Sm Imtiaz YT Kuala Berang

Sm Imtiaz YT Kuala Berang SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA BERANG

PROGRAM PENULISAN KARYA DAIE PENA MUDA GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU๐Ÿ“Œ Tarikh : 21 Mei 2026๐Ÿ—“๏ธ Hari : Khamis...
21/05/2026

PROGRAM PENULISAN KARYA DAIE PENA MUDA GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

๐Ÿ“Œ Tarikh : 21 Mei 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari : Khamis
โฐ Masa : 9.00 pagi โ€“ 11.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat : Bilik Seminar 2

Alhamdulillah telah berlangsung sesi taklimat Program Penulisan Karya Daie Pena Muda Generasi Madani Peringkat Negeri Terengganu yang melibatkan semua murid Tingkatan 4. Program anjuran Sektor Pendidikan Islam, JPNT ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan format, tema serta panduan penulisan karya kepada para pelajar.

Untuk makluman, sesi penulisan karya akan dilaksanakan sepanjang cuti pertengahan tahun nanti. Semoga program ini dapat mencungkil bakat penulisan serta melahirkan generasi muda yang mampu menyampaikan dakwah melalui karya yang kreatif dan bermanfaat.



โ€Žุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…RABU | 20 MEI 2026 Alhamdulillah pada tanggal 20 Mei 2026 pada hari Rabu, telah kha...
21/05/2026

โ€Žุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…
RABU | 20 MEI 2026

Alhamdulillah pada tanggal 20 Mei 2026 pada hari Rabu, telah khatam anak soleh pintar dari Tingkatan 5 Ibnu Kathir.

Muhammad Muizuddin bin Mohd Faizal.

Tahniah dan syabas kerana telah berjaya menamatkan Al-Quran 30 juzuk.

Semoga anak soleh pintar Muhammad Muizuddin bin Mohd Faizal istiqamah dalam menjaga ayat-ayat suci sehingga akhir hayat.

Tahniah juga kepada ibu bapa anak soleh pintar ini yang berjaya mendidik anak hingga menjadi seorang penghafaz Al-Quran.

โ€ŽุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู†ูŽุง ุจูุงู’ู„ู‚ูุฑู’ุขู†ู’, ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู’ู‡ู ู„ู†ูŽุง ุฅูู…ูŽุงู…ู‹ุง ูˆูŽู†ููˆู’ุฑู‹ุง ูˆูŽู‡ูุฏู‹ุง ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู’, ุฃูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฐูŽูƒูู‘ุฑู’ู†ูŽุง ู…ูู†ู’ู‡ู ู…ูŽุง ู†ูุณููŠู’ู†ูŽุง ูˆูŽุนูŽู„ูู‘ู…ู’ู†ูŽุง ู…ูู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ุฌูŽู‡ูู„ู’ู†ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุฒูู‚ู’ู†ูŽุง ุชูู„ุงูŽูˆูŽุชูŽู‡ู ุขู†ูŽุงุกูŽ ุงู„ู’ู„ูŽูŠู’ู„ู ูˆูŽุฃูŽุทู’ุฑูŽุงููŽ ุงู„ู†ูŽู‘ู‡ูŽุงุฑู’ ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู’ู‡ู ู„ูŽู†ูŽุง ุญูุฌูŽู‘ุฉู‹ ูŠูŽุง ุฑูŽุจูŽู‘ ุงู’ู„ุนูŽุงู„ูŽู…ู’ูŠูู†ูŽ

Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qurโ€™an, jadikanlah Al Qurโ€™an bagi kami sebagai panutan, cahaya, petunjuk dan rohmat. Ya Allah ingatkan-lah kami andaikan terlupa dari ayat-ayat Al Qurโ€™an, ajarkan kami daripadanya yang kami belum tahu, kurniakanlah kami untuk boleh membaca Al Quran di tengah malam dan siang hari jadikanlah Al Quran bagi kami sebagai pedoman Wahai Tuhan semesta alam.

โ€Ž ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุนู„ู†ุง ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ู‚ุฑุขู† ุงู„ุฐูŠู† ู‡ู… ุฃู‡ู„ูƒ ูˆุฎุงุตุชูƒ

Ya Allah, jadikan kami dan anak-anak kami daripada kalangan Ahlul Quran, kekasihMu dan golongan istimewa di sisiMu.


KUIZ JELAJAH ILMU BADAN BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN 2026๐Ÿ“Œ Tarikh : 18 Mei 2026  ๐Ÿ—“๏ธ Hari : Isnin  โฐ Masa : 8.00 pagi ...
20/05/2026

KUIZ JELAJAH ILMU BADAN BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

๐Ÿ“Œ Tarikh : 18 Mei 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari : Isnin
โฐ Masa : 8.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ Tempat : Kelas

Kuiz Jelajah Ilmu Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan 2026 telah melibatkan penyertaan semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 SM Imtiaz YT Kuala Berang. Program ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan platform Google Form dan dianjurkan oleh SMK Miri dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK).

Penyertaan dalam kuiz ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menambah pengetahuan berkaitan badan beruniform di samping memupuk semangat daya saing, kerjasama dan kecintaan terhadap aktiviti kokurikulum di peringkat kebangsaan.



SAMBUTAN HARI GURU 2026โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€๐Ÿ“Œ Tarikh : 17 Mei 2026๐Ÿ—“๏ธ Hari : Ahadโฐ Masa : 8.00 pagi โ€“ 4.30 petang๐Ÿ“ Te...
20/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU 2026
โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

๐Ÿ“Œ Tarikh : 17 Mei 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari : Ahad
โฐ Masa : 8.00 pagi โ€“ 4.30 petang
๐Ÿ“ Tempat : Dewan Zaโ€™amah & Dataran Sekolah
๐Ÿ•Œ Anjuran : Kelab Uswah & MPM IQBER

Alhamdulillah telah berlangsung Sambutan Hari Guru 2026 dalam suasana penuh meriah dan bermakna. Bertemakan โ€œBack To Schoolโ€, para guru dan staf turut memperagakan pakaian sekolah yang secara tidak langsung mengembalikan nostalgia zaman persekolahan dan kenangan sebagai seorang murid suatu ketika dahulu.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi meraikan jasa dan pengorbanan para guru yang sentiasa komited mendidik anak-anak bangsa dengan penuh keikhlasan. Semoga sambutan ini menjadi tanda penghargaan buat semua pendidik yang menjadi tunjang dalam melahirkan generasi rabbani, berilmu dan berakhlak mulia.



โ€Žุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…SABTU | 16 MEI 2026 Alhamdulillah pada tanggal 16 Mei 2026 pada hari Sabtu, telah k...
18/05/2026

โ€Žุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…
SABTU | 16 MEI 2026

Alhamdulillah pada tanggal 16 Mei 2026 pada hari Sabtu, telah khatam anak solehah pintar dari Tingkatan 5 Abu 'Amru.

Puteri Maryam Wadiah binti Khalid.

Tahniah dan syabas kerana telah berjaya menamatkan Al-Quran 30 juzuk.

Semoga anak solehah pintar Puteri Maryam Wadiah binti Khalid istiqamah dalam menjaga ayat-ayat suci sehingga akhir hayat.

Tahniah juga kepada ibu bapa anak solehah pintar ini yang berjaya mendidik anak hingga menjadi seorang penghafaz Al-Quran.

โ€ŽุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู†ูŽุง ุจูุงู’ู„ู‚ูุฑู’ุขู†ู’, ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู’ู‡ู ู„ู†ูŽุง ุฅูู…ูŽุงู…ู‹ุง ูˆูŽู†ููˆู’ุฑู‹ุง ูˆูŽู‡ูุฏู‹ุง ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู’, ุฃูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฐูŽูƒูู‘ุฑู’ู†ูŽุง ู…ูู†ู’ู‡ู ู…ูŽุง ู†ูุณููŠู’ู†ูŽุง ูˆูŽุนูŽู„ูู‘ู…ู’ู†ูŽุง ู…ูู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ุฌูŽู‡ูู„ู’ู†ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุฒูู‚ู’ู†ูŽุง ุชูู„ุงูŽูˆูŽุชูŽู‡ู ุขู†ูŽุงุกูŽ ุงู„ู’ู„ูŽูŠู’ู„ู ูˆูŽุฃูŽุทู’ุฑูŽุงููŽ ุงู„ู†ูŽู‘ู‡ูŽุงุฑู’ ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู’ู‡ู ู„ูŽู†ูŽุง ุญูุฌูŽู‘ุฉู‹ ูŠูŽุง ุฑูŽุจูŽู‘ ุงู’ู„ุนูŽุงู„ูŽู…ู’ูŠูู†ูŽ

Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qurโ€™an, jadikanlah Al Qurโ€™an bagi kami sebagai panutan, cahaya, petunjuk dan rohmat. Ya Allah ingatkan-lah kami andaikan terlupa dari ayat-ayat Al Qurโ€™an, ajarkan kami daripadanya yang kami belum tahu, kurniakanlah kami untuk boleh membaca Al Quran di tengah malam dan siang hari jadikanlah Al Quran bagi kami sebagai pedoman Wahai Tuhan semesta alam.

โ€Ž ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุนู„ู†ุง ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ู‚ุฑุขู† ุงู„ุฐูŠู† ู‡ู… ุฃู‡ู„ูƒ ูˆุฎุงุตุชูƒ

Ya Allah, jadikan kami dan anak-anak kami daripada kalangan Ahlul Quran, kekasihMu dan golongan istimewa di sisiMu.


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA ARAB๐Ÿ“Œ Tarikh : 16 Mei 2026๐Ÿ—“๏ธ Hari : Sabtuโฐ Masa : 10.45 pagi โ€“ 12.45 tengah hari๐Ÿ“ Tempat ...
18/05/2026

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA ARAB

๐Ÿ“Œ Tarikh : 16 Mei 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari : Sabtu
โฐ Masa : 10.45 pagi โ€“ 12.45 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat : Dewan Terbuka SM Imtiaz YT Kuala Berang
๐Ÿ‘ฅ Sasaran : Semua murid Tingkatan 2 & 3
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah : Ustazah Wahida binti Jahidin
๐Ÿ•Œ Anjuran : Panitia Bahasa Arab

Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Arab yang melibatkan semua murid Tingkatan 2 dan 3. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan serta membantu meningkatkan kefahaman murid dalam subjek Bahasa Arab.

Semoga pengisian dan perkongsian ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab.



PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 1 : โ€œBINA UKHUWAH, JAGA EMOSI, JAUHI BULIโ€๐Ÿ“Œ Tarikh : 16 Mei 2026๐Ÿ—“๏ธ Hari : Sabtuโฐ Masa : 9.00 ...
18/05/2026

PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 1 : โ€œBINA UKHUWAH, JAGA EMOSI, JAUHI BULIโ€

๐Ÿ“Œ Tarikh : 16 Mei 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari : Sabtu
โฐ Masa : 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat : Dewan Zaโ€™amah & Bilik Seminar 1, SM Imtiaz YT Kuala Berang
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan : 75 murid Tingkatan 1

Alhamdulillah telah berlangsung Program Motivasi Tingkatan 1 yang melibatkan seramai 75 orang murid. Program ini bertujuan memupuk ukhuwah dalam kalangan pelajar, meningkatkan kesedaran tentang penjagaan emosi serta memberi pendedahan berkaitan kepentingan menjauhi budaya buli di sekolah.

Semoga program ini dapat membentuk suasana pembelajaran yang lebih harmoni, selamat dan positif serta membantu murid membina hubungan yang baik antara satu sama lain sepanjang berada di IQBER.



PROGRAM 5 MINIT KESEDARAN KESELAMATAN SEKOLAH๐Ÿ“Œ Tarikh : 12 Mei 2026๐Ÿ—“๏ธ Hari : Selasa๐Ÿ“ Tempat : SM Imtiaz YT Kuala Berang๐ŸŽ™...
18/05/2026

PROGRAM 5 MINIT KESEDARAN KESELAMATAN SEKOLAH

๐Ÿ“Œ Tarikh : 12 Mei 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari : Selasa
๐Ÿ“ Tempat : SM Imtiaz YT Kuala Berang
๐ŸŽ™๏ธ Penyampai : Ummi Pengetua, Puan Marhaini binti Sulaiman

Alhamdulillah telah berlangsung Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah yang disampaikan oleh Ummi Pengetua, Puan Marhaini binti Sulaiman. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat penting berkaitan kepentingan menjaga keselamatan diri, rakan serta persekitaran sekolah dalam kalangan murid.

Selain itu, program ini turut memberi kesedaran kepada murid agar menjauhi sikap salah laku buli serta sentiasa mematuhi peraturan sekolah demi mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat, harmoni dan sejahtera.



SELAMAT HARI GURU 2026โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€Seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang mengucapkan Selam...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026
โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

Seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan hebat yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu dengan penuh keikhlasan demi membina generasi masa depan negara.

Tema Hari Guru 2026, โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€ melambangkan peranan besar para pendidik sebagai tunjang utama dalam melahirkan insan berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan buat anak-anak didik.



Address

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, Jalan Paya Besar
Kuala Berang
21700

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 16:30
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 15:30
Sunday 07:00 - 16:30

Telephone

+6096812332

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sm Imtiaz YT Kuala Berang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sm Imtiaz YT Kuala Berang:

Shortcuts

Share

Category