20/07/2024
Hari ini diadakan Majlis Pra Konvokesyen Politeknik Hulu Terengganu bersama Persatuan Alumni Pelajar Politeknik Hulu Terengganu - PAPHT sempena Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Terengganu Tahun 2024 yang akan berlangsung pada hari esok di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam , Kuala Terengganu.
Majlis makan tengahari ini diadakan di Dewan Ghurfah Safa, B'beteng , Taman Tamadun Islam selepas pelajar usai pengambilan jubah pada sesi pagi. Majlis ini bertujuan adalah untuk beramah mesra dengan pengenalan alumni kepada Graduan Politeknik Hulu Terengganu.