SK KOTA

Call Directions Website Contact the school

SK KOTA Official Page SK Kota, Rembau Usaha Maju Jaya

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-63 ikhlas dari warga SEKATA !
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-63 ikhlas dari warga SEKATA !

Jumaat (11/9/2026). Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam & B...
14/09/2026

Jumaat (11/9/2026).

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab telah berlangsung dengan jayanya.

Suasana dewan dihidupkan dengan alunan selawat dan pelbagai pengisian menarik daripada warga sekolah:

📖 Bacaan Tilawah Al-Quran – Wakil pelajar
🎵 Persembahan Nasyid – Kumpulan Shoutuz Zahab
📜 Alunan Qasidah – Kumpulan Zahab
💡 Perkongsian Ceramah – Ustazah Salziah, Muallim Suhaidi & Ustazah Aida

Semoga penghayatan ini mendidik kita untuk terus meneladani akhlak junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

29/08/2026
ROAR! KEMBARA DUNIA DINOSAUR DI SK KOTA🦕Adakah anda bersedia untuk kembali ke zaman prasejarah? Program Planetarium Berg...
28/08/2026

ROAR! KEMBARA DUNIA DINOSAUR DI SK KOTA🦕

Adakah anda bersedia untuk kembali ke zaman prasejarah? Program Planetarium Bergerak: Dunia Dinosaur bakal menemui warga SK Kota tidak lama lagi!

Jom saksikan kelainan pengalaman pembelajaran secara maya dan interaktif yang pasti memukau, mendidik, dan memberi inspirasi kepada anak-anak kita.

Butiran Program:
📅 Tarikh: 21 September
📍Lokasi: SK Kota
🎟️ Penyertaan: Terbuka kepada semua murid SK Kota

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meneroka rahsia alam prasejarah dan keajaiban sains secara dekat! Ayuh warga Sekolah Kebangsaan Kota, kita meriahkan program ini bersama-sama! 🚀✨

Suara Gemilang: Pentas Patriotik Berjaya Diberkati Bakat Pelajar!🇲🇾🎤Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta ya...
27/08/2026

Suara Gemilang: Pentas Patriotik Berjaya Diberkati Bakat Pelajar!🇲🇾🎤

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai Pertandingan Nyanyian Solo Terbuka Lagu Patriotik yang telah berlangsung dengan cukup meriah!

Setiap alunan suara dan persembahan yang disampaikan baik daripada murid Tahap 1 mahupun Tahap 2 penuh dengan semangat cintakan negara.

Kejujuran serta keberanian anak-anak kita mendendangkan lagu-lagu patriotik di atas pentas benar-benar membanggakan!

Terima kasih diucapkan kepada para juri, guru-guru, dan warga sekolah yang hadir memberikan sokongan padu kepada para peserta Tahap 1 dan Tahap 2 dari awal hingga ke penghujung acara.

Semoga semangat patriotisme dan keberanian ini terus bersemarak dalam diri anak-anak sekalian! 🌟

🚫 PROGRAM ANTIBULI SK KOTA – ZERO BULI 🚫📅 20 Ogos 2026 | Khamis📍 Dewan Terbuka, SK Kota✨ TEMA: SAFE🛡️ “SEKOLAH PENYAYANG...
20/08/2026

🚫 PROGRAM ANTIBULI SK KOTA – ZERO BULI 🚫

📅 20 Ogos 2026 | Khamis
📍 Dewan Terbuka, SK Kota

✨ TEMA: SAFE
🛡️ “SEKOLAH PENYAYANG, MURID TERLINDUNG, KESEJAHTERAAN DIPERKASA”

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung Program Antibuli SK Kota – Zero Buli sebagai satu usaha berterusan dalam membudayakan persekitaran sekolah yang selamat, penyayang dan bebas daripada buli. 💙

Program dimulakan dengan Perhimpunan Rasmi dan Majlis Pelancaran Program SAFE, yang membawa mesej bahawa setiap murid berhak untuk belajar dalam suasana yang selamat, dihargai, dihormati dan dilindungi.

Antara pengisian program termasuk:

🎨 Aktiviti Kesedaran Antibuli Mengikut Tahap
🖌️ Tahap 1: Ekspresi Seni Antibuli
💻 Tahap 2: Bengkel Kreatif SAFE, Poster dan Nudges Antibuli menggunakan Komputer Riba
🎤 Ceramah berkaitan sekolah bebas buli oleh Tuan Nazmi B Md Zain
🤝 Rumusan dan Komitmen SAFE
🛡️ Penyerahan Button Badge kepada Ikon Antibuli

🌟 Hasil LDK Antibuli Tahap 2 turut berjaya dihasilkan melalui kreativiti dan kerjasama murid dalam menyampaikan mesej kesedaran tentang bahaya buli.

📂 Jom lihat hasil LDK murid Tahap 2 di sini:

https://drive.google.com/drive/folders/1BV8QBbh4L4Hly_Qa54fQ31a5CfV7AXDe

Program ini turut menekankan nilai SAYANG, AMANAH, FAHAM dan EMPATI dalam membentuk warga sekolah yang prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan bersama.

💙 Buli bukan gurauan. Buli bukan budaya. Buli mesti dihentikan.

Ayuh bersama-sama kita membina sekolah penyayang, murid terlindung dan kesejahteraan diperkasa.

🌈 BERSAMA KITA CIPTA SEKOLAH SELAMAT, BAHAGIA DAN BEBAS BULI!






🇲🇾 SEKITAR PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM & PERASMIAAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SK KOTA 2026 🇲🇾Alhamdulillah, tela...
17/08/2026

🇲🇾 SEKITAR PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM & PERASMIAAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SK KOTA 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform dan Perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan SK Kota 2026 pada pagi tadi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panitia Sejarah serta Unit Pengakap SK Kota atas jalinan kerjasama dan pengendalian majlis yang sangat lancar dan meriah.

Syabas juga buat seluruh warga sekolah yang hadir segak berpakaian seragam!

LAWATAN PENANDA ARAS DAN AMALAN PERKONGSIAN TERBAIK KE SK KG BARU SRI RUSA, PORT DICKSONSatu lawatan penanda aras telah ...
08/08/2026

LAWATAN PENANDA ARAS DAN AMALAN PERKONGSIAN TERBAIK KE SK KG BARU SRI RUSA, PORT DICKSON

Satu lawatan penanda aras telah dilaksanakan oleh SK Kota di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Sri Rusa, Port Dickson.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat bilik-bilik khas yang menarik serta ditambah baik oleh kudrat guru² di sekolah ini dengan usaha dapat meningkatkan keseronokan semasa mengajar dan menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.

Antara tempat² yang menarik iaitu bengkel RBT, Perpustakaan, Galeri STEM, Sudut Kebajikan, Galeri Sejarah, Bilik Esport, Bilik Kaunseling dan macam² lagi.

Dengan lawatan dan kerjasama yang dijalankan ini diharapkan agar dapat memberi idea dan ilmu baharu buat tenaga kerja SEKATA dalam mempelbagaikan bilik² khas yang ada di sekolah kita

Sekian, terima kasih !

02/08/2026

Address

Sekolah Kebangsaan Kota
Kota
71350

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6064381206

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK KOTA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK KOTA:

Shortcuts

Share

Category