05/02/2026
Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 - 2035
Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Guru yang dipengerusikan oleh Guru Besar, Puan Norimah binti Abd Kadir. Dalam mesyuarat ini, beliau telah menyampaikan penerangan berkaitan Rancangan Pendidikan Malaysia sebagai panduan hala tuju pendidikan sekolah selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perbincangan ini memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran, pembangunan sahsiah murid serta komitmen warga pendidik dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Semoga segala perancangan dan usaha yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kecemerlangan sekolah dan kejayaan murid-murid.
"Pendidikan Bermutu, Insan terdidik, Negara Sejahtera"