11/07/2026
Alhamdulillah, hari ini anak-anak Akademi Akuatik telah menamatkan cabaran mereka di Kejohanan Pembangunan Renang Peringkat Kebangsaan.
Tahniah kepada Aqil yang berjaya menyumbang 1 pingat buat Akademi Akuatik menerusi acara 50m Freestyle. 🥉
Namun, yang lebih menggembirakan sebagai seorang coach ialah melihat ramai atlet kami berjaya memperbaharui Personal Best (PB) masing-masing. Itulah tanda bahawa setiap latihan, setiap teguran dan setiap usaha mereka membuahkan hasil.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa mempercayai proses ini. Kejayaan anak-anak tidak dibina di kolam semata-mata, tetapi juga dengan doa, sokongan dan pengorbanan daripada keluarga.
Buat semua atlet, teruslah melangkah. Hari ini mungkin anda pulang dengan pingat, mungkin juga pulang dengan pengalaman. Kedua-duanya adalah bekalan untuk menjadi perenang yang lebih baik pada masa hadapan.
Semoga kejohanan hari ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak-anak untuk berani mencabar diri. Kerana setiap perjalanan yang hebat sentiasa bermula dengan satu langkah kecil.
Teruskan berlatih. Teruskan percaya pada proses.
Insya-Allah, kita jumpa lagi di kejohanan yang akan datang. 🤩🔥🤲🏻🏊🏻
KejohananRenang RoadToChampionship