18/08/2026
Iman tidak boleh diwarisi, dibeli atau diperoleh hanya melalui usaha duniawi semata-mata, tetapi ia Adalah hidayah & anugerah daripada Allah SWT Yang perlu dicari dengan keikhlasan, ilmu serta ketaatan kepada-Nya.
" Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah Yang bertaqwa "
Maksudnya, seseorang tidak Akan beriman hanya Kerana dilahirkan Dalam keluarga soleh ataupun mempunyai ibu bapa Yang bertaqwa . Setiap individu bertanggungjawab terhadap keimanan dirinya sendiri . Walaupun mempunyai keturunan Yang baik, Seseorang tetap perlu berusaha mengenal & berusaha mendekatkan diri kepada Allah .
" Ia tidak dapat Di jual beli , ia tiada Di tepi pantai "
Iman bukan sesuatu Yang boleh dibeli dengan harta , pangkat atau kekayaan. ia juga bukan sesuatu Yang boleh ditemui dengan mudah tanpa usaha Dan pengorbanan. Nilai Iman jauh lebih berhaga daripada segala perkara dunia.
" Walau apapun caranya jua , engakau mendaki gunung Yang tinggi , engkau merentas lautan api "
Bait ini menggambarkan bahawa walaupun seseorang Sanggup menghadapi pelbagai cabaran, kesusahan & pengembaraan Yang hebat , semua ITU Masih tidak menjamin kehadiran Iman dalam hati
" Namun tak dapat jua di miliki , jika tidak kembali pada Allah "
Inilah pati keseluruhan ayat tersebut. Iman hanya Akan Di peroleh Apabila seseorang kembali kepada Allah SWT dengan hati Yang ikhlas , bertaubat, beribadah , mempelajarj agama & memohon petunjuk daripada-Nya.
Kesimp**an :
Ayat ini mengingatkan bahawa Iman Adalah urusan peribadi Antara hamba dengan Allah . Keturunan Yang baik , kekayaan , ilmu dunia atau pengalaman hidup yang luas tidak menjamin seseorang memiliki Iman. Hanya dengan kembali kepada Allah SWT, mematuhi perintah-Nya dan sentiasa mencari hidayah-Nya , barulah Iman dapat bertapak kukuh Di Dalam hati .
Pengajaran:
Jangan bergantung kepada keturunan, harta atau kedudukan untuk memperoleh keselamatan di akhirat. Sebaliknya , berusaha lah mendekatkan diri kepada Allah Kerana iman Adalah anugerah Yang Di berikan kepada hamba Yang mencari Dan memohon petunjuk-Nya. "
~ MAAHAD TAHFIZ AZ-ZUHRI ISLAMIC EDUCATION CENTER ( MATAZ) ~