Madrasatul Quran Sahabat

Madrasatul Quran Sahabat (HR. Bukhori).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

خيركم من تعلم القرآن وعلمه

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya”.

KORBAN MQS 2026BERSAMA-SAMA MERIAHKAN KORBAN MQS DI HARIRAYA PERTAMAInsyaallah 4 ekor Lembu1 ekor Lembu RM600/bhgn - HAB...
05/05/2026

KORBAN MQS 2026
BERSAMA-SAMA MERIAHKAN KORBAN MQS DI HARIRAYA PERTAMA
Insyaallah 4 ekor Lembu
1 ekor Lembu RM600/bhgn - HABIS
3 ekor Lembu RM700/bhgn
Lembu 1 - HABIS
Lembu 2 - Masih berbaki 2 bhgn
Lembu 3 - Masih berbaki 7 bhgn
Berminat Sila hubungi
Tn Hj Mohd Mahdi 011 - 2367 8522
Ust Ilyas Mahdi 010-764 9594
En Mazlan Mamat 019 - 967 2784

Beberapa keping gambar yang merakam cebisan kenangan pelajar sempena raya yang telah berlalu.Jemputan raya di restoran s...
25/04/2026

Beberapa keping gambar yang merakam cebisan kenangan pelajar sempena raya yang telah berlalu.

Jemputan raya di restoran safar kuala berang pada 2 minggu lepas.

Semoga Allah luaskan rezeki orang yang menjemput.

Alhamdulillah. Pada 22 April 2026, pelajar madrasah berpeluang menimba ilmu berkaitan Ilmu Falak khususnya berkenaan wak...
23/04/2026

Alhamdulillah.

Pada 22 April 2026, pelajar madrasah berpeluang menimba ilmu berkaitan Ilmu Falak khususnya berkenaan waktu solat.

Pengisan program disampaikan oleh pakar ilmu Falak Negeri Terengganu Al-Fadhil Ustaz Embok Muhammad bin Md Buang.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Agama Hulu Terengganu yang membuka peluang pengajian ilmu kepada pelajar-pelajar.

19/04/2026
Alhamdulillah dapat kunjungan dari murabbi2 dari madrasatul quran kubang bujuk. Semoga kedatangan mereka menjadi asbab h...
19/04/2026

Alhamdulillah dapat kunjungan dari murabbi2 dari madrasatul quran kubang bujuk.

Semoga kedatangan mereka menjadi asbab hidayat dan keberkatan buat madrasah ini.

21/03/2026

Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami warga Madrasatul Quran Sahabat

20/03/2026

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Semoga madrasah Ramadan mendidik jiwa kita menjadi insan bertaqwa & Syawal ini membawa sinar kebahagiaan untuk semua.

16/03/2026

Makluman

Dukacita dimaklumkan bahawa Al Fadhil Ustaz Hj A Latiff telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini, Isnin 16 Mac 2026 bersamaan 26 Ramadan 1447H. Semoga Allah menerima beliau dan segala pengorbanan beliau untuk agama.

Alhamdulillah, pagi ini pihak madrasah telah membawa para pelajar untuk mengikuti aktiviti lawatan sambil belajar ke Zoo...
12/03/2026

Alhamdulillah, pagi ini pihak madrasah telah membawa para pelajar untuk mengikuti aktiviti lawatan sambil belajar ke Zoo Rimba Razia yang terletak di Kampung Dusun.

Lawatan ini bukan sekadar berjalan-jalan, tetapi memberi peluang kepada para pelajar melihat sendiri pelbagai jenis haiwan ciptaan Allah SWT serta menambah ilmu pengetahuan tentang alam semula jadi. Di samping itu, ia juga menjadi ruang untuk para pelajar merapatkan ukhuwah dan menikmati suasana pembelajaran di luar kelas.

Semoga pengalaman ini memberi kenangan yang indah serta menambah rasa syukur atas kebesaran ciptaan Allah SWT.

23/02/2026
29/01/2026

Address

Lot 1874 Jalan Padang Ipoh
Kuala Berang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasatul Quran Sahabat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasatul Quran Sahabat:

Shortcuts

Share

Category