Unit Bimbingan Kaunseling SK Lasah

Unit Bimbingan Kaunseling SK Lasah Facebook Khas UBK SK Lasah untuk segala aktiviti yang berkaitan dengan program Bimbingan &Kaunseling

07/08/2026
“Kesihatan mental murid perlu diberi perhatian sejak awal. Dengan mengenali tanda-tanda awal kemurungan, kita dapat memb...
23/07/2026

“Kesihatan mental murid perlu diberi perhatian sejak awal. Dengan mengenali tanda-tanda awal kemurungan, kita dapat membantu dan memberikan sokongan yang diperlukan sebelum ia menjadi lebih serius. Sama-sama kita peka, prihatin dan cakna terhadap kesejahteraan emosi anak-anak demi membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan sejahtera.”

JANGAN EJEK KAWANKata-kata mungkin nampak biasa bagi kita, tetapi mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang la...
17/07/2026

JANGAN EJEK KAWAN

Kata-kata mungkin nampak biasa bagi kita, tetapi mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang lain. Ejekan, ketawa memperlekehkan, memandang rendah dan menyebarkan fitnah merupakan antara bentuk buli yang sering berlaku tanpa kita sedari.

Marilah kita bersama-sama membudayakan sikap hormat-menghormati, saling membantu dan menjaga perasaan rakan-rakan di sekolah. Jadilah insan yang menyokong, menghargai perbezaan dan sentiasa memilih untuk berkata perkara yang baik.

Ingatlah, setiap murid berhak berasa selamat, dihargai dan disayangi di sekolah.

Lihat, dengar, bertindak! Jika anda melihat atau mengalami perbuatan buli, segera laporkan kepada guru atau pihak sekolah.

Bersama Hentikan Buli. Jadilah Kawan Yang Baik! ❤️

Sumber: UNIT PENDIDIKAN PEJABAT PENTADBIRAN AGAMA ISLAM KUALA KANGSAR

JAGA HATI, JADI DIRI TERBAIKKesihatan mental yang baik bermula daripada perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap h...
16/07/2026

JAGA HATI, JADI DIRI TERBAIK

Kesihatan mental yang baik bermula daripada perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari. Luangkan masa untuk bersyukur, berehat seketika, mengurus masa dengan baik dan jangan malu untuk meminta bantuan apabila diperlukan.

Ingat, meminta pertolongan bukan tanda kelemahan, tetapi tanda bahawa kita sayang dan menghargai diri sendiri.

Mari sama-sama mulakan hari ini dengan hati yang tenang, emosi yang sejahtera dan minda yang positif.

“Tenang itu pilihan, bahagia itu tujuan.” 💜





15/07/2026
15/07/2026

Lagu Rasmi SAFE Buli SK Lasah

:KitakanSahabat

PELUNCURAN PROGRAM SAFE & CERAMAH AKTA ANTI BULI 2026 (AKTA 876)Pada hari Isnin yang lalu, SK Lasah telah mengadakan Pro...
15/07/2026

PELUNCURAN PROGRAM SAFE & CERAMAH AKTA ANTI BULI 2026 (AKTA 876)

Pada hari Isnin yang lalu, SK Lasah telah mengadakan Program Peluncuran Program SAFE dan Ceramah Akta Anti Buli 2026 (Akta 876) sebagai usaha membudayakan amalan sifar buli dalam kalangan warga sekolah.

Melalui program ini, murid-murid diberi pendedahan tentang maksud buli, kesan perlakuan buli serta implikasi undang-undang yang terkandung dalam Akta Anti Buli 2026. Program ini diharap dapat melahirkan murid yang lebih prihatin, saling menghormati dan berani untuk berkata tidak kepada sebarang bentuk buli.

Marilah kita bersama-sama mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria dan bebas daripada buli. Sekolah selamat, murid sejahtera!

:KitakanSahabat

Address

SK Lasah
Kuala Kangsar
31100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Bimbingan Kaunseling SK Lasah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category