24/08/2026
🌙 CERAMAH MAULIDUR RASUL 🌙
Alhamdulillah, program Ceramah Maulidur Rasul telah berjaya dilaksanakan pada 24 Ogos 2026 (Isnin) bertempat di SMIDI Hulu Terengganu.
Program ini telah disampaikan oleh Ustazah Che Engku Khairunnisa binti Che Engku Rozali dengan perkongsian yang penuh penghayatan dan menyentuh hati berkaitan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ serta usaha meneladani akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
Semoga program ini dapat menyemai dan menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ, serta menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah dan akhlak terpuji dalam kalangan warga sekolah.
Terima kasih kepada Panitia Usuluddin SMIDI Hulu Terengganu serta semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini.
ﷺ