Syahadah Centre HQ

Syahadah Centre HQ Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syahadah Centre HQ, Education, Halal Souq, Kuala Kangsar.

HANDPHONE dan KAABAHSYEIKH Nuruddin Albanjari dalam sebuah ceramahnya pernah memberi soalan kepada para jamaahnya."Kenap...
24/12/2019

HANDPHONE dan KAABAH

SYEIKH Nuruddin Albanjari dalam sebuah ceramahnya pernah memberi soalan kepada para jamaahnya.

"Kenapa tidak ada seorang pun pemain bola sepak yang membawa handphone mereka masuk padang ketika bertanding?" Jamaah terdiam, tidak ada satu pun yang menjawab. Kemudian Syeikh melanjutkan.

"Sebab tidak ada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus pada permainan mereka. "

Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah atau Masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus atau khusyuk daripada solat?

Mulai sekarang, belajarlah. Belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone, netbook, dan laptop dalam rumah Allah, kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah.

"Jaga adab kita dengan Allah."

Syeikh Abdurrahman assudais, Imam Mesjidil Haram, di suatu masa ketika mengimamkan solat di depan Kaabah, beliau mendengar suara alunan muzik dari salah satu handphone milik seorang jemaah yang turut bersolat dibelakangnya.

Setelah selesai solat beliau bangkit sambil menangis, ia berkata kepada jamaah solat,

"Saya belum pernah mendengar muzik di rumah saya, tetapi hari ini saya mendengar muzik di rumah Allah".

Ameen ya Rabb
04/10/2018

Ameen ya Rabb

ENAM anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas kerana menyelamatkan mangsa, diiktibarkan sebagai syahid.

28/09/2018

Innalillahiwainnalillahirajiun.. Gempa & Tsunami pada 28/9/18 (Jumaat) terjadi di Banda Palu, Sulawesi, Indonesia

Mari sama2 kita mendoakan keselamatan saudara se Islam di Indonesia yg baru sahaja ditimpa musibah.. Innalillahiwainnali...
28/09/2018

Mari sama2 kita mendoakan keselamatan saudara se Islam di Indonesia yg baru sahaja ditimpa musibah.. Innalillahiwainnalillahirajiun..

JAKARTA: Bandar Palu, Indonesia dilanda tsunami selepas gempa bumi kuat menggegar wilayah tengah, kata agensi bencana, ketika gempa memusnahkan bangunan dan mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang melarikan diri ke jalanan.

28/09/2018

*PROGRAM SYAHADAH BULANAN*

Assalamualaikum w.b.
Salam ikhwanul mukminin.

Kuliah bulanan syahadah kembali lagi dengan lebih ramai sudah ahli2 baru yg telah bersyahadah. Alhamdulillah, berbanyak syukur ke hadhrat Ilahi kerana memberikan pertunjuk ke Jalan Lurus.
Bagi memahami lagi akan QALAM2 ALLAH & QALAM RASUL-NYA, pihak Syahadah Centre menganjurkan lagi Program Bulanannya bagi menjelaskan lagi setiap yg kabur agar mereka yg masih kabur2 dpt memahami dgn lebih jelas lagi.

Disamping itu diantara tujuan program ini ialah utk melahirkan seberapa ramai lagi penceramah2 yg baru kerana proses pembukaan OUTLET atau Syahadah Centre yang baru sedang giat berlaku; dan bagi yg diamanahkan menjaga Syahadah2 Centre perlu memahami dan mampu memberikan penjelasan kepada ahli2 baru dgn jelas agar kita bersama mereka dpt memartabat dan meletakkan Dua Kalimat Syahadah ini di persada bumi pada sisi hati2 manusia, kerana IA adalah Kalimah Keagungan Allah dan Rasul-Nya.

Jadikanlah program ini sebagai pemangkin bagi memahamkan ruhani dan jasmani kita serta mengukuhkan lagi silaturrahim bagi sama-sama menggerakkan usaha dakwah mengajak dan mengeluarkan manusia daripada ZULMAH kepada CAHAYA Allah. Itulah TUGAS para Nabi dan Rasul. Dan kita sebagai umat yang ditinggalkan oleh junjungan yang mulia Nabi Muhammad saw, haruslah menyambung tugas-tugas dakwah ini agar bumi ini makmur dgn hadhirnya NUR Kalimat Syahadah.

Itenari program.

Tarikh: 29.09.18

Lokasi: Sidratul Corp, (Halal Souq), sebelah Petron Jln Grik Lenggong, IKS MIEL, 33010, Kuala Kangsar, Perak.
Tel: 05-7731662

JAM: 9.00 pg - 1.00 th

SYAHADAH ADALAH KUNCI KEIMANAN

8.30: Pendaftaran & sarapan pagi serta Solat Dhuha.

9.00 am: Bacaan Asma UL Husna dan Zikirullah.

9.20: Kuliah Pertama: Syaitan Berjalan mengikut Aliran Darah manusia dan bagaimana terbitnya Was-Was.

10.30: Kuliah Kedua: Syahadah adalah Kunci Iman, Islam dan Ihsan.

12.00: Q & A - Masalah2 bagi org yang mubtadi (baru belajar).

12.30: Tajdid Dua Kalimah Syahadah bagi yg belum lagi berbuat demikian serta anak2 remaja yang telah mencapai Aqil Baligh.

12.45: Latihan2 dan permainan Seni Pertahan Diri Mua Thai, Silat & Tomoi.

1.00: Bersurai.

Jemputan: Terbuka kpd sesiapa sahaja yg ingin menambahkan Ilmu pengetahuan.

Rawatan Dadah dan lain2 boleh didapati pd Sabtu ini.

Bagi yg ingin dtg awal dan menginap di homestay atau hotel sila maklumkan.

Urusetia Program:
Shahrul: +60133019956
Aziz: +60195151712

Jazakallah khair.
Syahadah Centre HQ
Kuala Kangsar.

Address

Halal Souq
Kuala Kangsar
33010

Telephone

+601120042308

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syahadah Centre HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category