07/08/2026
"A Black Belt is a White Belt Who Never Gave Up."
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, program Centralise Grading 2026 telah berlangsung dengan lancar pada 6 Ogos 2026 di Dojang Paka.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada:
Semua pelajar yang telah memberikan komitmen dan menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang ujian.
Ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberi sokongan serta kepercayaan kepada kami.
Barisan jurulatih, urus setia dan semua individu yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan ujian peningkatan tali pinggang. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berlatih dengan lebih gigih dan berusaha mencapai tahap yang lebih tinggi dalam Taekwon-Do ITF.
Semoga kita semua terus istiqamah melahirkan generasi yang berdisiplin, berakhlak mulia, berkeyakinan dan cemerlang.
Terima kasih atas sokongan semua.π₯πβ€οΈπ€