SmkaniOfficial

Call Directions Website

SmkaniOfficial Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq atau nama ringkasnya SMKA Nurul Ittifaq, merupakan s Pada masa itu, jumlah pelajarnya tidak sampai 100 orang.

Idea penubuhansekolah ini diilhamkan oleh Tuan Guru Hj Abas bin Hj Mohamad. Beliau merupakan ulama terkenal di negeri Terengganu Darul Iman. Menurut bekas pelajarnya, Ustaz Salleh bin Hj Daud, sekolah ini bermula di sekitar tahun 1930-an. Mereka datang dari seluruh negeri Terengganu dan beberapa orang luar seperti Sabak Bernam, Selangor. Sekolah ini dinamakan Madrasah Nurul Ittifaq (Sekolah Cahaya Muafakat) sebagai lambang permuafakatan orang ramai membina sekolah tersebut. Mata pelajaran yang diajar pada masa itu ialah mata pelajaran agama sahaja yang diajar dalam Bahasa Arab.

-Tenaga Pengajar-
Tanggungjawab untuk mentadbir sekolah diserahkan kepada Ustaz Mustafa Labib bin Hj Yazid yang berasal dari Ranau, Palembang, Sumatera. Beliau dibantu oleh Ustaz Daie juga dari Sumatera, dan Ustaz Abdul Rahman dai Cherang Ruku, Semerak, Kelantan untuk membimbing masyarakat Besut ke arah pendidikan agama yang sistematik.

-Lokasi Sekolah-
Tapak awal madrasah ini ditempatkan berhampiran dengan Bank Pertaniaan iaitu persimpangan ke Pekan Kuala Besut, kemuadian ke Jalan Mek Su Mek. Disebabkan kurang sesuai, sekali lagi madrasah ini dipindahkan berdekatan Surau Tok Sheikh, Kuala Besut. Pada tahun 1958, bangunan sekolah didirikan di kawasan pantai iaitu di tapak perhentian bas, Kuala Besut secara gotong royong masyarakat kampong. Apabila Ustaz Mustafa Labib bin Hj Yazid kembali ke Ranau, Palembang, Madrasah menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar. Implikasinya, pengajian madrasah tergendala hampir empat tahun.

-Pemulihan Madrasah Nurul Ittifaq-
Atas kesedaraan masyarakat tempatan, madrasah tersebut dibuka kembali. Tokoh yang bertanggungjawab termasuklah pemimpin tempatan Kuala Besut iaitu Wan Ali Wan Yusof, Haji Wan Hashim, Che Lah Ad dan Che Ku Jusoh. Seorang guru agama dilantik untuk menguruskannya. Menurut bekas pelajarnya, Ustaz Salleh bin Hj Husin telah dilantik menjadi pengetua. Beliau dibantu oleh Wan Ahmad, Ustazah Khatijah dan Che Ku Abdul Rahman bin Abdullah. Pada tahun 1981, sekolah ini telah diletakkan di bawah Tadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu. Semenjak tarikh itu, sistem pendidikan ketika itu diubah mengikut sistem sekolah agama dan sekolah Arab yang ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu

Assalamualaikum...SELAMAT DATANG  KE SMKA NURUL ITTIFAQ      Selamat datang dan selamat menyertai keluarga besar SMKA Nu...
01/10/2026

Assalamualaikum...

SELAMAT DATANG KE SMKA NURUL ITTIFAQ

Selamat datang dan selamat menyertai keluarga besar SMKA Nurul Ittifaq.
Semoga kehadiran cikgu menceriakan lagi warga sekolah, membawa ilmu, semangat dan inspirasi baharu, serta bersama-sama mengukir kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Selamat datang, selamat bertugas dan selamat mencipta kenangan indah bersama SMKANI.
💜✨

“Bersama Melakar Kecemerlangan

1. NURHANIDA HANIM BINTI MOHAMED DAUD
2. SHAZWANI BINTI SHAARI
3. NUR AZULAIKA BINTI ABDULLAH
4. MUHAMMAD FAIZULLAH BIN MOHD ZAID
5. WAN NADIA BINTI HASSAN

# # #

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMKANI atas kejayaan cemerlang dalam *World DEVELOPMENT SUSTAINABLE  G...
27/09/2026

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMKANI atas kejayaan cemerlang dalam *World DEVELOPMENT SUSTAINABLE Goals (WSDG) 2026*

Dengan rekod membanggakan:
*71 PENYERTAAN*
🥇 *GOLD - 30*
🥈 *SILVER - 22*
🥉 *BRONZE - 16*

Setinggi-tinggi tahniah kepada Pengetua,PK Kokurikulum serta semua guru Pengiring, guru pembimbim dan para inovator muda SMKANI atas usaha, dedikasi dan semangat juang yang luar biasa!

> Satu Usaha, Seribu Impak, Satu Dunia Yang Lestari.
> Think Global, Act Local, Impact Forever.

Teruskan mencipta inovasi, menginspirasi dan membawa perubahan untuk dunia yang lebih lestari!

*Together We Innovate. Together We Inspire. Together We Change The World.*

# #

Selamat datang diucapkan kepada Pengetua,Pk Pentadbiran dan Pk  HEM ke     SMKA Nurul Ittifaq. 🌹  Kehadiran tuan amat di...
26/09/2026

Selamat datang diucapkan kepada
Pengetua,Pk Pentadbiran dan Pk HEM ke SMKA Nurul Ittifaq. 🌹
Kehadiran tuan amat dialu-alukan dan pastinya menceriakan warga SMKANI. Semoga kehadiran tuan ini menjadi ruang untuk kita bersama memperkukuh kerja buat, kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah dan pengurusan kokurikulum demi kemenjadian anak-anak didik.
Semoga kehadiran tuan memberi semangat dan inspirasi kepada seluruh warga SMKANI. 🌷
Selamat datang dan selamat bersama warga SMKANI!

# # #

SELAMAT BERSARAMUDIR AHMAD ZAKI BIN MOHAMADSetulus kasih, semarak bakti.Terima kasih atas segala jasa, bimbingan dan kep...
22/09/2026

SELAMAT BERSARA
MUDIR AHMAD ZAKI BIN MOHAMAD

Setulus kasih, semarak bakti.

Terima kasih atas segala jasa, bimbingan dan kepimpinan sepanjang menabur bakti.
Semoga persaraan ini menjadi lembaran baharu yang dipenuhi ketenangan, kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan.

Jasamu dikenang, baktimu disanjung,
namamu tetap terpahat dalam sanubari.

🌹 Selamat bersara, Ustaz Ahmad Zaki bin Mohamad.

Semoga terus bahagia dalam setiap langkah kehidupan.

DARI WARGA SMKANI.

📢 *MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN STPM SEMESTER 2 2026*Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Keputusan STPM Semester 2 2026 tela...
10/09/2026

📢 *MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN STPM SEMESTER 2 2026*

Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Keputusan STPM Semester 2 2026 telah berlangsung pada *9 September 2026* di *Bilik APD.*

📊 *GPS Sekolah: 3.38*
🌟 Tahniah kepada *Muhammad Najiy Irfan bin Rashid* atas pencapaian cemerlang *5A (PNG 4.00).*

Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 6 serta setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan guru atas usaha, bimbingan dan komitmen yang berterusan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam STPM. 💐


Tahniah penerima APC 2025. Semoga menjadi pemangkin untuk terus bekerja dengan lebih cemerlang, bersemangat dan penuh de...
09/09/2026

Tahniah penerima APC 2025. Semoga menjadi pemangkin untuk terus bekerja dengan lebih cemerlang, bersemangat dan penuh dedikasi demi anak-anak didik, kecemerlangan sekolah, kemajuan negara serta kegemilangan agama.
TAHNIAH SEMUA
# # SMKANIGENIUS # #

TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA TASNIM! 🎉Alhamdulillah, Family Day Tasnim 2026 telah selesai dengan jayanya. ❤️Setinggi-tin...
28/08/2026

TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA TASNIM! 🎉
Alhamdulillah, Family Day Tasnim 2026 telah selesai dengan jayanya. ❤️
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Tasnim atas kerjasama, semangat kekeluargaan dan keceriaan yang ditunjukkan.
🌸 Tahniah semua!
Semoga ukhuwah terus erat, kebersamaan terus kuat dan kenangan indah ini kekal dalam ingatan.
Satu keluarga, satu semangat, satu kenangan.
💙 Bersama Tasnim, kita raikan kebahagiaan! # # #
# TASNIM 2026 # #
# #28/8/2026 # #

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ..Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kur...
27/08/2026

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ..

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Kejohanan Petanque Piala pengetua bagi tahun ini telah berjaya dianjurkan dengan cukup lancar, meriah, dan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana yang telah bekerja keras tanpa mengira penat lelah. Daripada peringkat perancangan, penyediaan gelanggang, penyusunan jadual pertandingan, sehinggalah ke tiupan wisel penamat, komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak amat luar biasa.

Kejohanan ini bukan sekadar medan persaingan untuk merebut gelaran juara, tetapi juga platform terbaik dalam memupuk semangat kesukanan, disiplin, fokus, dan ukhuwah yang kukuh antara kita GURU &AKP.

Melihat kesungguhan serta semangat juang yang ditunjukkan oleh setiap pasukan di lapangan petanque membuktikan bahawa kejohanan ini telah mencapai objektif utamanya.

Syabas dan tahniah kepada para pemenang yang berjaya menjulang piala dan membawa pulang pingat. Bagi pasukan yang belum rezeki pada kali ini, jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk kembali lebih kuat pada masa akan datang.
# # #
# # #

✨ TAHNIAH & SYABAS SMKANI! ✨Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Agama Nurul Ittifaq Kuala Besut a...
26/08/2026

✨ TAHNIAH & SYABAS SMKANI! ✨

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Agama Nurul Ittifaq Kuala Besut atas pencapaian membanggakan dalam WSDG 2026.
71 penyertaan dengan 30 EMAS, 22 PERAK dan 16 GANGSA merupakan bukti kesungguhan, kreativiti dan semangat luar biasa dalam mencipta inovasi yang memberi impak.
Tahniah kepada Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru dan semua peserta yang telah mengharumkan nama SMKANI.
Teruskan melangkah, teruskan menginspirasi.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.
# — Bersama Melakar Kecemerlangan # #
# # #

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M 🌙✨Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW menyuburkan iman, memperkukuh ukhuwah dan memb...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M 🌙✨
Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW menyuburkan iman, memperkukuh ukhuwah dan membimbing kita menjadi insan yang lebih baik.
“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.”
Selamat menyambut Maulidur Rasul daripada Ahmad Zaki bin Mohamad, Pengetua SMKA Nurul Ittifaq, serta seluruh warga SMKA Nurul Ittifaq.
# # #

Address

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NURUL ITTIFAQ
Kuala Besut
22300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SmkaniOfficial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category