17/08/2026
🏆 银奖荣耀,感恩同行 🏆
恭喜本校武术团在 1.7.2026 第三届《和韵》国际音乐杯二十四节令鼓比赛中荣获银奖!🥈👏
这份荣誉属于每一位默默付出的人。衷心感谢校方一直以来的支持与鼓励,感谢董事部慷慨拨款,为团队提供坚实的后盾;感谢教练无怨无悔、尽心尽力的指导,让队员们不断突破自我;更感谢每一位团员,牺牲课余和休息时间,坚持不懈地练习,用汗水换来今天的成果。
银奖不仅是一份肯定,更是继续前进的动力。未来,我们将秉持初心,精益求精,继续发扬团结、坚持与拼搏的精神,迎接更多挑战,争取更优异的成绩!
再次感谢所有支持和鼓励我们的师长、家长及朋友们。因为有你们,这份荣耀更加珍贵!❤️
🏆 Kejayaan Silver Award, Terima Kasih atas Sokongan Bersama 🏆Tahniah kepada Pasukan Wushu SMJK Tsung Wah kerana berjaya meraih Silver Award(Anugerah Perak) dalam Pertandingan Gendang 24 Musim (24 Festive Drums) sempena Harmony Music Cup, The 3rd International Music Competition yang diadakan pada 1 Julai 2026.🥈
👏Kejayaan ini adalah milik setiap insan yang telah berkorban dan berusaha tanpa mengenal penat. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah atas sokongan dan galakan yang sentiasa diberikan, kepada Lembaga Pengelola Sekolah atas peruntukan yang disalurkan sebagai tunjang kekuatan pasukan, kepada jurulatih yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu dan komitmen, serta kepada semua ahli pasukan yang sanggup mengorbankan masa rehat dan waktu lapang untuk berlatih dengan penuh dedikasi. Segala keringat dan usaha akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.
Pencapaian ini bukan sekadar satu pengiktirafan, malah menjadi pemangkin semangat untuk kami terus maju. Kami akan terus berpegang pada semangat perpaduan, ketekunan dan kegigihan dalam menghadapi cabaran yang mendatang, demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, rakan-rakan serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Kerana anda semua, kejayaan ini menjadi lebih bermakna dan amat bernilai. ❤️