Tahfiz Kafa Intrac

Tahfiz Kafa Intrac

Share

Kami menyediakan perkhidmatan kelas KAFA dengan teknik Al-Barqi untuk anak anda kuasai bacaan al-Quran dalam masa 4 bulan sahaja.

22/02/2023

Biaq Betoii!! Umur 4 Tahun Pun Dah Lancar Baca Al-Quran!!

Assalamualaikum wbh,
.
Tahfiz Kafa INTRAC yang bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak anda mampu untuk menguasai Al-Quran di usia seawal mungkin._


Dengan Kelas hanya 2 hari seminggu, kami telah terbukti mampu untuk mengajar anak-anak dari zero hingga masuk Al-Quran hanya dalam tempoh 4 bulan sahaja.

Kami menggunakan silibus AL-BARQY yang kami gunakan sejak dari 2010 lagi. Alhamdulillah, TERBUKTI cepat, seronok belajar & mudah dipelajari.


Oleh itu, kami ingin membuka peluang kepada lebih banyak ruang kepada anak-anak diluar sana untuk ikut serta berjaya bersama kami.

Ayuh daftar bersama kami.

Lokasi : Desa Bidara, Kuala Ketil, Kedah.



UNTUK PERTANYAAN LANJUT , SILA KLIK LINK DIBAWAH :-

https://infotahfizkafaintrac.wasap.my/
https://infotahfizkafaintrac.wasap.my/
https://infotahfizkafaintrac.wasap.my/


p/s: Mohon share kepada group-group kenalan anda. Semoga beroleh pahala atas amal baik kita kembangkan ilmu Al-Quran ini.

Terima Kasih

16/05/2022

Assalamualaikum, kami dari pihak Intrac ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru, cikgu, ustaz, ustazah dan teacher di mana anda berada dengan ucapan selamat hari guru.

Jasa mu guru umpama cahaya matahari, menyebar ke seluruh alam menerangi kegelapan kejahiliahan umat manusia.

Sirnalah sebuah sinar tanpamu guru.

Sempena hari guru hari ini, marilah kita nikmati bait2 sajak yang sarat makna untuk renungan kita bersama.

Usman Awang 1979

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

12/05/2022

Asslamulaikum dan selamat pagi😘

10/05/2022

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, semoga harini kita dilimpahkan rezeki dan diberi keberkatan.

04/05/2022

Sempena Hari Bomba Sedunia yang disambut hari ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh anggota Jabatan Bomba & Penyelamat yang sentiasa menjadi hero rakyat seantero dunia, membantu dan menyelamatkan nyawa tidak kira risiko sebesar mana.

Terima kasih yang tak terhingga atas pengorbanan Abang bomba sekalian, semoga Allah membalas jasa anda semua, amin.








03/05/2022

10 tips keselamatan makan semasa hari raya
1.Jangan simpan lebihan sisa makan dalam peti sejuk lebih 10 hari.
2.Elakkan pemanasan berulang.
3.Tempoh hidangan tak lebih dari 4 jam lepas masak.
4.Guna peralatan bersih dan tak sumbing.
5.Cuci tangan sebelum mengedalikan makanan.
6.Pilih bahan mentah yang segar.
7.Cuci bahan mentah dengan bersih.
8.Masak sampai mendidih.
9.Tutup makan dengan sempurna.
10.Buang segera sisa makanan.

02/05/2022

7 amalan sunat hari raya
1.Menunaikan zakat fitrah.
2.Melakukakn banyak amalan seperti sedekah dan zirah saudara serta jiran.
3.Memakai pakaian yang baik serta wangian.
4.Banyakkan bertakbir.
5.Makan sebelum solat sunat hari raya.
6.Hidupkan malam raya dengan beribadah.
7.Bergembira di hari raya dengan perkara yang dibenarkan.

02/05/2022

Gemersik Takbir Mengundang Hiba, Salam Diutus Tanda Ingatan, Syawal Dinanti Menjelang Tiba, Salam Diutus Pohon Kemaafan, Maaf Zahir Dan Batin.

Selamat Hari Raya, Minal Aidin Wal Faizin (semoga kita tergolong orang2 yang kembali dan berhasil) dari kami warga Intrac kepada semua umat Islam.

Sambutlah hari yang mulia ni dgn penuh kesykuran, semoga allah merahmati kita semua.







02/05/2022

Takwin harian ramadhan, semoga bermanfaat😊

01/05/2022

Selamat hari pekerja kepada semua pelanggan dan juga staff Intrac. Bekerjalah dengan tekun dan sabar, serta penuh dedikasi demi keluarga, agama dan bangsa.

Kepada anda yang sudah pulang ke kampung halaman, ingatlah untuk sentiasa mematuhi SOP walau kita diberi kelonggaran pada raya kali ini.

Intrac akan beroperasi semula pada 05 Mei 2022 (raya ke-4). Jumpa lagi lepas raya, jaga kesihatan dan hati2 memandu.






Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Ketil?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


No 269, Atas, Persiaran Bidara 7, Desa Bidara
Kuala Ketil
09300