Badan Khidmat Masyarakat At-Taif(PAKAT)

Badan Khidmat Masyarakat At-Taif(PAKAT) pengenalan

PAKAT atau Badan Khidmat Masyarakat at-Toif merupakan sebuah badan bukan kerajaan(NGO) yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan malaysia(No Pendaftaran 1950-03-4) dan dengan jabatan agama islam perak (no pendaftaran JAIPk/P.P/K.K.100/04).PAKAT telah beroperasi mulai 1 Julai 2003 bersamaan 1 Jamadilakhir 1424H.PAKAT terletak dibatu 28 3/4,kota lama kiri,kuala kangsar.premis PAKAT adalah wakaf dar

i keluarga ternama Hajjah Aishah Bt Abu Toif.PAKAT telah membeli sebidang tanah yang bersempadan dengan premis sedia ada dan telah membina 2 blok bangunan 2 tingkat yang tersergam indah ini.

《Sumbangan》
RHB Islamic Bank : 25818700002498
Ahli Jawatankuasa Pakat

*[Seminar Risalah Nur: Cahaya Di Balik Senja]**Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar* d...
05/05/2026

*[Seminar Risalah Nur: Cahaya Di Balik Senja]*

*Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar* dan *Hayrat Malaysia* dengan sukacitanya menjemput semua warga Kuala Kangsar dan masyarakat umum untuk menghadiri *Seminar Risalah Nur: Cahaya Di Balik Senja* yang akan disampaikan oleh Panel jemputan khas.

Ayuh bersama kami sertai Seminar yang akan dibimbing oleh:

🎙𝐒𝐩𝐞𝐚𝐤𝐞𝐫:

1. Ustaz Norkhairun Nizam Jalaludin (Mudir Maahad Syeikh Abdullah an Nakhibi )

2. Ustaz Mohd Syafiq Md Shafii (CEO Hayrat Malaysia)

📚 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛: 'Cahaya Di Balik Senja’ (Bediuzzaman Said Nursi)

🗓️ 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡:
14 dan 15 Julai 2026
(Selasa dan Rabu)

🕒 𝐌𝐚𝐬𝐚: 8.30 Pagi - 1.00 Tengah hari

🏛️ 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: PAKAT,Kota Lama Kiri Kuala Kangsar

🔖 *Yuran:* RM 10
*Makanan disediakan*
*Harga buku:* RM28

❓ꜱᴇʙᴀʀᴀɴɢ ᴘᴇʀᴛᴀɴʏᴀᴀɴ, ꜱɪʟᴀ ʜᴜʙᴜɴɢɪ:
Ustazah Azma - https://wa.me/60176248355

𝘿𝙖𝙛𝙩𝙖𝙧 𝙎𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜!
👉🏻https://tinyurl.com/SeminarRisalahNur

13/03/2026

PROGRAM IFTAR & QIAMULAIL PAKAT
PONDOK AL - MANSOR KOTA LAMA KIRI
KUALA KANGSAR

22 RAMADHAN 1447H / 11 MAC 2026(Rabu)

PENGISIAN ( IFTAR, Tarawikh, Tadabbur Surah Al - Mulk, Solat Sunat menghidupkan malam,Tazkirah Tazkiyatun Nafs)

“Selamat menyambut Ramadhan! Mari kita manfaatkan setiap detik bulan suci ini untuk meningkatkan keimanan, berbagi kebaikan, dan mempererat tali persaudaraan.”

“Ramadhan adalah kesempatan untuk membersihkan jiwa dan hati. Semoga kita diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan sabar, tawakal, dan penuh pengharapan.”

* Pertanyaan Kediaman Pondok boleh hubungi- 011 - 20568188 ( Firdaus )

# Masyarakat Kita Tanggungjawab Bersama

25/02/2026
*KULIAH DHUHA - ISRAK DAN MI'RAJ*(Ibrah Perjalanan Rasulullah saw) Tarikh : 28/01/26Hari : RabuMasa : 9.00-10.30 pgTempa...
27/01/2026

*KULIAH DHUHA - ISRAK DAN MI'RAJ*
(Ibrah Perjalanan Rasulullah saw)

Tarikh : 28/01/26
Hari : Rabu
Masa : 9.00-10.30 pg
Tempat : Dewan Aishah

Penceramah :
*AF US HAIRUL NIZAM B MAT HUSSAIN*
(Presiden Ruwaq Jawi, Kaherah)

⏰👉 Seterusnya akan bersambung :-

*MAJLIS ANUGERAH & PENYAMPAIAN SIJIL KELAS TAJWID BERMULA JAM 10.30 PAGI*

✅Semua Warga Pakat *Dijemput Hadir* bagi memeriahkan kedua2 majlis diatas.

🍽️🍷*JAMUAN MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN UNTUK SEMUA WARGA PAKAT* selepas selesai Majlis Penyampaian Sijil Kelas Tajwid.🤗

Assalamualaikum..wbt *KULIAH DHUHA & MAKAN TENGAH HARI SEMPENA KUTIPAN DANA 30K ( IGV. ) SUBULUSSALAM*Sukacita IGV Subul...
14/01/2026

Assalamualaikum..wbt
*KULIAH DHUHA & MAKAN TENGAH HARI SEMPENA KUTIPAN DANA 30K ( IGV. ) SUBULUSSALAM*

Sukacita IGV Subulussalam membuka peluang dan ruang kepada muslimin dan muslimat yang ingin menderma atau Infaq bagi membantu pengump**an dana untuk menyelenggara kerja - kerja melibatkan perancangan, pemasangan dan pengujian mengikut garis panduan Jabatan Bomba dan Penyelamat ( JBPM ).

Bagi Tuan/Puan para Dermawan yang telah menyumbang, makan Tengah hari disediakan
1 x meja = 8 orang

Untuk Tempahan Meja Sila hubungi: 017 - 5325905 ( Ust Jamaluddin)

Semoga segala niat Dan amalan yg baik dinilai di sisi Allah dengan ganjaran yg lebih besar.

Program Rehlah Ziarah PAKATSyamille Agrofarm & ResortJalan Lata Perahu,kampung Chuar Hulu,Kati Kuala KangsarJutaan Terim...
10/12/2025

Program Rehlah Ziarah PAKAT

Syamille Agrofarm & Resort
Jalan Lata Perahu,kampung Chuar Hulu,
Kati Kuala Kangsar

Jutaan Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini, semoga setiap tanaman mendapat hasil buah yang manis.
Ilmu yang berkat.

10/12/2025

*PROGRAM REHLAH DAN ZIARAH PAKAT*

Makam pengarang Kamus al-Marbawi, Syeikh Idris al-Marbawi di Kampung Lubuk Merbau (belakang Masjid Lubuk Merbau, Kuala Kangsar).

Manaqib beliau :

Syeikh Idris al-Marbawi ( 1896 - 1989 )

Oleh : Tengku Yusuff

Nama penuh ulama' besar negeri Perak ini ialah Syeikh Mohamed Idris Bin Abdul Raof dan beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Misfallah, Mekah pada 10 Mei 1896. Ayahnya berasal dari Minangkabau dan ibunya yang bernama Asma' Binti Abdul Karim p**a berasal dari Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Perkataan al-Marbawi dihujung namanya adalah merujuk kepada kampung asal keluarganya iaitu Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.

Syeikh Idris mendapat pendidikan awal sedari usia 4 tahun di Sekolah Misfallah, Mekah. Pada tahun 1900, beliau p**ang ke tanah air dan memasuki Sekolah Melayu Lubuk Merbau sehingga berusia 15 tahun. Setelah itu beliau memasuki beberapa pondok di sekitar tanah melayu sebelum berangkat ke Mesir pada tahun 1924.

Di antara pondok yang beliau masuk ialah :

1. Madrasah Muhammadi, Bukit Chandan
2. Madrasah al-Khairiyah, Pokok Sena
3. Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam
4. Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian

Di antara guru guru beliau ialah :

1. Syeikh Wan Muhammad Merbol
2. Tuan Hussin Kedah al-Banjari
3. Tok Kenali
4. Tuan Guru Haji Yaakob Legor
5. Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang
6. Syeikh Mahmud Ghunaym - Mesir
7. Syeikh Muhammad Bahith
8. Syeikh Abu al-A'la al-Falaki
9. Syeikh Abdul Wasif Bin Muhammad
10. Syeikh Muhammad Ali al-Maliki
11. Tuan Guru Haji Ahmad al-Fathani Pondok Padang Lalang

Syeikh Idris merupakan ulama' yang amat dikenali diatas usahanya dalam bidang penulisan kitab. Di antara kitabnya yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah :

1. Kamus al-Marbawi ( Kamus Arab - Melayu | 1925 )
2. Mu'jam al-Kainah ( Kamus Perubatan )
3. Kitab Perbendaharaan Ilmu ( Kamus Segala Ilmu )
4. Tafsir Quran Juzuk Alif Lam Mim ( Tafsir | 1938 )
5. Tafsir Surah Yasin - Bahasa Melayu ( Tafsir | 1935 )
6. Tafsir al-Marbawi Surah Yasin ( Tafsir | 1966 )
7. Idangan Guru - Sohih Bukhori & Muslim ( Hadis )
8. Bulughul Maram ( Hadis | 1963 )
9. Bahrul Madzi - 22 Jilid ( Hadis | 1933 - Berperingkat )
10. Punca Agama & Pati Hukum Ibadat ( Tauhid , Feqah & Tasawuf )
11. Nizam al-Hayah ( Feqah & Tasawuf | 1938 )
12. Asas Islam ( Feqah - Wuduq & Solat )
13. Majalah Pengasuh ( Majalah )
14. Seruan al-Azhar ( Majalah | 1928 )

Berikut p**a merupakan anak murid beliau :

1. Tuan Guru Haji Ibrahim Bin Ariffin
2. Tuan Guru Kulub Bin Abdul Wahab
3. Tuan Guru Haji Ishak Bin Musa
4. Tuan Guru Ilyas Bin Arsyad
5. Tuan Guru Abdul Mutalib Bin Husain
6. Tuan Guru Pandak Muhammad Bin Haji Husain
7. Tuan Guru Haji Abbas Bin Abdul Rauf
8. Tuan Guru Ishak Bin Muhammad Arif
9. Syeikh Abdul Razak al-Misri
10. Tuan Guru Haji Khalid Bin Abdul Rahman
11. Tuan Guru Dato' Dr Haji Haron Din
12. Tuan Guru Haji Sabran Asmawi

Syeikh Idris al-Marbawi meninggal dunia pada 13 Oktober 1989 ketika berusia 93 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Assalamualaikum..wbt,CERAMAH PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKASIRI KE - 2TARIKH : 12 JAMADIL AKHIR 1447H                       3....
02/12/2025

Assalamualaikum..wbt,

CERAMAH PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
SIRI KE - 2

TARIKH : 12 JAMADIL AKHIR 1447H
3.12.2025 ( RABU )

JAM : 9 PAGI

TEMPAT : DEWAN AISHAH PAKAT KOTA LAMA KIRI

PENCERAMAH : ENCIK MOHAMAD ZAIM BIN JOHARI
( PENOLONG PENGARAH PEGAWAI PEMBANGUNAN HARTA PUSAKA KUALA KANGSAR)

DIJEMPUT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
UNTUK HADIR KE MAJLIS ILMU INI.

20/11/2025

Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Riwayat al-Bukhari (3461) dan al-Tirmizi (2669)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: Al-Mu’afi al-Nahrawani berkata dalam kitabnya al-Jalis: Ayat (آيَةً) dalam bahasa Arab digunakan dalam tiga makna, iaitu:

Pertama: Tanda-tanda yang agung

Hal ini sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah SWT:

آيَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمْزًا ۗ

Maksudnya: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja.”

(Surah Ali ‘Imran: 41)

Kedua: Mukjizat atau keajaiban yang berlaku

Ini seperti yang terdapat dalam firman Allah SWT:

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً

Maksudnya: “Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah).”

(Surah Ali Imran: 49; Surah Hud: 103; Surah al-Hijr: 77; Surah al-Nahl: 11 65, 67, 68; al-Syu’ara’: 8)

Ketiga: Musibah yang menimpa

Hal ini seperti dalam kalimat:

جَعَلَ الْأَمِيْرُ فُلَانًا الْيَوْم آيَة

Maksudnya: “Pemimpin itu menimpakan musibah kepada si fulan pada hari ini.”

Ketiga-tiga makna ini disebut sebagai ayat (آيَةً) kerana mengandungi makna petunjuk, pemisahan dan penjelasan.

Manakala dalam hadith di atas, disebut ‘وَلَوْ آيَةً’ (walaupun satu ayat), yakni hendaklah setiap yang mendengar segera menyampaikan ayat yang didapatkan atau didengarnya meskipun sedikit, agar semua yang datang dari Nabi SAW dapat dinukil.” Demikian perkataan al-Mu’afi. (Lihat Fath al-Bari, 17/660)

Selain itu, makna hadith di atas juga adalah bahawa seorang Muslim dituntut untuk menyampaikan ayat al-Quran dan al-Sunnah yang telah sampai kepadanya, kepadanya orang lain yang belum mengetahuinya.

Hal ini sepertimana dijelaskan oleh al-Mubarakfuri, bahawa lafaz hadith ‘بَلِّغُوا عَنِّي’ (Sampaikanlah daripadaku) bermaksud sampaikanlah walaupun satu ayat pendek daripada al-Quran. Al-Quran datang dari sisi Allah dan disampaikan oleh Rasulullah SAW. Perintah dalam hadith ini terlebih lagi mencakupi juga perintah untuk menyampaikan hadith-hadith Nabi SAW.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/360)

Sebahagian ulama mentafsirkan perkataan ‘آيَةً’ dalam hadith di atas sebagai perkataan yang bermanfaat. Hal ini sepertimana makna yang terkandung dalam hadith daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَمَتَ نَجَا

Maksudnya: “Sesiapa yang diam, maka dia akan selamat.”

Riwayat al-Tirmizi (2501) dan Ahmad (6481). Syeikh Ahmad Syakir menyatakan isnadnya sahih dalam takhrij musnad Ahmad (9/1960).

Dan hadith daripada Tamim al-Dari R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الدِّينُ النَّصِيحَةُ

Maksudnya: “Agama itu adalah nasihat.”

Riwayat Muslim (55)

Justeru, berdasarkan hal ini, ditafsirkan makna hadith tersebut adalah, “Sampaikanlah hadith-hadith daripadaku walaupun sedikit.”

Namun yang kuat adalah pentafsiran yang pertama, seperti yang dikuatkan oleh al-Mubarakfuri.

Penutup

Kewajipan menyampaikan agama Allah SWT adalah penting dan utama bagi para ulama dan pendakwah yang mempunyai ilmu. Begitu juga, kepada semua orang teramsuk ibu bapa, rakan taulan untuk meyampaikan ilmu kepada khalayak masyarakat. Justeru, hadith yang dibincangkan di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW mahu setiap kita menjadi pendakwah walaupun sedikit tetapi diasaskan dengan ilmu dan pengetahuan. Tanpanya, maka sia-sialah dakwah yang ingin disampaikan bahkan baki kejahatan yang akan menguasai ummah.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الجَنَّةَ وَمَا قرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَولٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لَنَا خَيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa yang kami ketahui mahupun tidak kami ketahui. Kami berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui. Ya Allah, sungguh kami memohon kepada-Mu dari kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu dan kami berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabi-Mu. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan kami memohon kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan baik untuk kami.”

Wallahu a’lam

Address

Batu 28 3/4, Pasir Batang Kulim, Kota Lama Kiri
Kuala Kangsar
33000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badan Khidmat Masyarakat At-Taif(PAKAT) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Badan Khidmat Masyarakat At-Taif(PAKAT):

Shortcuts

Share

Category