12/09/2026
12 September 2026
🐾 ZOO JOHOR SCOUTS EXPLORACE 2026 | PKK KUMPULAN 27 🏕️🌿⚜️
Alhamdulillah, kali ini PKK Kumpulan 27 tampil menyertai Scouts Explorace 2026 dengan penyertaan seramai 12 orang Pengakap Kanak-kanak (PKK) bersama 3 orang guru pengiring.
Program kali ini bukan sekadar meneroka dan menyelesaikan cabaran, tetapi turut menjadi ruang untuk anak-anak belajar, mencuba, bekerjasama, berdikari dan mencipta pengalaman baharu. 💪🏻🌿
🐾 Mendidik Jiwa Penyayang, Mengasihi Haiwan
Dalam Undang-Undang Pengakap yang mengandungi 10 perkara, perkara yang ke-6 ialah “Kasihkan binatang.” 🐘🦒🐯
Melalui program ini, peserta dilatih untuk memupuk sifat kasih dan prihatin terhadap haiwan yang merupakan antara elemen penting dalam kehidupan di bumi. Anak-anak dapat melihat, mengenali dan memahami bahawa setiap haiwan mempunyai peranan tersendiri dalam ekosistem dan perlu dihargai serta dilindungi. 🌳❤️
Terima kasih kepada semua parents yang sentiasa memberikan sokongan. 🥰❤️
Teroka Zoo, Cipta Memori, Jadi Pengembara Sejati! 🦁🌿