
8.30 pagi – Senamrobik
9.00 pagi – Ceramah Kesihatan
9.30 pagi – Pertandingan Mewarna
– Demo Masakan Sihat
11.00 pagi – Perasmian Program
– Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah
Aktiviti Sepanjang Program
Pemeriksaan Kesihatan
Saringan PEKA
Pap Smear
Pameran Kesihatan
Pemeriksaan Pergigian

Syabas 👍

Photos from Tabika KEMAS Kampung Tembak A's post 10/04/2026

21 Syawal 1447H
9 April 2026

🔸Indahnya kebersamaan, manisnya silaturrahim🔸

Mesyuarat Agung TABIKA KEMAS Kg Tembak A kali ke-24 & Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulilah, Mesyuarat Agung TABIKA telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak khasnya dengan kehadiran ibubapa dan AJK TABIKA.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Pengerusi TABIKA En Abas bin Mat Amin & Naib Pengerusi En Mat Radzi bin Mat Rejab di atas komitmen serta sokongan padu dalam menjayakan program pada hari ini.

Terima kasih ibu ayah dan waris yang hadir & sporting. Anak-anak pon seronok dapat menikmati juadah, bergambar dan beraya bersama.

Semoga ukhwah ini terus diperkukuhkan demi kecemerlangan anak-anak.





09/04/2026



Photos from Tabika KEMAS Kampung Tembak A's post 17/03/2026

Projek Kuih Raya 2
Cornflakes Madu tanpa oven.
🥧Cairkan Buttercups 250g
🥧Masukkan satu botol madu 160gm
🥧Masukkan 2 sudu gula
🥧Kacau sehingga sebati & biarkan mendidih
🥧Masukkan Cornflakes selepas adunan sejuk

Adik-adik perlu masukkan adunan tersebut ke dalam papercups menggunakan sudu & taburkan hiasan secara kreatif.

Well done👏🏽 Selamat bercuti adik-adik..jaga diri tau





Photos from Tabika KEMAS Kampung Tembak A's post 17/03/2026

Projek Kuih Raya 1

🩷Nabati Cookies Choc Tanpa Oven🩷
Bahan-bahan :
Biskut Nabati perisa coklat
Coklat masakan Beryls
Chocolate rice
Paper cup

Potong dadu Biskut Nabati.
Cairkan coklat masakan secara double boil.
Susun biskut ( 2 lapisan ) anggaran boleh masuk dalam paper cup.
Celup ke dalam coklat!
Hiaskan dengan chocolate rice.
Susun dalam bekas.
Siap!

Aktiviti membuat kuih raya membantu dalam kemahiran psikomotor kanak-kanak di TABIKA
🍪Menyusun, membentuk dan menghias kuih dpt meningkatkan kemahiran motor halus
🍪 Memupuk sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara kanak-kanak dan Pendidik Masyarakat

Good job adik-adik! Selamat bercuti.





Photos from Tabika KEMAS Kampung Tembak A's post 16/03/2026

Tiada hari seindah Jumaat,
Tiada kata seindah zikir,
Tiada ibadah seindah solat,
Tiada bulan seindah Ramadhan.

Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti;
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dapat dimaafi.

Nota : Sebahagian pengisian pembelajaran sepanjang bulan Ramadhan bersama kanak-kanak.

Tahniah cubaan adik-adik berpuasa utk tahun ini 💪





13/02/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Ketil?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kampung Paya Besar
Kuala Ketil
09300