The Malay College Kuala Kangsar

The Malay College Kuala Kangsar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from The Malay College Kuala Kangsar, School, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Kangsar.

MISI SELAMATKAN 300 PRODUK: DARI MCKK UNTUK KUALA KANGSAREmpat murid Tingkatan 4 MCKK, Amir Rayyan Muhammad Shaifuddin, ...
23/08/2026

MISI SELAMATKAN 300 PRODUK: DARI MCKK UNTUK KUALA KANGSAR

Empat murid Tingkatan 4 MCKK, Amir Rayyan Muhammad Shaifuddin, Anas Rayyan Muhammad Shaifuddin, Faeeq Nadeem Mohd Fadzlee dan Azfar Hafeez Mohd Azri, menerusi pasukan MCKitar4Impact, telah melancarkan Misi Selamatkan 300 Produk.

Melalui aplikasi GoKitar yang dibangunkan sendiri, mereka menyasarkan untuk membantu lima kedai runcit tempatan menyelamatkan 300 produk dalam tempoh sebulan. Inisiatif ini lahir selepas mereka mendekati hampir 15 peniaga kecil di Kuala Kangsar dan melihat sendiri cabaran yang dihadapi, termasuk tekanan ekonomi, persaingan dengan pasar raya besar yang semakin bertambah serta stok yang lambat terjual hingga berisiko luput dan terpaksa dibuang.

Berteraskan konsep “Satu Pembelian, Tiga Impak”, GoKitar membolehkan kita menyokong peniaga kecil tempatan, mengurangkan pembaziran dan membantu golongan yang memerlukan. Dengan kerjasama rakan strategik, Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, pengguna juga boleh membeli barangan untuk didermakan.

5 kedai. 300 produk. 1 bulan.

Setiap pembelian membawa mereka selangkah lebih dekat kepada sasaran. 💚

Ayuh, bersama-sama kita sokong usaha murni anak-anak muda MCKK ini. Beli untuk keperluan sendiri atau hulurkan sumbangan melalui GoKitar:

❗️ Pautan aplikasi GoKitar:
gokitar.vercel.app

Penyertaan MCKK dalam World of Robotics ROBOTCHALLENGE 2026 di Beijing, China bersama kontingen Malaysia pada 8-11 Ogos ...
22/08/2026

Penyertaan MCKK dalam World of Robotics ROBOTCHALLENGE 2026 di Beijing, China bersama kontingen Malaysia pada 8-11 Ogos 2026.

Tahniah diucapkan kepada Qhaliq Rafael bin Mohd Izwan Hafis dari kelas 1 Bijaksana memperolehi 3rd Prize.

Tahniah kepada pasukan Tech Leader MCKK, meraih Tempat ke-3 dalam Peringkat Akhir STEM Ideation Kebangsaan Tahun 2026 be...
21/08/2026

Tahniah kepada pasukan Tech Leader MCKK, meraih Tempat ke-3 dalam Peringkat Akhir STEM Ideation Kebangsaan Tahun 2026 bertempat di TTC, Kuala Terengganu.

Pasukan MCKK terdiri daripada Muhammad Luqman Hakim bin Akram, 2 Inovasi (Rumah Ahmad), Muhammad Danish Syawal bin Ismail, 2 Inovasi (Rumah Idris) dan Muhammad Hadif bin Mohd Hafiz, 2 Sejahtera (Rumah Mohd Shah).

Semoga kejayaan ini dapat mendorong untuk lebih berjaya dalam bidang STEM pada usia muda.

Kejayaan Team Eco-Schools MCKK 2026Alhamdulillah, The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) terus mengharumkan nama sekolah...
20/08/2026

Kejayaan Team Eco-Schools MCKK 2026

Alhamdulillah, The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) terus mengharumkan nama sekolah melalui kejayaan Team Eco-Schools dalam Eco-Schools 2026.

Projek Eco-Schools MCKK telah berlangsung selama tiga tahun, bermula pada tahun 2024, dengan pelaksanaan pelbagai projek berkaitan kelestarian alam sekitar, inovasi hijau dan amalan mesra alam.

Pada 10 Ogos 2026, Team Eco-Schools MCKK telah menjalani sesi pengauditan bersama dua orang pensyarah dari UiTM Seri Iskandar, iaitu Ts. Dr. Ahmad Haqqi Nazali bin Abdul Razak dan Puan Jasmin binti Zulkifli. Dalam sesi tersebut, murid membentangkan projek seperti Kebun Nuri, Eco Compost, Panel Solar dan beberapa inovasi lain serta menjawab soalan pihak pengaudit.

Kemuncak kejayaan apabila MCKK berjaya meraih TIGA ANUGERAH dalam Majlis Penganugerahan Eco-Schools 2026 pada 18 Ogos 2026 di SERATAS, iaitu:

🏆 Anugerah Green Flag
🏆 Anugerah Inovasi Eco
🏆 Anugerah Sekolah Terbaik Yayasan Axiata

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan kerja keras murid serta guru dalam membudayakan kelestarian dan inovasi di sekolah.

Tahniah dan syabas kepada seluruh Team Eco-Schools MCKK! 🎉👏

18/08/2026
Majlis Peluncuran SAFE Peringkat The Malay College Kuala Kangsar.Tarikh: 18 Ogos 2026Hari : SelasMasa : 7:30 pagiTetamu ...
18/08/2026

Majlis Peluncuran SAFE Peringkat The Malay College Kuala Kangsar.

Tarikh: 18 Ogos 2026
Hari : Selas
Masa : 7:30 pagi
Tetamu Jemputan Perasmian: Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Nadiah binti Radenan

School Anti-Bullying Framework for Empowerment (SAFE) telah diluncurkan dengan jayanya di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sebagai satu usaha memperkukuh budaya sekolah yang selamat, sejahtera dan bebas daripada buli.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu jemputan, Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Nadiah binti Radenan, atas kesudian hadir dan bersama-sama memberikan sokongan terhadap usaha membanteras gejala buli dalam kalangan warga sekolah.

Semoga peluncuran SAFE menjadi titik tolak kepada pembudayaan sikap berani berkata tidak kepada buli, prihatin terhadap rakan dan bertanggungjawab mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan sejahtera.

Senarai program-program yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang Bulan Kemerdekaan Peringkat MCKK 2026. Program ini di...
17/08/2026

Senarai program-program yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang Bulan Kemerdekaan Peringkat MCKK 2026. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Panitia Sejarah, Pusat Sumber Tunku Abdul Rahman & Kesatuan Pelajar Kolej Melayu (KPKM).

TAHNIAH, THE MALAY COLLEGE WIND ORCHESTRA (MCWO)! Silver Award di Festival Wind Orkestra Sekolah Berasrama Penuh bukan s...
16/08/2026

TAHNIAH, THE MALAY COLLEGE WIND ORCHESTRA (MCWO)!

Silver Award di Festival Wind Orkestra Sekolah Berasrama Penuh bukan sekadar sebuah pencapaian, ia adalah gema daripada 49 jiwa muda, yang menyatukan nafas, irama dan tekad menjadi satu suara, satu jiwa.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Cikgu Fawwaz dan Cikgu Asyikin selaku guru penasihat, Encik Keith sebagai jurulatih serta teristimewa barisan jurulatih daripada UPSI yang tidak pernah lelah mencurah ilmu, membentuk disiplin dan membimbing setiap langkah perjalanan ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat pihak sekolah, ibu bapa dan keluarga yang memberi sokongan tidak terhingga buat MCWO.

Silver Award ini bukan noktah. Ia hanyalah satu nota dalam sebuah karya yang masih panjang, kerana selepas ini, sebuah pentas yang lebih agung menanti.

ROYAL COMMAND PERFORMANCE
17 September 2026
Dewan Filharmonik Petronas, KLCC

Hari ini kita meraikan sebuah pencapaian. Esok, kita akan terus mencipta legasi.

White Knights.
Our Music, Our Pride 🎶

Tahniah pasukan MCKK untuk idea projek Bakau Kita diiktiraf tempat Ke-5 keseluruhan dalam International Tun Fatimah Idea...
16/08/2026

Tahniah pasukan MCKK untuk idea projek Bakau Kita diiktiraf tempat Ke-5 keseluruhan dalam International Tun Fatimah Ideas Challenge 2026 yang dianjurkan secara dalam talian.

Wakil MCKK terdiri daripada:
1. Danish Aufa bin Harith Fadhilah - 3C - Ahmad
2. Muhammad Noor Zahin bin Noorazman - 3U - Idris
3. Noah Naqib bin Sazzli Shahlan - 3U - Ahmad

Tahniah diucapkan!

Tahniah Pasukan Ragbi MCKK Bawah 14 Tahun: Naib Juara Kategori Cup Kejohanan Forward 10’sPasukan ragbi Bawah 14 Tahun Ma...
16/08/2026

Tahniah Pasukan Ragbi MCKK Bawah 14 Tahun: Naib Juara Kategori Cup Kejohanan Forward 10’s

Pasukan ragbi Bawah 14 Tahun Malay College Kuala Kangsar (MCKK) berjaya menamatkan saingan Kejohanan Ragbi Forward 10’s di tempat kedua (Naib Juara Kategori Cup).

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit, MCKK akur dengan keunggulan SMK King Edward VII selepas tewas dengan keputusan 0-14.

Ringkasan Keputusan Kejohanan:
Kejohanan: Kejohanan Ragbi Forward 10’s
Kategori: Bawah 14 Tahun (U14)
Pencapaian: Naib Juara (Cup)
Keputusan Perlawanan Akhir: MCKK 0 – 14 SMK King Edward VII

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan pemain, jurulatih, serta pengurusan pasukan atas kerja keras dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung!

Address

Jalan Tun Abdul Razak
Kuala Kangsar
33000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Malay College Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to The Malay College Kuala Kangsar:

Shortcuts

Share

Category