02/09/2024
Assalamualaikum . . semalam Ahad 1 Sept 2024 = 27 Safar 1446H waktu 'Asar saya telah diziarahi oleh 2 orang anak saudara saya anak kepada arwah kakak saya Hjh Latipah. Seorang bernama Hj Abd Rahman b Hj Yahaya serta isterinya dan adiknya Hjh Dr Noor Zaitun serta suaminya Hj Fakhrulrudin serta seorang anaknya.
Mereka semuanya pada hari Sabtu 31/8/2024 telah pergi kenduri di Ipoh juga di rumah salah seorang anak saudara saya.
Jadi semalam Ahad mereka ambil kesempatan menziarahi saya. Sementelahpun kami dah lama tak jumpa. Hj Abd Rahman tinggal di Klang dan Hjh Dr Noor Zaitun tinggal di Kuala Trengganu
Acik ucapkan jutaan TK kepada Man dan Nor kerana kesudiaan meluangkan masa menziarahi acik lebih2 lagi keadaan kesihatan acik yang sering terganggu sejak akhir2 ini. Acik juga sisipkan dgn kalimah Jazakallahhu Khairan Kathira. Hanya kepada Allah acik serahkan untok membalasnya. Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa-masa yang akan datang.
Aamiin Aamiin Aamiin YRA.
Minta maaf semalam lupa nak bergambar.