SK Chegar Galah

SK Chegar Galah Laman Rasmi SK Chegar Galah-SERLAH

Hari pertama Kejohanan Olahraga Kelompok Kati di Sk Sauk.Murid yang terlibat seramai 18 orang.
29/04/2026

Hari pertama Kejohanan Olahraga Kelompok Kati di Sk Sauk.Murid yang terlibat seramai 18 orang.

27/03/2026

27 MAC 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)

KPM MENJUNJUNG TITAH KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN MURID DALAM KEADAAN CUACA PANAS TERPELIHARA

Kementerian Pendidikan (KPM) merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memastikan aspek keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah dalam keadaan cuaca panas terpelihara.

Tahun Ini, Tahun Kita






25/03/2026

Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) disaran untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta melaksanakan langkah-langkah sewajarnya bagi menghadapi cuaca panas susulan pembukaan semula sekolah selepas tamat Cuti Penggal 1.

Pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas hendaklah diberikan berdasarkan keperluan serta situasi semasa di institusi masing-masing.

KPM komited memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya sentiasa terpelihara.

Tahun Ini, Tahun Kita






20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Kepada semua Warga SK Chegar Galah

Kejohanan Merentas Desa SK Chegar Galah Tahun 2026πŸ“… 16 Januari 2026πŸ“ Sekitar Kampung Chegar GalahTahniah kepada semua pe...
18/01/2026

Kejohanan Merentas Desa SK Chegar Galah Tahun 2026
πŸ“… 16 Januari 2026
πŸ“ Sekitar Kampung Chegar Galah

Tahniah kepada semua peserta yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi!

Program β€œBack to Be Champions 2026” πŸ“… 15 Januari 2026πŸ“ Makmal KomputerProgram β€œBack to Be Champions 2026” hasil kerjasam...
18/01/2026

Program β€œBack to Be Champions 2026”
πŸ“… 15 Januari 2026
πŸ“ Makmal Komputer

Program β€œBack to Be Champions 2026” hasil kerjasama dengan syarikat Al-Ikhsan Sports ( CSR Al-Ikhsan Sports ) telah memberi inspirasi kepada murid untuk terus cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Aktiviti dijalankan berfokus pada motivasi, kecergasan dan pembinaan semangat juang.

Terima kasih kepada Al-Ikhsan atas kerjasama yang sangat bermakna!

Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin CilikπŸ“… 15 Januari 2026πŸ“ Kantin SKCGMajlis Penyampaian Watikah Pemimpin Cilik Tahun 2...
18/01/2026

Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Cilik
πŸ“… 15 Januari 2026
πŸ“ Kantin SKCG

Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Cilik Tahun 2026 diadakan sebagai simbolik pengiktirafan kepada murid yang terpilih sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Skuad Antidenggi & Rakan SPBT.

Semoga para pemimpin cilik ini dapat menjalankan amanah dengan penuh integriti dan menjadi teladan kepada rakan-rakan.

Tahniah kepada semua!

Pameran & Ceramah AADKπŸ“… 14 Januari 2026πŸ“ Makmal Komputer & Pondok Laman Pihak sekolah dengan kerjasama AADK Daerah Kuala...
17/01/2026

Pameran & Ceramah AADK
πŸ“… 14 Januari 2026
πŸ“ Makmal Komputer & Pondok Laman

Pihak sekolah dengan kerjasama AADK Daerah Kuala Kangsar telah mengadakan Pameran dan Ceramah Anti Dadah bagi memberi maklumat tepat mengenai jenis-jenis dadah dan kesannya.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan membina benteng diri dalam kalangan murid terhadap ancaman dadah.

Semoga murid-murid SKCG terus menjauhi gejala negatif!

Senamrobik & Latihan Merentas DesaπŸ“… 13 & 14 Januari 2026πŸ“ Dataran Perhimpunan & Sekitar Kampung Chegar GalahProgram sena...
17/01/2026

Senamrobik & Latihan Merentas Desa
πŸ“… 13 & 14 Januari 2026
πŸ“ Dataran Perhimpunan & Sekitar Kampung Chegar Galah

Program senamrobik dan latihan merentas desa telah dijalankan bagi meningkatkan kecergasan murid serta memupuk gaya hidup sihat.
Melalui aktiviti fizikal ini, murid dapat meningkatkan daya tahan, mengurangkan tekanan dan meningkatkan fokus pembelajaran.
Tahniah kepada semua murid yang aktif dan bersemangat!

Perhimpunan Rasmi Hari Pertama Persekolahan & Pelancaran Program Guru PenyayangπŸ“… 12 Januari 2026 (Isnin)πŸ“ Dataran Perhim...
17/01/2026

Perhimpunan Rasmi Hari Pertama Persekolahan & Pelancaran Program Guru Penyayang

πŸ“… 12 Januari 2026 (Isnin)
πŸ“ Dataran Perhimpunan

Majlis Perhimpunan Rasmi Hari Pertama Persekolahan SK Chegar Galah telah berlangsung dengan penuh tertib dan bersemangat.

Program ini bertujuan memupuk budaya hormat, disiplin serta hubungan kolaboratif antara pihak sekolah, PPD dan PDRM.

Pihak sekolah turut melancarkan Program Guru Penyayang, sebagai usaha berterusan membudayakan amalan kasih sayang, kepedulian serta hubungan mesra antara guru dan murid. Program ini memberi penekanan kepada sokongan emosi, motivasi dan bimbingan berterusan bagi memastikan murid sentiasa berasa disayangi dan dihargai.

Semoga tahun akademik 2026 menjadi permulaan yang cemerlang buat semua warga SKCG!

β€œSerlah Ternama!”

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK CHEGAR GALAH KE-36 TAHUN 2025 | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!Alhamdulillah, Kejohanan O...
18/05/2025

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK CHEGAR GALAH KE-36 TAHUN 2025 | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!

Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-36 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya! Tahniah kepada semua atlet yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, dan terima kasih kepada para guru, ibu bapa serta warga sekolah yang turut memeriahkan acara ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Datuk Mohd Ariff bin Abdul Majid ( Ariff Majid ) , Pegawi Khas Kepada YAB. Menteri Besar Perak merangkap Presiden Ragbi Negeri Perak yang telah sudi merasmikan kejohanan ini dan turut menyumbang kepada kelancaran penganjuran. Sokongan dan sumbangan anda amat kami hargai!

Semoga semangat kesukanan ini terus mekar dan memberi inspirasi kepada murid-murid SK Chegar Galah.

SERLAH Ternama!

Address

33500 Sauk
Kuala Kangsar
33500

Opening Hours

Monday 07:40 - 13:00
Tuesday 07:40 - 13:00
Wednesday 07:40 - 13:00
Thursday 07:40 - 13:00
Friday 07:40 - 12:00

Telephone

+6057511871

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Chegar Galah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Chegar Galah:

Shortcuts

Share