Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II - SBT

Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II - SBT Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Kuala Kangsar. Peringkat Awal Hingga Perang Dunia Kedua.

Sekolah ini terletak di Jalan Maktab (Jalan Stesen) berhampiran Maktab Melayu Kuala Kangsar. Nama sekolah ini di ambil sempena nama Seri Sultan Perak ketika itu iaitu Tuanku Raja Idris Shah Ibni Al Marhum Sultan Iskandar Shah, DK, DMM, DK (Johor), DK (Pahang), DK(Terengganu), SPCM,SPMP,CMG, PJK. Nama dan tapak sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Kuala Kangsar dan telah dirasmikan

pada 28 Ogos 1964 oleh Al Marhum sendiri. Pada tahun 1880, Sekolah Melayu Kuala Kangsar telah ditubuhkan dan mempunyai bilangan murid seramai 30 orang dan 3 orang guru.
1. Tuan Haji Abdullah
2. En Mohd Sidek (berasal dari Singapura)
3. En Ayub Bin Abu Bakar. Pada peringkat awalnya Sekolah Melayu Kuala Kangsar ini menumpang di bahagian bawah bangunan Mahkamah lama di Bukit Kerajaan sebelum di bina bangunan baru di Jalan Daeng Selili. Pada tahun 1887, ia berpindah ke Jalan Iskandar berhampiran dengan Sekolah Clifford sehinggalah Perang Dunia Kedua .Sekolah ini juga dijadikan sekolah latihan SITC pada tahun 1940 sehingga 1941. Dalam masa pemerintahan Jepun, sekolah ini telah disatukan dengan sekolah Clifford dengan menitikberatkan pengajaran bahasa Jepun (Nippon Go) dan dengan kembalinya pemerintahan Inggeris (British Military Army) yang kemudiannya bertukar kepada Malayan Union dan akhirnya Federation Of Malaya .Di waktu itu,hanya pelajar Melayu sahaja yang bersekolah di sini daripada tahun 1 sehinggalah ke tahun 6. Pada tahun 1950, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina di atas kawasan yang luasnya 7 ekar 14 pol berhampiran dengan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang juga pada asalnya kawasan ini bernama “Paya Kundang”.Bangunan baru ini dinamakan Sekolah Melayu Pusat (Central Malay School) Kuala Kangsar.Pada 15 Februari 1951 seramai 407 orang murid dan 15 guru dan pentadbiran telah berpindah ke sini dengan Guru Besar pertamanya ialah En Ibrahim Bin Abd Samad. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Al Marhum DYMM Sultan Yusuf Izzudin Shah pada tanggal 27 Mei 1951. Kelas darjah 7 dan Kelas Pertukangan Kayu telah dibuka dan ia merupakan satu satunya projek yang diadakan di Wilayah Perak Tengah Utara namun demikian ia telah dimansuhkan apabila berlaku perubahan dalam dasar pelajaran kebangsaan. Pada 28 Ogos 1964, DYMM Al Marhum Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah telah merasmikan Sekolah ini dengan mengambil sempena nama baginda. Pada hari perasmian tersebut baginda telah mencatatkan dalam buku pelawat dengan tulisan jawi seperti berikut:
“Pada hari ini 29 Ogos 1964, beta telah menamakan sekolah ini dengan nama beta iaitu Sultan Idris II. Beta berharap sekolah ini akan maju dan bertambah lagi akan memberi pelajaran dan pengetahuan yang sempurna bagi negeri dan rakyat. Di harapkan sekolah ini akan bertambah maju dari masa ke satu masa”. (DYMM Sultan Perak)
Pada tahun 1983, sekolah ini telah mendapat bantuan bangunan tambahan berhadapan dengan bangunan sekolah asal yang terdiri daripada 6 bilik darjah, bilik pejabat, bilik sembahyang, bilik pusat sumber, bilik guru, bilik TV Pendidikan, kantin, stor dan tandas.

Minggu Stem SK Sultan Idris II telah diadakan pada 3-7 Ogos. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Murid - murid b...
12/08/2026

Minggu Stem SK Sultan Idris II telah diadakan pada 3-7 Ogos. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Murid - murid berpeluang meneroka ilmu melalui aktiviti yang kreatif dan e.
Tahniah dan syabas kepada murid dan guru yang menjayakan Minggu Stem tahun ini.
Part 2

Minggu Stem SK Sultan Idris II telah diadakan pada 3-7 Ogos. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Murid -murid be...
12/08/2026

Minggu Stem SK Sultan Idris II telah diadakan pada 3-7 Ogos. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Murid -murid berpeluang meneroka ilmu melalui aktiviti yang kreatif dan mencabar.
Tahniah dan syabas kepada murid dan guru yang menjayakan Minggu Stem tahun ini.
Part 1

7 KM...
08/08/2026

7 KM...

HARI BERTEMU WARISMajlis Penyerahan Slip Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)Pertengahan Tahun Sesi 2026
24/07/2026

HARI BERTEMU WARIS
Majlis Penyerahan Slip Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pertengahan Tahun Sesi 2026

Pelancaran SAFE-Bersama sama hentikan buli.Buli bukan sekadar gurauan, tetapi luka yang boleh meninggalkan kesan sepanja...
20/07/2026

Pelancaran SAFE-Bersama sama hentikan buli.
Buli bukan sekadar gurauan, tetapi luka yang boleh meninggalkan kesan sepanjang hayat. Marilah kita berganding bahu mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria dan penuh kasih sayang.
Bersama sama hentikan buli.
Part 2.

Pelancaran SAFE- Bersama sama hentikan buli.Buli bukan gurauan tetapi luka yang boleh meninggalkan kesan sepanjang hayat...
20/07/2026

Pelancaran SAFE- Bersama sama hentikan buli.
Buli bukan gurauan tetapi luka yang boleh meninggalkan kesan sepanjang hayat. Mariah kita berganding bahu mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria dan penuh kasih sayang. Bersama sama hentikan buli..
Part 1

KARNIVAL BAHASA SEKOLAH RENDAHANJURAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KUALA KANGSAR. TARIKH : 15 JULAI 2026HARI : RABUTEMPAT :...
16/07/2026

KARNIVAL BAHASA SEKOLAH RENDAH
ANJURAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM
PPD KUALA KANGSAR.

TARIKH : 15 JULAI 2026
HARI : RABU
TEMPAT : SK SHEIKH AL MARBAWI KUALA KANGSAR

PENCAPAIAN:

🥇JOHAN : PERTANDINGAN IMLAK (P)
🥇JOHAN: PERTANDINGAN IMLAK (L)
🥇JOHAN : PERTANDINGAN DAIE CILIK (L)
🥈NAIB JOHAN : PERTANDINGAN DAIE CILIK (P)
🥈NAIB JOHAN : PERTANDINGAN KALAM ARABI (P)
🎖️TEMPAT KE-4 : PERTANDINGAN CITRA JAWI

PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN,
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID DAN TENAGA PENGAJAR YANG TERLIBAT.

25/05/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌹

Dengan penuh rasa penghargaan dan kasih, kami bawakan sebuah MV istimewa berjudul “Memoir Seorang Guru” sempena persaraan insan hebat yang banyak berjasa — Cikgu Azizah dan Ustazah Noraini. ✨

MV ini merupakan hasil karya warga SKSI sebagai tanda terima kasih atas segala pengorbanan, ilmu dan kasih sayang yang telah dicurahkan sepanjang bergelar pendidik. ❤️

Kredit Produksi :

🎼 Lirik & Lagu : Sir Megat Mohd Khir
🎥 Suntingan Video & Jurukamera : Sir Farisz
📝 Storyboard : Chikgu Shazani

Semoga video ini menjadi kenangan terindah buat yang diraikan dan meninggalkan memori yang abadi di hati seluruh warga sekolah. 🌷

Selamat bersara cikgu Nor Azizah dan ustazah Noraini.21 Mei 2026 tarikh penuh bermakna menutup satu perjalanan tugas den...
25/05/2026

Selamat bersara cikgu Nor Azizah dan ustazah Noraini.
21 Mei 2026 tarikh penuh bermakna menutup satu perjalanan tugas dengan seribu kenangan indah.
Terima kasih atas segala ilmu dan jasa, kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan kepada anak bangsa.
Part 5

Address

Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Jalan Tun Abdul Razak
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II - SBT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share