22/08/2026
KARNIVAL SISWA AKTIF 2026
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, pada hari Rabu, 19 Ogos 2026 telah berlangsungnya Karnival Siswa Aktif 2026 bertempat di Pekarangan Bangunan Pentadbiran, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).
Karnival ini merupakan salah satu platform bagi menggalakkan mahasiswa untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum, kepimpinan serta pembangunan kemahiran insaniah, di samping membentuk mahasiswa yang seimbang dari aspek akademik dan sahsiah.
Turut hadir memberikan sokongan serta menyantuni penglibatan Kelab Seni Silat Cekak Malaysia (KSSCM) USAS ialah:
*Kolonel Bersekutu (PA) Prof. Dr. Shamsul Jamili bin Yeob, selaku Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan, Universiti Sultan Azlan Shah.*
*Ts. Anis Suria binti Mohd Zainudin, selaku Penyelia dan Penasihat Kelab Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Sultan Azlan Shah.*
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian hadir serta memberikan sokongan kepada penglibatan KSSCM USAS dalam Karnival Siswa Aktif 2026.
Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli baharu yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli KSSCM USAS. Semoga penglibatan ini menjadi langkah awal dalam membentuk mahasiswa yang aktif, berdisiplin dan berjati diri.
Sekian, terima kasih.
"Bersama & Bersatu"
"Silat Tonggak Jati Diri Bangsa"
BERANI | AMANAH | INTEGRITI