Pondok Darul Iman Banin

Pondok Darul Iman Banin Pelajar turut diwajibkan menduduki Peperiksaan SPM dan Syahadah Thanawiyyah.

PDI Banin merupakan sebuah institusi pendidikan milik Yayasan Islam Terengganu yang menawarkan kelas akademik dan pengajian kitab turath bermula daripada tingkatan 1 hingga 5.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—œ ๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ6!Tarikh: 19 Ogos 2026Masa: 8.00 Pagi - 12.30 Tengah HariTempat: Pusat Kegiat...
19/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—œ ๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ6!

Tarikh: 19 Ogos 2026
Masa: 8.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Tempat: Pusat Kegiatan Guru (PKG), Kuala Berang

Seluruh warga Pondok Darul Iman (PDI) Banin mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar Thanawi 5 yang akan menduduki Ujian Lisan SPM Tahun 2026 bagi mata pelajaran Pendidikan Bahasa Arab bermula pada hari ini.

Semoga para pelajar dikurniakan kelapangan hati, kecerdasan fikiran dan kelancaran lisan sepanjang tempoh ujian lisan dijalankan.

Doa seluruh warga PDI Banin serta ahli keluarga masing-masing mengiringi langkah kalian, insya-Allah kejayaan cemerlang di dalam genggaman.

Bittaufiq wannajah!





Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—ก๐—œ๐—ก!Seluruh warga Pondok Darul Iman (PDI) Banin merakamkan ucapan s...
13/08/2026

๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—ก๐—œ๐—ก!

Seluruh warga Pondok Darul Iman (PDI) Banin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Mubin Haikal bin Abdul Mannan, pelajar Thanawi 3 atas penyertaan dalam Kejohanan Silat Tunas, Pra Dini, Dini dan Pemilihan Remaja 1 Sekolah 1 Silat Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026.

Kejayaan mara ke peringkat suku akhir pasti menjadi satu pengalaman berharga dalam membentuk jati diri, disiplin serta semangat juang yang tinggi. Semoga ia menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha meningkatkan potensi diri khususnya dalam bidang kokurikulum.

Semoga pencapaian ini turut dapat menjadi aspirasi positif kepada para pelajar PDI Banin serta pemangkin kepada kejayaan baharu dalam kegiatan kokurikulum pada masa hadapan insya-Allah. Tahniah dan selamat maju jaya!







Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก, ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ๐Ÿ“… Tarikh: 4 Ogos 2026 (Selasa)๐Ÿ•ฅ Masa: 10.30 Pagi - 1.30 Tengah Ha...
10/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก, ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ

๐Ÿ“… Tarikh: 4 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ•ฅ Masa: 10.30 Pagi - 1.30 Tengah Hari
๐Ÿ“ Tempat: Institut Al-Quran, Kolej Al-Quran Terengganu

Alhamdulillah Pondok Darul Iman (PDI) Banin telah mengadakan Lawatan ke Institut Al-Quran, Kolej Al-Quran Terengganu pada baru-baru ini sebagai salah satu usaha memberikan pendedahan dan pengalaman baharu kepada para pelajar berkaitan seni warisan Islam iaitu penulisan khat. Rombongan lawatan PDI Banin telah disambut oleh Pengarah Institut Al-Quran, al-Fadhil Ustaz Mohd Khairul Najmi bin Abd Rasyid dan pelatih-pelatih program Seni Kaligrafi Terengganu YDSM-KQT.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada para pelajar PDI Banin untuk mengenali Institut Al-Quran, Kolej Al-Quran Terengganu dengan lebih dekat berserta program-program pengajian yang ditawarkan khususnya kepada pelajar lepasan SPM. Di samping itu, para pelajar tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan perkongsian pengalaman daripada pelatih-pelatih dan menulis khat secara praktikal melalui bimbingan mereka.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang berganding bahu dalam menjayakan lawatan pada kali ini khususnya pihak Institut Al-Quran, Kolej Al-Quran Terengganu, guru-guru pembimbing Kelab Kesenian Islam PDI Banin serta para pelajar yang terlibat.

Semoga lawatan yang diadakan dapat menyemarakkan minat para pelajar PDI Banin terhadap al-Quran dan seni warisan Islam seperti penulisan khat, di samping membentuk generasi baharu yang berakhlak mulia, menghargai warisan sejarah serta beraspirasi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi insya-Allah.





Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐—œ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—  (๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง ๐—•๐—ข๐— ๐—•๐—”) ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—ก๐—œ๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“… Tarikh: 30 Julai - 1 Ogos 2026๐Ÿ•˜ Masa...
03/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐—œ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—  (๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง ๐—•๐—ข๐— ๐—•๐—”) ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—ก๐—œ๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“… Tarikh: 30 Julai - 1 Ogos 2026
๐Ÿ•˜ Masa: 8.00 Pagi - 11.00 Malam
๐Ÿ“Tempat: Sekayu Eco Adventure Park, Hulu Terengganu

Alhamdulillah pada baru-baru ini program Perkhemahan Unit Beruniform (Kadet Bomba) PDI Banin Tahun 2026 telah berjaya diadakan melibatkan penyertaan para pelajar Thanawi 3 hingga Thanawi 5. Program perkhemahan berbentuk survival dan kemahiran di luar bilik darjah ini secara umumnya bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran asas survival diri serta pertolongan cemas secara teori dan praktikal.

Sepanjang tiga hari mengikuti program perkhemahan, pelajar telah berjaya mengikuti pelbagai aktiviti yang memupuk semangat berpasukan, meningkatkan disiplin serta mengasah kemahiran kepimpinan seperti Water Confident, Rafting, Jungle Trekking, Flying Fox, Malam Kebudayaan dan lain-lain. Di samping itu, pelajar turut didedahkan dengan teknik memadam kebakaran berkesan yang dikendalikan oleh pegawai bomba berpengalaman.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program perkhemahan pada tahun ini, khususnya Unit Sukan dan Kokurikulum serta para guru dan kakitangan PDI Banin yang memberikan komitmen terbaik sepanjang masa.

Semoga program perkhemahan seperti ini dapat membentuk pelajar yang berdisiplin, berdaya tahan, berakhlak mulia serta mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi. Diharapkan segala ilmu kemahiran, pengalaman dan nilai-nilai murni yang diperoleh bakal diaplikasikan dalam kehidupan seharian insya-Allah!




Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—ก๐—œ๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“… Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)๐Ÿ•˜ Masa: Mulai 9.30 Pagi๐Ÿ“...
23/07/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—ก๐—œ๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“… Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ•˜ Masa: Mulai 9.30 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Serbaguna PDI Banin

Alhamdulillah Majlis Temu Murni Pelajar PDI Banin Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini melibatkan semua pelajar Thanawi 1 hingga Thanawi 4 bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing. Majlis ini secara umumnya bertujuan membincangkan prestasi akademik semasa para pelajar khususnya selepas menduduki peperiksaan pertengahan tahun.

Semoga majlis yang diadakan dapat terus meningkatkan motivasi serta semangat para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah. Di samping itu, diharapkan majlis ini turut mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga PDI Banin dengan ibu bapa serta penjaga demi kecemerlangan berterusan para pelajar insya-Allah.



Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› (๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐——) ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“… Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)๐Ÿ•˜ Masa: 8...
20/07/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—ค๐—จ๐—˜ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› (๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐——) ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“… Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)
๐Ÿ•˜ Masa: 8.00 Pagi โ€“ 6.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Kolej Vokasional Hulu Terengganu

Baru-baru ini Pondok Darul Iman (PDI) Banin telah menyertai Kejohanan Petanque Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Terengganu Tahun 2026 anjuran Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Satu pasukan PDI Banin yang terdiri daripada 8 orang pemain telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam kejohanan berkenaan.

Alhamdulillah penyertaan Pasukan Petanque PDI Banin buat julung-julung kalinya dalam kejohanan ini telah memberikan pengalaman yang amat berharga kepada setiap pemain. Walaupun terkandas di peringkat kelayakan sahaja, para pemain telah berjaya mempamerkan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Petanque PDI Banin serta para jurulatih dan guru pengiring, al-Fadhil Ustaz Muhammad Nasrom bin Abdullah, Naib Pengetua Akademik dan Encik Muhammad Hanis Azizi bin Hassan, Guru Akademik atas segala usaha, bimbingan dan komitmen yang telah dicurahkan dalam memastikan penyertaan PDI Banin pada kali ini berjalan dengan lancar.

Semoga pengalaman yang diperoleh daripada penyertaan kejohanan ini menjadi titik permulaan kepada perkembangan positif sukan petanque di PDI Banin serta menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha, memperbaiki prestasi dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan, insya-Allah.






Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—ก๐—œ๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“… Tarikh: 7 Julai 2026 (Selasa)๐Ÿ•˜ Masa: Mulai 2.00 Petang๐Ÿ“ Tempat: D...
16/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—ก๐—œ๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“… Tarikh: 7 Julai 2026 (Selasa)
๐Ÿ•˜ Masa: Mulai 2.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Serbaguna PDI Banin

Alhamdulillah Pesta Durian Pondok Darul Iman (PDI) Banin Tahun 2026 baru-baru ini telah berjaya diadakan dalam suasana santai dengan penuh keceriaan. Program yang menghimpunkan seluruh warga PDI Banin ini bukan sahaja memberi peluang menikmati keenakan raja buah, bahkan turut dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan dalam kalangan para guru, kakitangan dan semua pelajar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, guru, kakitangan, pelajar serta semua pihak yang komited dalam menjayakan program santai ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan memperoleh ganjaran pahala serta keberkatan di sisi Allah SWT. Amin!


Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› (๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐——) ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“… Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)๐Ÿ•˜ Masa: ...
14/07/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› (๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐——) ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“… Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)
๐Ÿ•˜ Masa: 8.00 Pagi - 6.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Sivik Ajil

Baru-baru ini PDI Banin telah menyertai Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Terengganu Tahun 2026 anjuran Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Seramai 15 orang pelajar PDI Banin telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam kejohanan tersebut.

Alhamdulillah penyertaan PDI Banin pada tahun ini menatijahkan keputusan yang membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan Tempat ke-3 secara keseluruhan. Pastinya kejayaan yang diperoleh adalah hasil semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang tinggi daripada semua pemain sepanjang kejohanan berlangsung.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Baling PDI Banin, para jurulatih serta Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum, al-Fadhil Ustaz Ahmad Anas Arifuddin bin Ahmad Suhaidi atas segala usaha gigih dan komitmen tinggi yang akhirnya telah membuahkan kejayaan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga PDI Banin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan dalam bidang sukan dan kokurikulum pada masa akan datang, insya-Allah.



Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฆ๐—ฃ๐— ) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSeluruh warga Pondok Darul Iman (PDI) Banin mengucapkan s...
09/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฆ๐—ฃ๐— ) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Seluruh warga Pondok Darul Iman (PDI) Banin mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar Thanawi 5 yang menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 8 Julai 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, kefahaman serta mempermudah urusan kalian sepanjang menjalani peperiksaan. Jadikanlah usaha, doa dan tawakal sebagai kunci yang mengiringi langkah menuju kejayaan.

Selamat maju jaya! Semoga kalian memperoleh kejayaan yang diberkati dan cemerlang insya-Allah.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—ก๐—œ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“… Tarikh: 2 Julai...
05/07/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—ก๐—œ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“… Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis)
๐Ÿ•˜ Masa: Mulai 7.30 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Perkarangan PDI Banin

Alhamdulillah pada baru-baru ini, satu program memasak bubur Asyura telah diadakan dengan jayanya melibatkan penyertaan seluruh warga PDI Banin dengan kerjasama komuniti Kampung Pelandan.

Seawal jam 7.30 pagi, warga PDI Banin bersama-sama penduduk Kampung Pelandan bergotong-royong menyediakan bubur Asyura yang bukan sahaja menyemarakkan amalan tradisi masyarakat Islam di Malaysia semata-mata, malah ia berjaya menjadi wadah terbaik dalam memupuk semangat gotong-royong serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PDI Banin dengan penduduk setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, kakitangan, pelajar, penduduk Kampung Pelandan serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit bagi menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan dihitung sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.

"Bersatu Dalam Ukhuwah, Berkongsi Rezeki, Menggapai keberkatanโ€


Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

Address

Kampung Pelandan, Tersat
Kuala Berang
21700

Telephone

+6096811334

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Darul Iman Banin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pondok Darul Iman Banin:

Shortcuts

Share

Category