19/03/2024
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM diminta untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
✅Menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas;
✅memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas;
✅memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri bagi yang tidak berpuasa/murid bukan Islam;
✅menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan;
✅membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.
✅sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.
KPM turut menyeru semua institusi pendidikan untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kump**an pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
Rujuk Kenyataan Media 19 Mac 2024: