04/06/2025
Sila ambil maklum bahawa Syarikat kami akan melaksanakan e-Invois bermula 1 Julai 2025, selaras dengan ketetapan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan ini:
- Semua transaksi akan dihantar dan disahkan melalui sistem MyInvois LHDNM.
- Sebarang pindaan ke atas e-Invois hanya boleh dibuat dalam tempoh 72 jam selepas ia dijana.
- Untuk tujuan pelaksanaan e-Invois, pelanggan diminta menyemak dan mengesahkan sebut harga terlebih dahulu. Invois hanya akan dijana selepas pengesahan diterima daripada pihak pelanggan.
Kerjasama anda dalam memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini amat dihargai. Terima kasih.