Diploma Komunikasi Islam -USAS

Diploma Komunikasi Islam -USAS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Diploma Komunikasi Islam -USAS, Education Website, Kuala Kangsa.

Program Diploma Komunikasi Islam ini mendedahkan graduan dengan kursus yang berkaitan dengan bidang komunikasi dan media seperti bidang periklanan, reka bentuk grafik, kewartawanan, penyiaran televisyen, radio dan perhubungan awam.

KEMASUKAN PELAJAR BAHARU AMBILAN SEPTEMBER SEMESTER I SESI 2023/2024 UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS) KINI DIBUKA!!US...
23/08/2023

KEMASUKAN PELAJAR BAHARU AMBILAN SEPTEMBER SEMESTER I SESI 2023/2024 UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS) KINI DIBUKA!!

USAS mempelawa anda lepasan SPM/ SPMV/ KV/ STPM/ STAM/ Matrikulasi menjadi mahasiswa/siswi USAS bagi menyambung program pengajian yang diminati diperingkat ASASI/ DIPLOMA/ IJAZAH SARJANA MUDA!

*Diploma Komunikasi Islam menanti anda!

Ayuh sertai USAS segera dan menjadi Mahasiswa Cemerlang di USAS.

Tajaan BIASISWA USAS bagi pelajar cemerlang!! (Tertakluk Terma & Syarat)

TARIKH PERMOHONAN ONLINE ASASI :
(13 JUN - 15 SEPT 2023)

TARIKH PERMOHONAN ONLINE DIPLOMA & IJAZAH :
(1 OGOS - 22 SEPT 2023)

Senarai Program USAS : https://www.usas.edu.my/ms/programme_offered/

Semakan Kelayakan melalui result SPM / STPM / STAM : http://online.usas.edu.my/kalkulator/

Mohon & Daftar sekarang secara atas talian : http://online.usas.edu.my/onlineapp/


03/06/2023

Believe it or not we have Communication course in USAS with full equipment for you to discover!

For those SPM holders who achieved atleast 3 credits (minimum C) including English subject, can purchase your dream as a reporter, broadcast journalist, or even a great content creator! You can pursue your dream by choosing our Diploma Islamic Communication program in USAS!

Check out our website www.usas.edu.my for registration in upcoming September intake!



20.03.2023 |Team USAS TV telah bermesyuarat bersama pihak ASTRO AWANI yang diwakili oleh Dr Azlinariah binti Abdullah.Ha...
20/03/2023

20.03.2023 |

Team USAS TV telah bermesyuarat bersama pihak ASTRO AWANI yang diwakili oleh Dr Azlinariah binti Abdullah.

Hasil perbincangan adalah persetujuan kolaborasi berkaitan segmen berita yang bakal diterbitkan oleh USAS TV tidak lama lagi.

Pihak Awani akan menyumbangkan kepakaran mereka dengan memberikan bengkel khusus kepada para pelajar berpotensi yang bakal menjadi wartawan dan pemberita USAS TV.

Untuk makluman, Dr Azlinariah adalah penasihat industri bagi Diploma Komunikasi Islam USAS. Berita baik, pelajar-pelajar dari jurusan Diploma Komunikasi Islam diberi peluang untuk melengkapkan projek latihan amali mereka di Astro Awani kelak.


03/12/2022

Saksikan siaran langsung Istiadat Konvokesyen USAS kali ke-15 hari ini dan esok di Facebook rasmi Universiti Sultan Azlan Shah - USAS

Ayuh! Jemput saksikan iklan Kemerdekaan 2022 terbitan USASTV.Jangan lupa likes, comment & share untuk beri sokongan penu...
27/08/2022

Ayuh! Jemput saksikan iklan Kemerdekaan 2022 terbitan USASTV.

Jangan lupa likes, comment & share untuk beri sokongan penuh kepada kumpulan produksi kami. Terima kasih atas sokongan padu anda semua 🤗




Tajuk : CUTI - Iklan Merdeka daripada USASTV

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU AMBILAN SEPTEMBER 2022 UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS) KINI DIBUKA!!Tarikh Buka Permohona...
05/08/2022

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU AMBILAN SEPTEMBER 2022 UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS) KINI DIBUKA!!

Tarikh Buka Permohonan Secara Atas Talian* :
•ASASI : 14 Julai - 15 September 2022
•DIPLOMA & IJAZAH : 8 Ogos - 22 September 2022

Lapor Diri Pelajar Baharu:
•Pelajar ASASI : 17 September 2022
•Pelajar DIPLOMA & IJAZAH : 25 September 2022

Mohon & Daftar sekarang secara atas talian di: http://online.usas.edu.my

PROGRAM PRASISWAZAH DITAWARKAN :

PROGRAM PENGAJIAN ASASI
Pusat Bahasa & Pengajian Asasi
🔹Asasi Sastera (1 Thn)

PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA:
Fakulti Pengajian Islam & Sains Sosial
🔹Pengajian Islam (2 Thn)
🔹Syariah Islamiyyah (2 Thn)
🔹Usuluddin (3 Thn)
🔹Tahfiz Al-Quran Wa Al Qiraat
(3 Thn)
🔹Bahasa Arab dengan Pendidikan (3 Thn)
🔹Kaunseling Islami (2 Thn)
🔹Komunikasi Islam (2 Thn)

Fakulti Pengurusan & Teknologi Maklumat
🔹Perakaunan (2 Thn)
🔹Pentadbiran Perniagaan (2 1/2 Thn)
🔹Kewangan Islam (2 1/2 Thn)
🔹Pengurusan Muamalat (2 1/2 Thn)
🔹Teknologi Maklumat (2 1/2 Thn)
🔹Multimedia dengan Dakwah (3 Thn)

PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA:
Fakulti Pengajian Islam & Sains Sosial
🔸Pengajian Islam (3 1/2 Thn)
🔸Syariah Gunaan (3 Thn)
🔸Usuluddin (Hadis) (3 1/2 Thn)
🔸Bahasa Arab (Kepujian) (3 1/2 Thn)
🔸Kaunseling dengan Kepujian (4 Thn)
🔸Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian) (3 Thn)

Fakulti Pengurusan & Teknologi Maklumat
🔸Perakaunan (Kepujian) (4 Thn)
🔸Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (4 Thn)
🔸Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran (4 Thn)
🔸Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Keusahawanan (4 Thn)
🔸Kewangan Islam (Kepujian) (4 Thn)
🔸Sains Komputer (Kepujian) (3 1/2 Thn)
🔸Multimedia Kreatif (Kepujian) (3 1/2 Thn)
🔸Senibina Landskap (Kepujian) (4 Thn)
🔸Industri Pertanian (Kepujian) (4 Thn)

Syarat Minima Permohonan Lepasan SPM/STPM/STAM :

✅ ASASI : Lulus SPM dengan minima 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.
✅ DIPLOMA : Lulus SPM dengan minima SPM 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.
✅ IJAZAH : Lulus STPM dengan minima (PNGK 2.0) / STAM (Maqbul) / Diploma (PNGK 2.0) / DVM (PNGK Akademik 2.00 dan PNGK Vokasional 2.67 serta kredit Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah peringkat (SVM)

USAS menjadi Universiti pilihan utama lepasan SPM/STPM/STAM kerana :

☑️Tempoh Program Pengajian yang Menjimatkan Masa : Asasi (1 tahun), Diploma (2¹/² tahun), Ijazah Sarjana Muda (3-4 tahun)
☑️PINJAMAN PTPTN disediakan
☑️BIASISWA PELAJAR CEMERLANG (T'takluk T&S)
☑️Tambahan Sijil Profesional Bagi Program Ijazah Sarjana Muda.
☑️Universiti milik penuh Kerajaan Negeri Perak.
☑️Yuran Pengajian yang berpatutan (subsidi Kerajaan Negeri).
☑️Asrama yang selesa disediakan.
☑️_Highly job marketability_

*Mohon & Daftar sekarang secara atas talian di* : http://online.usas.edu.my ; atau

✅ WhatApps /Hubungi kami segera untuk bantuan permohonan online :

📲 http://www.wasap.my/60194707732/DaftarSept2022
📲 http://www.wasap.my/60194147732/DaftarSept2022



30/06/2022

Adakah anda tahu, belajar Diploma Komunikasi Islam di USAS ini merupakan lain daripada yang lain?

Anda bukan sahaja didedahkan dengan ilmu teori dan amali media dan komunikasi, tetapi anda juga bakal belajar beberapa asas ilmu agama seperti hadith, tauhid, aqidah, Quran dan juga Bahasa Arab.

Oops! Jangan risau, anda tak perlu ada asas sekolah agama pun boleh masuk kerana segalanya diajar dari awal. Jadi anda takkan terkejut untuk belajar benda-benda baharu. Seronok tau, boleh tahu macam-macam ilmu. Ilmu dunia dapat. Ilmu akhirat pun dapat juga. 👍👍👍

Ok, istimewanya diploma kami ini turut memberi pendedahan yang pelbagai mengenai di sebalik tabir pembikinan program-program yang diterbitkan melalui Internet, TV dan radio.

Bukan itu saja tau, anda juga akan belajar perihal kemanusiaan seperti perhubungan awam dan sosial, hubungan dalam organisasi, urusan dokumentasi organisasi, penulisan skrip dan penulisan iklan, visual dan teknik kamera, teknik pencahayaan dan macam-macam lagi. Menarik bukan?

Jom kita dengarkan apa kata bekas-bekas pelajar yang kini telah berjaya membina empayar kerjaya masing-masing dengan hebatnya! 👏👏👏👍👍👍



30/06/2022

Adakah dengan mengambil bidang Diploma Komunikasi kita dipaksa bercakap dan perlu sentiasa bersedia di hadapan kamera semata-mata? Oh tidak.. Jangan salah faham.. Sebenarnya Diploma Komunikasi ini adalah bidang yang sangat luas.. Mari kita dengarkan penerangan daripada encik Dinul selaku pensyarah Komunikasi di Universiti Sultan Azlan Shah.



USAS TV kini sedang mencari bakat-bakat baharu sebagai hos atau pengacara bagi program-program terbitan USAS TV yang beg...
27/05/2022

USAS TV kini sedang mencari bakat-bakat baharu sebagai hos atau pengacara bagi program-program terbitan USAS TV yang begitu rancak berkembang.

Sekiranya anda berminat untuk sertai kami, sila imbas kod QR seperti tertera dalam iklan atau daftar maklumat anda melalui pautan yang diberikan.

Banyak pengalaman menarik bakal anda alami bersama-sama kami!

Jom sertai USAS TV!

Daftar sekarang!

https://forms.gle/bk4YPoij6qrHuA2cA

Address

Kuala Kangsa

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diploma Komunikasi Islam -USAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Diploma Komunikasi Islam -USAS:

Shortcuts

Share