30/04/2026
Pejam celik, esok dah masuk 1 Mei. Maknanya, kita sudah melangkah masuk ke bulan kelima bagi tahun 2026. Secara matematiknya, hampir 33% daripada perjalanan tahun ini telah pun kita lalui.
Bagi seorang ibu bapa, fasa ini selalunya menjadi titik kesedaran.
Adakah kita masih berlari mengejar impian, atau kita sekadar survive dari hari ke hari?
Sebagai Mak Ayah
Target awal tahun kita nak kurangkan screen time anak, nak lebih sabar bila mengajar kerja sekolah, nak pastikan anak-anak makan makanan sihat setiap hari.
Pada waktu itu, tenaga kita berada di tahap 100%. Kita nampak perancangan kita confirm tercapai.
Realitinya apa yang dah berlaku?
Masuk bulan April, kita p**a ragu-ragu dengan target awal tahun kita.
Antara punca adalah keletihan melampau. Kerja di pejabat bertimbun, balik rumah tenaga dah dry. Ipad tu la jadi penyelamat supaya kita boleh berehat, dan anak boleh screen time lebih daripada 3 jam.
Antara punca lain adalah bab kesabaran. Kadang-kadang kesabaran kita nipis. Target nak jadi "Parenting Influencer" yang lemah lembut. Tetapi terkubur anak tumpahkan susu di atas karpet baru, habis terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya kepada anak.
Bagi seorang ibu bapa, target yang paling utama bukanlah angka di atas kertas, tetapi keharmonian di bawah bumbung rumah. Jika hari ini kita rasa tersasar jauh dari target Januari, ingatlah bahawa tahun 2026 masih berbaki 8 bulan lagi.
Masih sempat untuk kita baiki apa yang kurang, dan raikan apa yang sudah berjaya. Selamat melangkah ke bulan Mei dengan semangat yang baru.
Selamat Hari Pekerja buat guru-guru PASTI.
Kredit Gambar : Pasti Al Kauthar