09/08/2026
Kunjungilah NADI Kampung Kubang Halban untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembelian baju seragam sekolah yang boleh dibayar secara. ansuran tanpa caj tersembunyi. Dari komuniti kembali ke komuniti. Di mana baju-baju seragam ini di jahit oleh bekas peserta yang telah menyertai Program MAHIR JAHIT. Peserta-peserta ini kebanyakannya adalah suri rumah yang ingin menambah pendapatan keluarga dan ada yang sanggup mengusung anak kecil ke NADI supaya boleh mengikuti kelas hingga berjaya mendapatkan segulung sijil yang diiktiraf oleh MAHIR.
Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.
Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.
Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.
Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.
Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.
Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.
Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim βPay Laterβ dan tiada faedah atau caj tambahan.
Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.
Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.
Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.
Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.
Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.
Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.