Al Fatihah Center

Al Fatihah Center Bersama Bina Komuniti

Kelas Tadabbur Bulanan 2026 diberi tema Hilangkan Kegelisahan bersama Saudari Ayat Ibrahim mengupas buku Dr Sholihah Kas...
12/01/2026

Kelas Tadabbur Bulanan 2026 diberi tema Hilangkan Kegelisahan bersama Saudari Ayat Ibrahim mengupas buku Dr Sholihah Kaswari,

Jom terus bersama pada tahun ini mentadabbur ayat Al-Quran untuk fokus meguruskan kegelisahan.

03/01/2026

Semoga Allah mengurniakan keampunan buat Almarhumah Dr Hjh Balkisnah Shaharuddin, penaung utama AlFatihah Center.

Pesan akhirnya adalah untuk kita menikmati setiap pertemuan dalam berukhuwwah dengan mencintai setiap dari mereka kerana Allah SWT supaya kita tergolong dalam 7 golongan yang dicintai Allah seperti disebut di dalam hadith.

Inshaallah moga legasi kasih sayangnya terus melebar.

Berehatlah, dan selamat jalan menuju negeri abadi.

31/12/2025
Tahun 2025 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi.Kami menghargai setiap ukhuwwah yang terbina dengan menerusi pelbagai a...
31/12/2025

Tahun 2025 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi.
Kami menghargai setiap ukhuwwah yang terbina dengan menerusi pelbagai aktiviti di AlFatihah Center.

Kami turut ingin berkongsi berita sedih atas kehilangan penaung utama AlFatihah Center, Dr Balkisnah Binti Shaharuddin yang telah pun bertemu Ilahi pada 27 Disember 2025, 5:31 pagi di Hospital Taiping.

Moga segala amal kebajikan dan sokongannya kepada usaha dakwah dalam masyarakat di Al Fatihah Center merupakan amal jariah yang berterusan.

Kami kongsikan refleksi 2 minit dengan 12 ayat AlQuran yang telah kita tadabbur bersama Saudari Ayat Ibrahim sepanjang tahun 2025 disini: https://youtu.be/3DKC0e9D9hw

Selamat mendengar agar menjadi inspirasi bersama untuk membina tahun 2026 yang dipandu dengan wahyu AlQuran.

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Dalam menyusun hari-hari akhir untuk tahun 2025, jom sama-sama manfaatkan hujung minggu dengan satu sesi tadabbur bersam...
12/12/2025

Dalam menyusun hari-hari akhir untuk tahun 2025, jom sama-sama manfaatkan hujung minggu dengan satu sesi tadabbur bersama Ayat Ibrahim mengupas buku 50 Kaedah AL-Quran untuk Jiwa dan Kehidupan.

Percuma dan terbuka untuk semua.
Mohon PM kami di wa.me/60146179193 untuk kami kongsikan pautan Google Meet.

Jumpa esok malam!

✨ Jumaat Barakah: Allah Menyukai Akhlak yang Mulia ✨Rasulullah ﷺ mengajarkan bahawa Allah mencintai sifat-sifat yang tin...
05/12/2025

✨ Jumaat Barakah: Allah Menyukai Akhlak yang Mulia ✨

Rasulullah ﷺ mengajarkan bahawa Allah mencintai sifat-sifat yang tinggi dan terpuji, dan membenci akhlak yang rendah dan keji.

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara (akhlak) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-perkara (akhlak) yang keji”
~Riwayat at-Thabarani dan Mu’jam : 2894~

Jadi jom kita sama-sama berusaha memperhalus hati, menjaga tutur kata, meninggalkan sifat hasad dan memilih jalan yang lebih mulia. Walaupun sukar, insyaallah ganjarannya besar.

Semoga setiap usaha kecil kita menjadi sebab Allah memandang kita dengan rahmat-Nya.
🤲🏻❤️✨

[KEM HAFAZAN CUTI SEKOLAH]Sesi Disember 20253 minggu lagi cuti sekolah bermula, sudah rancang aktiviti untuk anak-anak?A...
28/11/2025

[KEM HAFAZAN CUTI SEKOLAH]

Sesi Disember 2025

3 minggu lagi cuti sekolah bermula, sudah rancang aktiviti untuk anak-anak?
Apa kata, kita ambil peluang cuti hujung tahun kali ini untuk mereka cuba menghafal surah dari AlQuran

KEM HAFAZAN CUTI SEKOLAH Kangsar!

Ada apa untuk anak-anak dalam program ni?
1. Sesi fokus menghafaz Surah Al-Mulk dengan teknik _snowball_
2. Sesi pemantapan tajwid dengan bookmark tajwid percuma
3. Sesi menguasai kosa kata Al-Quran dengan aplikasi thinkQuran

Tenaga pengajar terdiri daripada mereka yang telah menghafaz Al-Quran seluruhnya.

Jadi ayuh, beri pengalaman anak-anak kita menghafal surah daripada Al-Quran dan memanfaat masa sebaiknya!
Daftar disini: https://wa.link/st5sx7

Tempat adalah terhad untuk 15 peserta sahaja.
Pertanyaan lanjut di wa.me/60146179193

✨Suasana Sekitar Kelas Sirah Bulanan untuk Wanita | Sesi November 2025✨Bersama Ustazah Aliah Harizahani, Pensyarah USASH...
28/11/2025

✨Suasana Sekitar Kelas Sirah Bulanan untuk Wanita | Sesi November 2025✨

Bersama Ustazah Aliah Harizahani, Pensyarah USAS

Hari: Ahad (22 November 2025)
Masa: 9.30-11.00 Pagi
Lokasi: AlFatihah Center
Buku Rujukan: Ar Raheeq Al Makhtum tema siri peperangan Rasulullah SAW

✨ Jumaat Barakah: Hari Jumaat, Sebaik-baik Hari ✨Hari Jumaat mengingatkan kita bahawa setiap permulaan dan pengakhiran b...
28/11/2025

✨ Jumaat Barakah: Hari Jumaat, Sebaik-baik Hari ✨

Hari Jumaat mengingatkan kita bahawa setiap permulaan dan pengakhiran berada dalam genggaman Allah.

Jom sama-sama kita penuhi hari penuh barakah ini dengan memperbanyakkan doa, memperhalus hati, dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Hikmah kemuliaan hari Jumaat
- Hari penuh barakah.
- Berlakunya peristiwa besar, penciptaan manusia pertama, pengakhiran kehidupan dunia.

Semoga Jumaat ini membawa ketenangan, rahmat dan kebaikan yang berpanjangan. 🤲🏻❤️✨

✨ Jumaat Barakah: Mandi Sunat Hari Jumaat ✨Hari Jumaat, penghulu segala hari.Antara amalan yang Nabi kita SAW amalkan ia...
21/11/2025

✨ Jumaat Barakah: Mandi Sunat Hari Jumaat ✨

Hari Jumaat, penghulu segala hari.
Antara amalan yang Nabi kita SAW amalkan ialah mandi sunat Jumaat, sebagaimana disebut dalam hadis:

“Mandi pada hari Jumaat adalah wajib (sangat dituntut) bagi setiap yang baligh.”
~ Riwayat Muslim ~

Amalan yang sederhana tetapi besar nilainya:
• Menyucikan diri sebelum hadir beribadah
• Memuliakan hari yang Allah muliakan
• Menjaga adab dan kebersihan sebagai hamba-Nya

Semoga setiap langkah kita menuju Jumaat diberkati Allah 🤍✨

✨ Motivasi Al-Qur’an | Kenali Diri Melalui Al-qur’an ✨Hakikat kini,Manusia sangka dunia mampu mengisi kekosongan hati,La...
17/11/2025

✨ Motivasi Al-Qur’an | Kenali Diri Melalui Al-qur’an ✨

Hakikat kini,
Manusia sangka dunia mampu mengisi kekosongan hati,
Lalu mereka mengejar ia tanpa henti,
Mereka lupa Sang Pencipta, lupa diri,
Hingga hati resah mencari erti hakiki.

Mereka lupa akan firman Sang Pencipta,
Bahawa hanya dengan kembali pada-Nya,
Ketenangan dan segala kekosongan rohani,
Akan terisi dengan cahaya abadi.

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang yang fasiq.”
— Surah Al-hashr:19

Semoga Allah memandu hati kita untuk selalu kembali kepada-Nya 🌿

05/10/2025

Healing Cara Kita Al Fatihah Center
We had a good time today!

Credit to: Along Mayah for the video.

Address

1839, PERSIARAN CHANDAN PUTERI 3/29, TAMAN CHANDAN PUTERI
Kuala Kangsar

Telephone

+60146179193

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Fatihah Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Al Fatihah Center:

Shortcuts

Share