09/09/2024
TAHIYYAT, SALAM DAN KEBANGKITAN*
TAHIYYAT itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :
1) TAHIYYAT AWAL.
2) TAHIYYAT AKHIR.
SALAM p**a adalah Rukun Terakhir sebagai Penutup atau Noktah kepada Ibadah Solat.
Maka itulah Matlamat Membangunkan Kesejahteraan Rohani dan Jasmani buat umat yang Beriman.
* TAHIYYAT AWAL.
Ianya dilakukan seusai sahaja Sujud kedua pada Raka'at kedua, dan ia dilakukan sebelum Qiyam kembali pada Raka'at ketiga.
Jika sebelum ini telahpun dibukakan mengenai Sujud kedua berupa “Turun Kembali” ke Lapangan setelah melakukan "Check And Balance" Dilapangan, dan Qiyam itu p**a adalah Bicara "Bangkit" memulakan Gerak Kerja.
Maka Tahiyyat Awal ini adalah Bicara "Turning Point" didalam sesuatu Pelaksanaan.
Ini bermaknanya Tahiyyat Awal itu menjadi satu Pengakhiran bagi sesuatu Fasa Gerak Kerja.
Pada masa yang sama, ia menjadi satu Permulaan bagi sesuatu Fasa yang baru atau Fasa Pengembangan seterusnya.
Lafaz Tahiyyat itu terbahagi kepada empat bahagian, iaitu :
a) LAFAZ PENGHORMATAN KEPADA ALLAH SWT.
b) UCAPAN SALAM.
c) UCAPAN PENYAKSIAN.
d) SELAWAT.
Namun, Tahiyyat Awal hanya cukup sekadar “Allahumma Solli Ala' Muhammad”.
Sekadar Ucapan Selawat keatas “MUHAMMAD” sahaja.
Jikalau Dikaji lenggok atau gaya bahasa Lafaz ini, maka ia berbentuk Individu atau Singular.
Ini adalah satu Pengesahan bagi Kerjabuat yang sudahpun dilakukan sebelumnya diperingkat Individu.
Jika kita gunakan Kerangka Solat kedalam aspek Pembinaan Akhlak Diri contohnya, maka Tatakerja pada dua Raka'at pertama adalah Bicara Soal "Pembinaan Diri atau Kesedaran Diri" sendiri.
* TAHIYYAT AKHIR.
Jika tadi dibukakan Fasa Individu, maka Fasa selepas Tahiyyat Awal itu p**a adalah Fasa Jamaie (Kelompok), atau lebih tepat lagi Fasa "Generasi".
Ini adalah berdasarkan Lafaz Selawat pada Tahiyyat Akhir yang merangkumi bukan sahaja Selawat keatas MUHAMMAD SAW, malah dilanjutkan p**a keatas KELUARGA Baginda, juga keatas IBRAHIM AS serta KELUARGANYA.
Terang dan Jelas apabila kita Bicara mengenai "Keluarga", maka ia sebenarnya adalah Bicara mengenai "Pembinaan Generasi".
Jikalau Tahiyyat Awal adalah Bicara "Pengesahan" bagi satu Misi diperingkat Individu.
Maka Tahiyyat Akhir p**a adalah Bicara "Pengesahan" Kerjabuat yang bersifat Keluarga dan Generasi.
Daripada kedua-dua Fasa ini, maka kita akan dapat melihat dengan secara Makro bahawa Tahiyyat Akhir itu adalah merupakan satu ‘'Penghijrahan'’ atau "Pengembangan" atau "Perubahan" ataupun "Islah" kearah yang lebih Baik dan lebih luas skopnya. (QS. Adh-Dhuha : 4).
* IBRAH ‘DUA FASA’: BICARA PEMBANGUNAN AGAMA.
Jika kita soroti Sunnah Kehidupan Nabi Muhammad SAW disepanjang Dakwahnya.
Maka kita akan dapati bahawa Beliau benar-benar Melakarkan Sunnah Dua Fasa.
Secara Ritualnya, Dua Fasa akhir itu Dilakarkannya didalam Tahiyyat Awal dan Tahiyyat Akhir.
Jika kita Kaji p**a Sirah Kehidupan Nabi Ahmad sebelum Baginda Dibangkitkan sebagai Rasul pada umur 40 tahun.
Maka kita akan dapat memahami bahawa, sejak Beliau Dilahirkan sehinggalah kepada umur 40 tahun adalah Fasa Allah SWT Membina Kredibiliti Peribadi Baginda.
Di Fasa ini, segala Kualiti Baginda sebagai "Insan Termulia" telah dibentuk sebelum diangkatnya sebagai Nabi dan kemudiannya sebagai Rasul pada umur 40 tahun.
Setelah Dibangkitkan Beliau sebagai Nabi, maka "Tugas" utama Baginda adalah "Menyebarkan Wahyu" yang sarat dengan segala Kesucian, Kebaikan dan Kemulian kepada seluruh Alam (QS. Al-Anbiya' : 107).
Hal ini turut dijelaskan didalam Hadis yang Mafhumnya :
“Sesungguhnya aku Dibangkitkan (Menjadi Rasul) untuk Menyempurnakan Akhlak-Akhlak Mulia”.
Jikalau diambil Sirah ini kedalam kerangka Dua Fasa, maka dari umur 0 sehinggalah 40 tahun Baginda adalah Fasa "Pembinaan Diri" (Tahiyyat Awal).
Manakala Fasa Baginda Bangkit (Bicara Qiyam) untuk Menyebarkan Wahyu Allah SWT daripada umur 40 tahun sehinggalah 63 tahun adalah Fasa "Membina Generasi" (Tahiyyat Akhir).
Jika kita teliti dengan lebih terperinci daripada umur 40 tahun sehinggalah 63 tahun, maka kita akan temui satu lagi konklusi yang sama dengan Sunnah Dua Fasa.
Iaitu, Fasa 13 tahun pertama adalah Fasa Makkiyah (Sebelum Hijrah).
Ayat-Ayat yang diturunkan adalah Ayat-Ayat Perihal "Keimanan" dan "Pembinaan Jatidiri" bagi setiap Individu Awalulmuslimin.
Ini juga adalah Bicara Tahiyyat Awal didalam Misi Dakwah Baginda.
Umat telah Bangkit untuk Berlepas Diri daripada segala Kesyirikan, Tekanan dan Seksaan dizaman Jahiliyah Mekkah.
Pada Fasa 10 tahun terakhir p**a ialah, mengajak umat untuk Berhijrah ke Madinah (Bicara Qiyam Fasa kedua).
Di Madinah diturunkan p**a Ayat-Ayat Syariat dan Strategi Pembinaan Generasi. Ini adalah Bicara Tahiyyat Akhir daripada aspek Generasi.
Sesungguhnya, masih banyak lagi kisah-kisah yang boleh diambil bagi Menentukan dan Mengesahkan bahawa, pola Kehidupan atau Pembangunan Agama kita ini Berlingkar didalam pola “Dua Fasa”.
* RAHSIA KAITAN ISLAM DENGAN NABI IBRAHIM AS.
Sesungguhnya, setiap Bicara Wahyu dan setiap Aturan Allah SWT serta setiap Penciptaan Generasi itu mempunyai "Hikmah" dan "Strategi Khas" untuk kita mengambil Pengajaran darinya.
Begitu jugalah Halnya, mengapa Lafaz Tahiyyat kita mempunyai Selawat Ibrahimiyah.
Ini menunjukkan betapa rapatnya kaitan kita dengan Nabi Ibrahim AS. Dan umum mengetahui bahawa Nabi Ibrahim AS digelarkan sebagai “Bapa Agama”.
Beliau juga adalah "Bapa Sekelian Nabi", lantaran Nabi-Nabi selepasnya adalah daripada Keturunan Beliau sendiri.
Nabi-Nabi Yahudi dan Nasrani daripada susur galur Nabi Ishaq AS. dan Nabi-Nabi Arab (Ahmad) p**a adalah daripada susur galur Nabi Ismail AS.
Diantara kisah Nabi Ibrahim AS yang paling dekat dengan kita ialah kisah Beliau dan anaknya Nabi Ismail AS yang Membangunkan Baitullah Al-Haram di Mekkah. (QS. Al-Baqarah : 124-134).
Pada Hakikatnya, Lafaz Tahiyyat itu sendiri secara Makro adalah "Satu Doa" (Seruan).
Apabila Selawat didalam Tahiyyat Akhir itu adalah Selawat Ibrahimiyah, maka ia adalah "Satu Seruan" untuk kita mengembalikan semula Wajah (Kerangka Agama atau Kehidupan) kita.
Bukanlah setakat kepada Nabi Muhammad SAW dan Keluarga Baginda semata-mata, tetapi sejauh ke Nabi Ibrahim AS serta Keluarganya.
Sesungguhnya, Hakikat Allah SWT Membangkitkan Generasi Nabi Ibrahim AS sebagai Rasul-NYA adalah hasil daripada Doa Beliau juga. (QS. Al-Baqarah : 124).
Sesungguhnya diantara Wawasan yang seharusnya kita kecapi didalam Hidup Beragama hari ini adalah Keperluan Hasil Kerja kita untuk Menatijahkan kepada Insan-Insan yang selepas kita, supaya dapat sentiasa Berhubung dengan Allah SWT.
Yakni memberikan kepada mereka segala Kesucian, Kebaikan dan Kemulian yang diterima daripada Allah SWT (Konsep Rahmatal Lil' Alamiin).
Maka Itulah yang Nabi Ibrahim AS telah lakukan. (QS. Al-Baqarah : 125).
Nabi Ibrahim AS juga bukanlah setakat Mendoakan Kebaikan buat Manusia selaku Ubudiyyah Allah SWT.
Malah Mendoakan juga Kebaikan buat Tempat sebagai Mulkiyah bagi kita semua selaku Keturunannya (QS. Al-Baqarah : 126).
Maka itulah "BAITULLAH" Asas Mulkiyah yang Pembinaannya menjadi Kiblat dan Rujukan kita sehingga hari ini.
Tonggak sebuah KELUARGA (Komuniti terkecil) adalah SUAMI (Rijal).
Apabila Rijalnya Qawwam, maka Rumahtangganya akan Kukuh Teguh dan Bahagia.
Itulah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS melalui ayat QS. Al-Baqarah : 127.
Maka hal ini Berlawanan dengan apa yang telahpun dilakukan oleh Firaun, iaitu dengan ‘'Membunuh"’ Para Lelaki-Lelaki (Rijal) dan membiarkan p**a hidup Para Wanita-Wanita yang Lemah sahaja. Agar Firaun boleh terus Bermaharajalela.
Allah SWT telah Merakamkan Doa Nabi Ibrahim AS yang mahukan Generasinya menjadi Rasul seperti Beliau sendiri.
Dan Beliau Membacakan dan Mengajarkan Kitab (Teori Ketetapan) dan Mengajarkan Hikmah (Praktikal) juga Mensucikan Umat.(QS. Al-Baqarah : 128-129)
Nabi Ibrahim AS juga telah berpesan kepada Keturunannya supaya Mati hanya didalam Islam sahaja, lantaran Allah SWT telahpun Memilih mereka untuk Menggalang Agama-NYA.
Ini bermaknanya, kita Wajiblah sentiasa tetap sahaja Berjuang untuk Agama Allah SWT ini sampailah Ajal menjemput kita p**ang.
Samaada kita Sanggup Mati untuk Agama ini, ataupun tetap berada diatas Landasan Kebenaran Agama ini selagi hayat dikandung badan.
Maka Itulah sebenar-benarnya Tujuan atau Matlamat Hidup kita Didunia Tipu Daya Yang Sementara ini.
Daripada Ayat-Ayat tersebut dapatlah kita lihat "Satu Strategi" didalam "Mewariskan Misi-Misi Agama Allah SWT" kepada Generasi-Generasi berikutnya (QS. Al-Baqarah : 124).
Mereka Wajiblah "Diuji" dan "Disucikan" terlebih dahulu, kemudiannya sediakan p**a Mulkiyah untuk mereka (QS. Al-Baqarah :125-126).
Tinggikan Darjat mereka setara dengan fungsi diri mereka (QS. Al-Baqarah :127).
Ajarkan mereka Teknikal dan Doktrin (QS. Al-Baqarah :128-130).
Serta akhirnya Arahkanlah mereka untuk Bersumpah Setia (QS. Al-Baqarah :131-133).
Maka itulah pada Hakikatnya Kerangka Solat kita, daripada Rahsia Doktrin sehinggalah Ketetapan Menghadap ke Baitullah.
* SALAM DI TAHIYYAT AKHIR.
Secara ringkasnya,
SALAM adalah merupakan "Bicara Titik Noktah" didalam Misi kita.
Iaitu Mensejahterakan Manusia, baik Golongan Kanan mahupun Golongan Kiri.
Jikalau Rukun Wajib hanya SALAM ke kanan, maka kita bolehlah fahami bahawa Misi Utama kita adalah Mensejahterakan Golongan Kanan sahaja.
Allah SWT telah Menetapkan bahawa, setiap yang Dimulakan pastilah ada Pengakirannya.
Tahiyyat Akhir adalah Bicara Fasa Pembinaan Generasi Golongan Kanan.
Maka, Matinya kita Wajiblah Meninggalkan Kesejahteraan kepada yang masih hidup untuk Menikmati dan Meneruskan Misi Dakwah mengajak Golongan Kiri.
Setelah Wafatnya Nabi SAW, Islam telahpun Berkembang Pesat sehinggalah ke Alam Melayu Nusantara hari ini.
Ini Membuktikan bahawa Perjalanan Nabi SAW seiring dengan Mutasyabihat Solat yang lengkap.
* KESIMPULANNYA.
Kita tidak akan pernah mampu menolak Hakikat bahawa, setiap yang Bermula pastilah akan ada Pengakhirannya.
Begitulah juga dengan Islam yang akan Bangun dan Jatuh seperti bergantinya Siang dan Malam.
Dengan kita Menggali segala Khazanah Rahsia Kebenaran daripada setiap Ritual Agama kita, maka pastilah kita akan dapat memahami bagaimanakah keadaan kita sekarang ? apa yang perlu kita buat ? dan apakah Wawasan kita ?
Al-Qur'an Diturunkan bukanlah hanya sekadar untuk dibaca teksnya sahaja, tetapi kita Dituntut untuk "Membaca" Bersama-sama Alam dihadapan kita.
Maka ubahlah Strategi Gerak Kerja Dakwah kita mengikuti Hal Keadaan Alam.
Janganlah kita pernah berteriak-teriak menyambut MERDEKA pada keadaan dimana Umat dan Tanahair pada Hakikatnya sudahpun Dijajah semula.
Dan janganlah Berkhayal dengan mendabik dada sebagai Umat Islam yang Mulia dikala umat sudahpun kembali ke Zaman Jahiliyah dan menjadi Penyembah atau Pengikut Dajjal. Bahkan hidupnya p**a tertindas dizalimi serta dihina-hina semuanya.
Kita Wajiblah menyiapkan Generasi-Generasi Penerus untuk membawa Misi "AGAMA TAUHID" ini.
Namun perlulah di ingatkan,
Bukanlah Alllah SWT yang Memerlukan kita, tetapi kitalah yang memerlukan Allah SWT !
Jikalau kita berpaling dan enggan mengikuti Strategi yang telah Ditunjukkan, maka Allah SWT tidak akan pernah hairan pada kita sedikitpun.
Jikalau kita Sombong dan enggan Mematuhi segala Strategi Dakwah yang Allah SWT berikan, maka Allah SWT akan menggantikan kita dengan umat yang lainnya untuk Mewarisi Agama-NYA walau bagaimana cara sekalipun. (QS. Al-Ma'idah : 54).
Sesungguhnya Tentera Allah SWT, yang menggunakan Strategi-NYA adalah yang Beruntung (QS. Al-Mujadalah : 22)