17/12/2024
"Rajinlah solat kerana ia bukan sahaja menyucikan hati, tetapi juga memberi ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.
Dengan mendirikan solat lima waktu, kita semakin dekat dengan Allah dan memperoleh keberkatan serta petunjuk-Nya.
Mulakan hari dengan solat, tingkatkan iman, dan rasakan perubahan positif dalam hidup anda."
Doa Dari Nabi
Doa Agar Anak Rajin Solat
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim A.S. untuk anak-anaknya.
Sungguh besar harapan ibu bapa, agar zuriat keturunannya adalah dari golongan yang menjaga solat. Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu nak perhatikan anak-anak kita setiap masa, mudah-mudahan, dengan doa ini, anak-anak serta zuriat keturunan kita sentiasa terpelihara dan memelihara solat mereka.