MRSM Kota Putra

MRSM Kota Putra Extraordinary Excellence

Tahniah Encik Saleh Huddin bin Abu Seman dan Puan Nurul Husna binti Yahya serta keluarga atas kejayaan anakanda berjaya ...
12/08/2026

Tahniah
Encik Saleh Huddin bin Abu Seman dan Puan Nurul Husna binti Yahya serta keluarga atas kejayaan anakanda berjaya khatam hafazan al-Quran.

Ahad
25 Safar 1448 H bersamaan 9 Ogos 2026,
Darwisy Muqri bin Saleh Huddin pelajar Tingkatan 4 2026 daripada halaqah bimbingan Ustaz Ahmad Farhan, telah berjaya khatam hafazan al-Quran. Semoga terus istiqamah bersama al-Quran.

Kejayaan anda menjadi sumber inspirasi pelajar-pelajar MRSM Kota Putra Ulul Albab.

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَسَلَكَهُۥ يَنَٰبِيعَ فِي ٱلۡأَرۡضِ ثُمَّ يُخۡرِجُ بِهِۦ زَرۡعٗا مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَٰنُهُۥ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَىٰهُ مُصۡفَرّٗا ثُمَّ يَجۡعَلُهُۥ حُطَٰمًاۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكۡرَىٰ لِأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering, lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikannya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal.” (Al-Zumar : 21)

Tahniah Encik Fadilah Bin Mamat dan Puan Rogayah Binti Dollah serta keluarga atas kejayaan anakanda berjaya khatam hafaz...
12/08/2026

Tahniah
Encik Fadilah Bin Mamat dan Puan Rogayah Binti Dollah serta keluarga atas kejayaan anakanda berjaya khatam hafazan al-Quran.

Sabtu
24 Safar 1448 H bersamaan 8 Ogos 2026,
Nur Amirah Syafiqah Binti Fadilah pelajar Tingkatan 3 2026 daripada halaqah bimbingan Ustazah Nurul Izzah Binti Bakar, telah berjaya khatam hafazan al-Quran. Semoga terus istiqamah bersama al-Quran.

Kejayaan anda menjadi sumber inspirasi pelajar-pelajar MRSM Kota Putra Ulul Albab.

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَسَلَكَهُۥ يَنَٰبِيعَ فِي ٱلۡأَرۡضِ ثُمَّ يُخۡرِجُ بِهِۦ زَرۡعٗا مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَٰنُهُۥ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَىٰهُ مُصۡفَرّٗا ثُمَّ يَجۡعَلُهُۥ حُطَٰمًاۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكۡرَىٰ لِأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering, lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikannya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal.” (Al-Zumar : 21)

PROGRAM ITHBAT MURAJAAH SEMESTER 1 2026Tarikh Pelaksanaan: 14 hingga 28 April 2026Berikut adalah penerima Ithbat Murajaa...
12/08/2026

PROGRAM ITHBAT MURAJAAH SEMESTER 1 2026
Tarikh Pelaksanaan: 14 hingga 28 April 2026

Berikut adalah penerima Ithbat Murajaah Sem 1 2026 mengikut tahap juzuk. Bermula dari tahap 1-2 juzuk hingga 1-24 juzuk. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya ithbat murajaah.







Tahniah Encik Ahmed Shari bin Mijan dan Puan Zurina binti Salleh serta keluarga atas kejayaan anakanda berjaya khatam ha...
11/08/2026

Tahniah
Encik Ahmed Shari bin Mijan dan Puan Zurina binti Salleh serta keluarga atas kejayaan anakanda berjaya khatam hafazan al-Quran.

Jumaat
12 Safar 1448 H bersamaan 27 Julai 2026,
Syaqilah Aina Batrisyia binti Ahmed Shari pelajar Tingkatan 5 2026 daripada halaqah bimbingan Ustazah Norhafiza Naim binti Abu Kasim, telah berjaya khatam hafazan al-Quran. Semoga terus istiqamah bersama al-Quran.

Kejayaan anda menjadi sumber inspirasi pelajar-pelajar MRSM Kota Putra Ulul Albab.

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَسَلَكَهُۥ يَنَٰبِيعَ فِي ٱلۡأَرۡضِ ثُمَّ يُخۡرِجُ بِهِۦ زَرۡعٗا مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَٰنُهُۥ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَىٰهُ مُصۡفَرّٗا ثُمَّ يَجۡعَلُهُۥ حُطَٰمًاۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكۡرَىٰ لِأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering, lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikannya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal.” (Al-Zumar : 21)

KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH TINGKATAN 1Program Kem Pembangunan Sahsiah Tingkatan 1 yang berlangsung pada 7 hingga 8 Ogos 202...
08/08/2026

KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH TINGKATAN 1

Program Kem Pembangunan Sahsiah Tingkatan 1 yang berlangsung pada 7 hingga 8 Ogos 2026 telah berjaya dilaksanakan bagi membentuk disiplin dan sahsiah diri pelajar yang cemerlang. Menerusi pengisian modul LDK yang komprehensif,merangkumi aspek menjaga maruah, menjaga kesucian diri, menjaga nama baik keluarga, kerapian dan kesopanan serta kesihatan mental dan fizikal, para pelajar telah diberi pendedahan secara interaktif untuk memahami tanggungjawab diri. Program turut diserikan dengan aktiviti riadah santai di Pantai Bukit Keluang yang bertujuan membina semangat kerjsama, mengukuhkan ukhuwah serta menyemarakkan rasa kebersamaan dalam kalangan pelajar.

Penglibatan aktif serta respons positif pelajar sepanjang program membuktikan kesedaran yang tinggi untuk membentuk peribadi yang lebih bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Kem ini diakhiri dengan sesi resolusi batch, di mana para pelajar Tingkatan 1 secara komited merangka azam baharu untuk membina imej batch yang berdisiplin, saling menghormati dan sentiasa menjaga nama baik sekolah serta keluarga. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar serta jawatankuasa yang terdiri ahli BADAR yang menjayakan program ini.

𝗞𝗘𝗠 𝗞𝗘𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗥𝗘𝗧𝗔𝗥𝗜𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲📅 30 Julai – 1 Ogos 2026📍 Park Su Chalet, Pasir Puteh,...
08/08/2026

𝗞𝗘𝗠 𝗞𝗘𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗥𝗘𝗧𝗔𝗥𝗜𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲

📅 30 Julai – 1 Ogos 2026
📍 Park Su Chalet, Pasir Puteh, Kelantan
👥 Penyertaan: 80 orang barisan kepimpinan pelajar

"𝘗𝘦𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘩𝘦𝘣𝘢𝘵 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘩𝘪𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘻𝘰𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘴𝘢, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶𝘪 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘢𝘭𝘢𝘮𝘢𝘯, 𝘤𝘢𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯𝘢𝘯."

Bagi merealisasikan hasrat melahirkan pemimpin pelajar yang berwibawa, berintegriti dan berdaya saing, Kem Kepimpinan Sekretariat Kepimpinan Pelajar MRSM Kota Putra 2026 telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari dua malam di Park Su Chalet, Pasir Puteh, Kelantan dengan penyertaan seramai 80 orang barisan kepimpinan pelajar.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang dirancang bagi mengasah kemahiran kepimpinan, memperkukuh daya tahan fizikal dan mental serta menyemai semangat kebersamaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

🌿 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
🕌 Forum Kepimpinan Pemuda Islam
🥾 Jungle Tracking
🔥 Survival Challenge
🎤 KoPu Got Talent

Setiap aktiviti yang dilaksanakan memberi ruang kepada peserta untuk mengembangkan potensi diri melalui pengalaman pembelajaran secara langsung. Mereka didorong untuk berfikir secara kritis, membuat keputusan dengan yakin, berkomunikasi secara berkesan serta bekerjasama dalam menyelesaikan pelbagai tugasan dan cabaran yang diberikan.

Lebih daripada sekadar sebuah program kepimpinan, kem ini menjadi medan pembentukan sahsiah dan jati diri yang menggabungkan elemen kepimpinan, disiplin, integriti serta nilai-nilai murni. Pengalaman yang diperoleh sepanjang program diharapkan mampu melahirkan barisan pemimpin pelajar yang lebih matang, berwawasan dan bersedia menggalas amanah dalam memimpin organisasi pelajar serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga MRSM Kota Putra.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, fasilitator serta jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan dedikasi. Semoga segala ilmu, pengalaman dan ukhwah yang terjalin sepanjang kem ini menjadi pemangkin kepada lahirnya pemimpin masa hadapan yang cemerlang, berakhlak mulia dan mampu membawa nama MRSM Kota Putra ke tahap yang lebih gemilang.
















Tahniah Encik Mohd Sayuti bin Yahya dan Puan Siti Rohana binti Ahmad serta keluarga atas kejayaan anakanda berjaya khata...
08/08/2026

Tahniah
Encik Mohd Sayuti bin Yahya dan Puan Siti Rohana binti Ahmad serta keluarga atas kejayaan anakanda berjaya khatam hafazan al-Quran.

Khamis
11 Safar 1448 H bersamaan 26 Julai 2026,
Ahmad Arif Aqmar bin Mohd Sayuti pelajar Tingkatan 4 2026 daripada halaqah bimbingan Ustaz Tuan Azman bin Tuan Mat, telah berjaya khatam hafazan al-Quran. Semoga terus istiqamah bersama al-Quran.

Kejayaan anda menjadi sumber inspirasi pelajar-pelajar MRSM Kota Putra Ulul Albab.

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَسَلَكَهُۥ يَنَٰبِيعَ فِي ٱلۡأَرۡضِ ثُمَّ يُخۡرِجُ بِهِۦ زَرۡعٗا مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَٰنُهُۥ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَىٰهُ مُصۡفَرّٗا ثُمَّ يَجۡعَلُهُۥ حُطَٰمًاۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكۡرَىٰ لِأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering, lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudia

*PERKHEMAHAN PANDU PUTERI MRSM SE-MALAYSIA 2026*Perkhemahan Pandu Puteri MRSM Se-Malaysia 2026 telah berlangsung pada 24...
05/08/2026

*PERKHEMAHAN PANDU PUTERI MRSM SE-MALAYSIA 2026*

Perkhemahan Pandu Puteri MRSM Se-Malaysia 2026 telah berlangsung pada 24-27 Julai 2026 di MRSM Kuala Terengganu, Terengganu. Program ini menghimpunkan wakil-wakil Pandu Puteri daripada MRSM seluruh negara bagi menyertai pelbagai aktiviti yang berteraskan pembangunan sahsiah, kepimpinan, kerohanian dan kemahiran insaniah.

Sepanjang empat hari pelaksanaan, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian dan pertandingan seperti Aktiviti Kerohanian, Aktiviti STEM, Projek Perintis, Taraf Perkhemahan, Tanda Mengesan, GGMRSM War Cry, Masakan Rimba, Junior Barista, Kuiz Pandu, Bantu Mula, Tangan Emas Pandu, Masakan Asia Pacific, Sahabat Pena, Malam Unggun Api, Malam Kraf Pandu, Brisk Walk Ocean Challenge, Eksplorasi Terengganu serta aktiviti berkumpulan yang dapat memupuk semangat kerjasama, disiplin dan jati diri.

Peserta juga menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti dijalankan. Mereka berjaya meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerjasama berkumpulan serta keyakinan diri. Disiplin peserta juga berada pada tahap yang memuaskan.

Beberapa cabaran yang dihadapi ialah faktor cuaca yang kurang menentu, kekangan masa bagi sesetengah aktiviti serta keletihan peserta selepas menjalani aktiviti yang padat. Walau bagaimanapun, semua cabaran dapat diatasi dengan kerjasama urus setia dan guru pengiring.

Tahniah buat semua peserta Perkhemahan Pandu Puteri dan guru-guru penasihat 💐💐💐 Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform melahirkan ahli Pandu Puteri yang berilmu, berakhlak mulia, berdisiplin serta mampu menjadi pemimpin yang cemerlang pada masa akan datang.

“Bersatu, Berintegriti”










*KARNIVAL PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SE-MALAYSIA 2026*Karnival Pergerakan Puteri Islam Malaysia MRSM Se-Malaysia 2...
05/08/2026

*KARNIVAL PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SE-MALAYSIA 2026*

Karnival Pergerakan Puteri Islam Malaysia MRSM Se-Malaysia 2026 telah berlangsung pada 24-27 Julai 2026 di MRSM Kuala Berang, Terengganu. Program ini menghimpunkan wakil-wakil Pergerakan Puteri Islam daripada MRSM seluruh negara bagi menyertai pelbagai aktiviti yang berteraskan pembangunan sahsiah, kepimpinan, kerohanian dan kemahiran insaniah.

Sepanjang empat hari pelaksanaan, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian dan pertandingan seperti aktiviti kerohanian, kawad kaki, Puteri Berselawat, khidmat masyarakat serta aktiviti berkumpulan yang dapat memupuk semangat kerjasama, disiplin dan jati diri.

MRSM Kota Putra secara keseluruhannya telah berjaya meraih:
- Tempat ke-2 bagi Pasukan B
- Tempat ke-4 keseluruhan.

Keputusan bagi kesemua pertandingan (Pasukan B) adalah seperti berikut:

JOHAN:
1. Penulisan Buku Log
2. ⁠Video Pertolongan Cemas (Balutan Luka)
3. ⁠Batu Seremban

NAIB JOHAN:
1. Kad Jemputan Digital (Perkahwinan)

KETIGA :
1. Congkak

KE-EMPAT:
1. Buku Skrap (Biodiversity)

KE-LIMA:
1. Kawad kaki
2. Gubahan gula-gula

KE-ENAM:
1. Puteri Berselawat
2. Inovasi Bandar Lestari
3. Sukaneka
4. Buku Skrap (Keajaiban Herba)
5. Kad Jemputan Digital (Hari Ulang Tahun)

KE-TUJUH:
1. Pasang & Hiasan Khemah
2. Hidangan Tanpa Api
3. Rias Wajah (Solekan Ringan)
4. Video Pertolongan Cemas (Anduh Patah)

KE-SEMBILAN:
1. Rias Wajah (Solekan Pentas)

Tahniah buat semua peserta Karnival Pergerakan PPIM dan guru-guru penasihat 💐💐💐 Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform melahirkan ahli Pergerakan Puteri Islam yang berilmu, berakhlak mulia, berdisiplin serta mampu menjadi pemimpin yang cemerlang pada masa akan datang.

“Bersatu, Berintegriti”










🌍✈️ JELAJAH INSPIRASI UNIVERSITI GLOBAL 2026Alhamdulillah, Program GLOBAL X: Jelajah Inspirasi Universiti Global 2026 te...
02/08/2026

🌍✈️ JELAJAH INSPIRASI UNIVERSITI GLOBAL 2026
Alhamdulillah, Program GLOBAL X: Jelajah Inspirasi Universiti Global 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Julai 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Ulul Albab, MRSM Kota Putra.
Program di bawah inisiatif EliteBound ini merupakan anjuran Unit Perkhidmatan dan Bimbingan Kaunseling (UPBK) MRSM Kota Putra dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA serta Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA). Program berlangsung dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dalam dua sesi yang disusun secara strategik bagi memastikan penyampaian ilmu dan perkongsian pengalaman dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar.
Program ini menampilkan perkongsian inspirasi daripada barisan alumni dan penuntut institusi pengajian tinggi luar negara yang berjaya dalam pelbagai bidang, iaitu:
🎓 Barisan Panel ANSARA
• Fadhlin Hadhira binti Mohd Hakimi – Imperial College London (Chemical Engineering)
• Khayran Affan bin Khamki – Al-Azhar University (Medicine & Surgery)
• Putra Danish Iskandar bin Firdaus – Michigan State University (Finance)
• Adriana binti Kamarudin – Ewha University, Korea (Computer Science & Engineering)
• Puteri Anis Sofia binti Salim – MFI UniKL (Mechanical Engineering)
• Ardini Nuraishy – University of Southampton (Electrical & Electronic Engineering)
• Shasmeen Izma binti Saiful Rizal – University of Birmingham (Physiotherapy)
• Saffiyah Wajiha binti Ahmad Zaidi – University of Manchester (Pharmacy)
• Muhammad Raul Khalis bin Sahrul Nizam – Jade Hochschule University, Jerman (Mechanical Engineering)

Sepanjang program, para pelajar didedahkan dengan pelbagai input bermanfaat merangkumi pengalaman melanjutkan pengajian ke luar negara, strategi persediaan akademik, panduan menghasilkan resume yang berkualiti, peluang tajaan pendidikan serta perkongsian motivasi dalam merancang hala tuju pendidikan selepas SPM.
Program ini diharap dapat membuka minda para pelajar terhadap peluang pendidikan di peringkat global, di samping menyemai keyakinan dan semangat untuk mengejar kecemerlangan serta merealisasikan impian melanjutkan pengajian di universiti-universiti terkemuka dunia.
Pihak MRSM Kota Putra merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada BPM MARA, ANSARA, semua panel jemputan serta seluruh warga kerja yang telah menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, pengalaman dan inspirasi yang dikongsikan menjadi pemangkin kepada kejayaan generasi pelajar MRSM Kota Putra pada masa hadapan.
"Dream Big, Aim Global, Excel Beyond Borders." 🌍✨






Address

Jalan Bukit Keluang
Kuala Besut
22200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096957699

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Kota Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to MRSM Kota Putra:

Shortcuts

Share