26/09/2026
Muhammad Amirul Hakim bin Rahimuddin Terima Anugerah Ketua Pengarah, Kolej Komuniti Zon Tengah 2026
Muhammad Amirul Hakim bin Rahimuddin dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ketua Pengarah Kolej Komuniti Zon Selatan 2026 pada Sidang 1 Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah 2026. Anugerah tertinggi di peringkat kolej komuniti itu, berupa plak dan hadiah wang tunai RM1,000, disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.
Majlis konvokesyen berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dari 24 September hingga 1 Oktober 2026. Ia melibatkan graduan politeknik dan kolej komuniti dari Perak dan Selangor, dengan lapan sidang sepanjang tempoh tersebut.
Berasal dari Ipoh, Perak, Amirul yang berusia 26 tahun merupakan graduan Diploma in Culinary Arts di Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh (PCAA@KKCP). Beliau turut menerima Anugerah Pengarah Kolej Komuniti Negeri Perak dan Anugerah Pelajar Cemerlang PCAA@KKCP.
Sepanjang pengajian, beliau aktif dalam pelbagai kegiatan kokurikulum, terutama pertandingan kulinari peringkat antarabangsa. Beliau telah meraih pingat emas, perak dan gangsa dalam pertandingan di Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Malaysia.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk Amirul terus melangkah jauh dalam bidang kulinari. Kisah usaha dan kejayaannya juga diharapkan dapat memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk berani mencuba, tekun berlatih dan mengejar cita-cita.
Pengarah dan seluruh warga PCAA@KKCP amat berbangga dengan kejayaan anda!