SA TAMAN KOTA JAYA

SA TAMAN KOTA JAYA Sekolah Agama Taman Kota Jaya

*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU JOM BACA *Lafaz Talbiah Adalah Pengistiharan Ketundukan*عَنْ سَهْل...
07/05/2026

*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU JOM BACA

*Lafaz Talbiah Adalah Pengistiharan Ketundukan*

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ مَا مِنْ مُلَبٍّ يُلَبِّي إِلاَّ لَبَّى مَا عَنْ يَمِينِهِ وَشِمَالِهِ مِنْ حَجَرٍ أَوْ شَجَرٍ أَوْ مَدَرٍ حَتَّى تَنْقَطِعَ الأَرْضُ مِنْ هَا هُنَا وَهَا هُنَا

Daripada Sahl bin Sa’di as-Saa’idi RA daripada Rasulullah SAW baginda bersabda: "Tidak ada seorang yang bertalbiah (dengan Ikhlas - mengucapkan ‘Labbayk Allahumma labbayk’) melainkan semua yang berada di sebelah kanan dan kirinya - daripada batu, pokok atau tanah liat, akan turut bertalbiah bersamanya, hingga bumi ini terputus dari arah sana dan sini (yakni sejauh pandangan atau ke seluruh penjuru)." (Sunan Ibn Majah No: 2921) Status Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Ucapan talbiah "لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ" bermaksud: “Aku sahut panggilan-Mu ya Allah, aku sahut seruan-Mu.” Adalah lafaz yang sunat diucapkan untuk mereka yang sedang mengerjakan ibadah umrah dan haji. Lafaz talbiah ini adalah tanda pengistiharan ketundukan seorang hamba.

2. Lafaz talbiah menandakan kesediaan mutlak seorang hamba menyambut panggilan Allah, dan alam yang terdiri daripada batu, pokok serta tanah turut menyambut seruan menyokong serta mengiringi pengabdian tersebut.

3. Mengikut ulama, makhluk alam seperti batu, pokok juga tanah menyambut seruan adalah ungkapan kiasan yang menggambarkan keberkatan dan besarnya kesan zikir tersebut, sehingga seluruh alam seperti bersama bertalbiah.

4. Sebahagian ulama menyebut bahawa hadis ini juga menunjukkan kemuliaan orang yang bertalbiah dengan hati yang bersih, kerana alam turut mendoakan dan menyertai mereka, seolah-olah ia adalah tanda talbiah itu diterima di sisi Allah.

5. Bagi mereka yang menunaikan ibadat haji atau umrah, lafazkan talbiah dengan sepenuh hati serta penuh kekhusyukan. Ketahuilah bahawa anda sedang berinteraksi dengan seluruh ciptaan Allah.

6. Besarnya ganjaran Talbiah dimana setiap kali Jemaah umrah dan haji menyebut talbiah dengan ikhlas, dia sebenarnya disertai oleh seluruh alam, membesarkan Allah bersama-sama. Ia memberi motivasi kepada jemaah haji dan umrah untuk memperbanyakkan talbiah dengan penuh keikhlasan dan penghayatan.

7. Dengan menghayati talbiah, seorang Muslim akan merasai kedekatan dengan Allah serta kesatuan dengan seluruh ciptaan-Nya dalam ketaatan.

8. Hadis ini menggambarkan keindahan dan keagungan ibadah dalam Islam, khususnya talbiyah dalam haji dan umrah. Ia menunjukkan bahawa apabila seorang hamba menyahut panggilan Allah dengan ikhlas, seluruh alam seakan-akan turut serta bersamanya dalam ketaatan tersebut.







19hb Zulkaedah1447H
07hb Mei 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

PUASA RAMADHAN DISEKALIKAN DENGAN PUASA NAZARSOALAN :Jika kita ada bernazar menunaikan puasa adakah sah disekalikan puas...
05/03/2026

PUASA RAMADHAN DISEKALIKAN DENGAN PUASA NAZAR

SOALAN :

Jika kita ada bernazar menunaikan puasa adakah sah disekalikan puasa nazar tersebut dengan puasa Ramadhan?

JAWAPAN :

Tidak sah berniat dua puasa wajib pada hari yang satu seperti seorang itu berniat puasa Ramadhan dan puasa nazar.

Jika ada diniatkan seperti itu maka yang terjadi hanyalah puasa Ramadhan sahaja tidak terjadi puasa nazar.

Maka wajib dia menunggu selepas Ramadhan untuk menunaikan puasa nazarnya itu.

Berkata M***i Mesir Dr Syauqi Ibrahim ‘Allam :

لا يجوز للصائمِ في رمضان أَنْ يجمع مع نيةِ صوم رمضان نيةَ صوم واجب آخر، كالكفارة والنذر، فإنْ فَعَل وجَمَعَ بين النيتين في صوم رمضان: فيقع صومه عن رمضان فقط؛ لأنَّ زمان رمضان مُتعينٌ لصوم رمضان، ولا يَسَعُ صِيَامَ غيرِهِ

Artinya : “Tidak harus bagi yang puasa pada Ramadhan bahawa dia himpun bersama niat puasa Ramadhan akan niat puasa wajib yang lain seperti puasa kafarah dan nazar. Maka jika dia lakukannya dan dia himpunkan dua niat pada puasa Ramadhan nescaya jadi puasa Ramadhan sahaja kerana waktu Ramadhan tertentu bagi puasa Ramadhan sahaja tidak masuk akan puasa yang lainnya.” (Majlis Fatwa Negeri Mesir)

Kesimpulannya tidak harus himpunkan puasa nazar ke dalam puasa Ramadhan dan kalau dia lakukan juga nescaya yang jadi hanyalah puasa Ramadhan sahaja manakala puasa nazar wajib ditunaikan selepas Ramadhan.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

03/02/2026

Puasa Selepas 15 Syaaban

KUCING JIRAN ROSAKKAN TEMPAT DUDUK MOTOSIKALSOALAN :Kucing jiran saya selalu datang ke rumah saya dan mencakar tempat du...
27/01/2026

KUCING JIRAN ROSAKKAN TEMPAT DUDUK MOTOSIKAL

SOALAN :

Kucing jiran saya selalu datang ke rumah saya dan mencakar tempat duduk motosikal saya sampai koyak.

Adakah boleh saya minta bayaran ganti rugi dari pemilik kucing tersebut?

JAWAPAN :

Berkata Imam Nawawi :

وَلَوْ كَانَتْ لَهُ هِرَّةٌ مُفْسِدَةٌ تَأْخُذُ الطُّيُورَ وَتَفْتَحُ الْقُدُورَ أَوْ كَلْبٌ عَقُورٌ أَوْ دَابَّةٌ مَعْرُوفَةٌ بِالتَّعَدِّي يَجِبُ عَلَى صَاحِبِهَا رَبْطُهَا لَيْلًا كَانَ أَوْ نَهَارًا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ فَمَا أَتْلَفَتْ يَجِبُ عَلَيْهِ ضَمَانُهُ لِأَنَّهُ مُفَرِّطٌ بِتَرْكِ حِفْظِهَا

Artinya : “Dan kalau seorang itu mempunyai kucing yang melakukan kerosakan seperti menangkap burung-burung dan membuka bekas makanan atau anjing yang menggigit atau haiwan yang s**a menceroboh maka wajib atas pemiliknya mengikatnya pada waktu malam atau siang. Maka jika dia tidak berbuat seperti itu maka apa sahaja yang dirosakkan oleh haiwannya itu nescaya wajib atas pemiliknya bayar ganti ruginya kerana dia cuai sebab tidak menjaga haiwannya itu.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

Kesimpulannya tuan kucing yang merupakan jirannya itu wajib bayar ganti rugi kerosakan tempat duduk motosikalnya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

اللؤلؤ والمرجانفيما اتفق عليه الشيخانTerjemahan & Ringkasan Kitab Hadith Lu’Lu’ Dan MarjanDisertakan Sedikit Keteranganم...
25/01/2026

اللؤلؤ والمرجان
فيما اتفق عليه الشيخان

Terjemahan & Ringkasan Kitab Hadith Lu’Lu’ Dan Marjan
Disertakan Sedikit Keterangan

ما يقال بين تكبيرة الإحرام والقراءة
BARANG YANG DIBACA ANTARA TAKBIRATULIHRAM DAN MEMBCA QURAN

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata :

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْكُتُ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَبَيْنَ الْقِرَاءَةِ إِسْكَاتَةَ هُنَيَّةً، فَقُلْتُ: بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللهِ إِسْكَاتُكَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ مَا تَقُولُ قَالَ: أَقُولُ: اللهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ؛ اللهُمَّ نقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَلْجِ وَالْبَرَدِ

Artinya : “Adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam diam antara takbir dan antara membaca akan sebagai diam yang tidak lama. Maka aku berkata : Demi bapaku dan demi ibuku wahai Rasulullah diam engkau antara takbir dan bacaan apa yang engkau baca? Sabdanya : Aku membaca : Ya Allah jauhkan antaraku dan antara segala kesalahanku sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah bersihkanlah aku daripada segala kesalahan sepertimana dibersihkan akan pakaian yang putih daripada kotoran. Ya Allah basuhlah segala salahku dengan air dan salji dan ais.”

KETERANGAN

Hadith ini datang pada menerangkan bacaan yang dibaca olih Nabi sollallahu alaihi wasallam selepas takbiratulihram dan sebelum membaca iftihah dan surah.

IFTITAH SOLAT

Hadith Abu Hurairah ini menjadi dalil atas bahawa disunatkan membaca doa iftitah di dalam solat dan ialah yang dibaca olih Nabi sollallahu alaihi wasallam ketika diam sekejap selepas takbir.

Berkata Imam As-Son’ani :

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا كَبَّرَ فِي الصَّلَاةِ] أَيْ تَكْبِيرَةَ الْإِحْرَامِ [سَكَتَ هُنَيَّةً] بِضَمِّ الْهَاءِ: أَيْ سَاعَةً لَطِيفَةً [قَبْلَ أَنْ يَقْرَأَ فَسَأَلْتُهُ] أَيْ عَنْ سُكُوتِهِ مَا يَقُولُ فِيهِ. [فَقَالَ: أَقُولُ اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ] الْمُبَاعِدَةُ: الْمُرَادُ بِهَا مَحْوُ مَا حَصَلَ مِنْهَا، أَوْ الْعِصْمَةُ عَمَّا يَأْتِي مِنْهَا [كَمَا بَاعَدْت بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ] فَكَمَا لَا يَجْتَمِعُ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ لَا يَجْتَمِعُ هُوَ وَخَطَايَاهُ اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنْ الدَّنَسِ بِفَتْحِ الدَّالِ الْمُهْمَلَةِ وَالنُّونِ فَسِينٌ مُهْمَلَةٌ؛ فِي الْقَامُوسِ أَنَّهُ الْوَسَخُ، وَالْمُرَادُ أَزِلْ عَنِّي الْخَطَايَا بِهَذِهِ الْإِزَالَةِ اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ بِالتَّحْرِيكِ، جَمْعُ بَرَدَةٍ قَالَ الْخَطَّابِيُّ: ذِكْرُ الثَّلْجِ وَالْبَرَدِ تَأْكِيدٌ، أَوْ لِأَنَّهُمَا مَاءَانِ لَمْ تَسْتَعْمِلْهُمَا الْأَيْدِي؛ وَقَالَ ابْنُ دَقِيقِ الْعِيدِ: عَبَّرَ بِذَلِكَ عَنْ غَايَةِ الْمَحْوِ، فَإِنَّ الثَّوْبَ الَّذِي تَكَرَّرَ عَلَيْهِ ثَلَاثَةُ أَشْيَاءَ مُنَقِّيَةٌ يَكُونُ فِي غَايَةِ النَّقَاءِ، وَفِيهِ أَقْوَالٌ أُخَرُ

Artinya : “[Daripada Abu Hurairah r.a. beliau telah berkata : Adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam apabila telah takbir di dalam solat] artinya takbiratulihram [telah diam sekejap] هُنَيَّةً dengan dhammah ha’ artinya saat yang sekejap [sebelum baginda membaca lalu aku menyoalnya] artinya daripada diamnya itu apa yang dia baca padanya. [Maka sabdanya : Aku membaca : Ya Allah jauhkan daripadaku dan daripada segala kesalahanku]. Dikehendaki dengan saling menjauh itu ialah dihapuskan barang yang hasil daripadanya atau pemeliharaan dari perkara yang akan datang daripadanya [sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat] maka sebagaimana tidak berhimpun timur dan barat maka tidak akan berhimpun dirinya dan segala kesalahannya. Dan bersihkan aku dari segala kesalahanku sepertimana dibersihkan pakaian yang putih dari kotoran dengan الدَّنَسِ fathah dal yang tidak berbaris dan nun kemudian sin yang tidak berbaris. Di dalam kitab kamus artinya ialah daki atau kotoran. Dan yang dikehendaki dengannya ialah hilangkanlah daripada aku akan segala kesalahanku dengan cara menghilangkan terus. Ya Allah basuhlah diriku dari segala kesalahanku dengan air dan salji dan ais dengan dibasuhkan. Berkata Al-Khattabi : Sebut salji dan ais sebagai penguat kata atau kerana keduanya ialah air yang tidak memakainya olih segala tangan. Dan telah berkata Ibnu Daqiq Al-‘Ied : Membuat ibarat dengan yang demikian itu dari sehingga-hingga hapus kerana sungguhnya pakaian yang berulang-ulang atasnya olih tiga perkara yang membersihkan maka jadilah ia pada sehabis-habis bersih. Dan padanya ada beberapa pandangan yang lain.” (Kitab Subul As-Salam)

Dan selain bacaan iftitah riwayat Abu Hurairah ini ada beberapa bacaan yang lain yang dibaca olih Nabi sollallahu alaihi wasallam.

Setengahnya hadith yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Tolib r.a. :

عن رسول الله صلى الله عليه وسلم : أنه كان أذا قام إلى الصلاة قال : وَجَّهْتُ وَجْهِي لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنُ الْمُشْرِكِينَ {إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا من المسلمين

Artinya : “Daripada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam adalah baginda ketika berdiri kepada solat membaca : Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menjadikan segala langit dan bumi dalam keadaan patuh dan bukanlah aku dari kalangan orang-orang yang syirik. Sungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanya bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan demikian itulah aku diperintahkan dan aku dari kalangan orang-orang Islam.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan diriwayatkan daripada Aisyah r.a. beliau berkata :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا اسْتَفْتَحَ الصَّلَاةَ قَالَ : سُبْحَانَك اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِك، وَتَبَارَكَ اسْمُك، وَتَعَالَى جَدُّك، وَلَا إلَهَ غَيْرُك

Artinya : “Adalah Nabi sollallahu alaihi wasallam apabila memulakan akan solat membaca : Mahasuci Engkau ya Allah dengan kepujian-Mu dan maha berkat nama-Mu dan maha tinggi keagungan-Mu dan tiada tuhan selain-Mu.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Dan hadith ini juga menjadi dalil disunatkan baca doa iftitah dengan bacaan yang perlahan sehingga menyangka olih manusia bahawasanya Nabi sollallahu alaihi wasallam diam ketika itu.

Berkata As-Son’ani :

وَفِي الْحَدِيثِ دَلِيلٌ عَلَى أَنَّهُ يَقُولُ هَذَا الذِّكْرَ بَيْنَ التَّكْبِيرَةِ وَالْقِرَاءَةِ سِرًّا، وَأَنَّهُ يُخَيَّرُ الْعَبْدُ بَيْنَ هَذَا الدُّعَاءِ وَالدُّعَاءِ الَّذِي فِي حَدِيثِ عَلِيٍّ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَوْ يَجْمَعُ بَيْنَهُمَا

Artinya : “Dan pada hadith ini jadi dalil atas bahawa sungguhnya membaca olihnya akan ini bacaan antara takbir dan membaca Quran secara perlahan dan sungguhnya diberi pilih akan seseorang antara membaca doa ini dan doa yang pada hadith Ali r.a. atau menghimpunkan antara keduanya.” (Kitab Subul As-Salam)

HUKUM BACA IFTITAH

Bermula hukum membaca doa iftitiah dipermulaan solat itu ialah sunat bukan wajib.

Dan tempat disunatkan membaca doa iftitiah itu ialah selepas takbiratulihram dan sebelum mulai membaca isti’azah kerana membaca fatihah.

Berkata Dr Mustafa Al-Bugha :

تستحب قراءة التوجه في افتتاح المفروضة والنافلة، للمنفرد وللإمام والمأموم، بشرط أن لا يبدأ بقراءة الفاتحة بعد، فإن بدأ بها- وقد علمت أن البسملة جزء منها- أو بالتعوذ، فاتت سنية قراءة التوجه، فلا ينبغي أن يعود إليه ولو كان ناسياً.

Artinya : “Disunatkan membaca doa tawajjuh yaitu doa iftitah itu pada pembukaan solat fardu dan solat sunat bagi orang yang solat sendirian dan bagi imam dan bagi makmum. Disyaratkan bahawa belum dimulai membaca surah Al-Fatihah maka jika telah mula membaca fatihah samada dengan membaca bismillah atau ta’awwuz maka luputlah sunat membaca iftitah. Maka tiada patut lagi kembali membaca iftitah walaupun adalah kerana lupa.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Berkata Imam Nawawi :

فَيُسْتَحَبُّ لِكُلِّ مُصَلٍّ مِنْ إمَامٍ وَمَأْمُومٍ وَمُنْفَرِدٍ وَامْرَأَةٍ وَصَبِيٍّ وَمُسَافِرٍ وَمُفْتَرِضٍ وَمُتَنَفِّلٍ وَقَاعِدٍ وَمُضْطَجِعٍ وَغَيْرِهِمْ أَنْ يَأْتِيَ بِدُعَاءِ الِاسْتِفْتَاحِ عَقِبَ تَكْبِيرَةِ الْإِحْرَامِ فَلَوْ تَرَكَهُ سَهْوًا أَوْ عَمْدًا حَتَّى شَرَعَ فِي التَّعَوُّذِ لَمْ يَعُدْ إلَيْهِ لِفَوَاتِ مَحَلِّهِ وَلَا يَتَدَارَكُهُ فِي بَاقِي الرَّكَعَاتِ لِمَا ذَكَرْنَاهُ

Artinya : “Maka disunatkan bagi sekelian orang yang solat yaitu imam dan makmum dan yang solat sendirian dan perempuan dan kanak-kanak dan musafir dan yang solat fardu dan yang solat sunat dan yang solat duduk dan yang berbaring dan lain dari mereka itu bahawa membaca akan doa iftitah selepas selesai takbiratulihram. Maka jika seorang itu meningggalkan membacanya samada dengan sebab terlupa atau sengaja sehingga dia telah mula membaca ta’awwuz yaitu أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ maka dia tidak perlu kembali membaca iftitah kerana sudah terluput tempatnya dan tidak disuruh dia bacanya pada segala rakaat yang baki kerana barang yang telah kami sebutnya.” (Kitab Al-Majmu’)

Akan tetapi jika seorang yang tertinggal membaca iftitah kemudian daripada dia telah mula membaca bismillah misalnya lalu dia kembali semula membaca iftitah maka solatnya itu tidak batal hanya dia telah berbuat perkara yang tidak disuruh.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

ويستحب التوجه عند الشافعية في افتتاح الفريضة والنافلة، للمنفرد والإمام والمأموم، حتى وإن شرع إمامه في الفاتحة أو أمَّن هو لتأمين إمامه قبل شروعه فيه، ولكن لايبدأ به إذا بدأ هو بالفاتحة أو بالتعوذ، فإنهم قالوا: لايستحب إلا بشروط خمسة:
أولاً - أن يكون في غير صلاة الجنازة، فليس فيها توجه، وإنما يسن فيها التعوذ.
ثانياً - ألا يخاف فوت وقت الأداء: وهو مايسع ركعة، فلو لم يبق من الوقت إلا مايسع ركعة لم يسن التوجه.
ثالثاً - ألا يخاف المأموم فوت بعض الفاتحة، فإن خاف ذلك لم يسن، وإن بدأ به قرأ بقدره من الفاتحة.
رابعاً - ألا يدرك الإمام في غير القيام، فلو أدركه في الاعتدال مثلاً لم يسن. وإن أدركه في التشهد، وسلَّم الإمام أو قام قبل أن يجلس معه، سن له الافتتاح به.
خامساً- ألا يشرع في التعوذ أو القراءة ولو سهواً، فإن شرع لم يعد له

Artinya : “Dan disunatkan membaca iftitah di sisi ulamak mazhab Syafie pada permulaan solat fardu dan sunat dan bagi yang solat sendirian dan imam dan makmum sekalipun jika imam telah mula membaca fatihah atau dia telah membaca amin akan imamnya sebelum dia mula padanya akan tetapi tidak dibaca akan iftitah jika dia telah mula membaca fatihah atau dengan ta’awwuz. Maka sungguhnya mereka berkata tidak disunatkan melainkan dengan syarat yang lima :

Pertama : Bahawa bukanlah pada solat jenazah maka dalam solat jenazah tidak sunat baca iftitah hanya disunatkan membaca ta’awwuz dan ada keterangannya pada akhir bab nanti.

Kedua : Tidak dibimbangi luput waktu yang tunai yaitu yang muat serakaat maka jikalau tidak tinggal dari waktu melainkan barang yang muat serakaat nescaya tidak disunatkan baca iftitah.

Ketiga : Makmum tidak khuatir luput sebahagian fatihah. Maka jika makmum khuatir yang demikian itu nescaya tidak disunatkan atasnya baca iftitah dan jika dia membacanya maka dia kena ganti kadar iftitah itu untuk baca fatihah.

Keempat : Bahawa tiada dia dapat imam pada selain qiam. Maka jika makmum mendapatkan imam pada iktidal misalnya nescaya tidak sunat dia baca iftitah. Dan jika makmum dapatkan imam dalam tasyahhud dan salam olih imam atau dia berdiri sebelum makmum duduk bersamanya disunatkan bagi makmum baca iftitah.

Kelima : Seorang itu belum mula membaca ta’awwuz atau bacaan walaupun dengan sebab terlupa. Maka jika seorang itu telah membaca ta’awwuz atau bacaan nescaya tidak dituntut dia kembali kepada baca iftitah.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

LAFAZ IFTITAH YANG AFDHAL

Bermula lafaz doa iftitah yang afdhal dan masyhur di sisi mazhab Syafie lafaznya ialah :

وَجَّهْت وَجْهِي لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مسلماً وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ إنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْت وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ

Artinya : “Aku hadapkan akan wajahku bagi Tuhan yang telah mencipta tujuh lapis langit dan bumi hal keadaannya suci dan menyerah dan bukanlah aku dari kalangan orang-orang yang syirik. Sungguhnya solatku dan sekelian ibadahku dan hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan demikian itulah aku diperintahkan dan aku adalah dari kalangan orang-orang Islam.”

Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri :

الشافعية قالوا: دعاء الافتتاح هو أن يقول المصلي بعد تكبيرة الإحرام: {وجهت وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً، وما أنا من المشركين، إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين؛ لا شريك له، وبذلك أمرت، وأنا من المسلمين}

Artinya : “Ulamak-ulamak mazhab Syafie berkata mereka itu : Doa iftitah ialah berkata olih orang yang sembahyang selepas takbiratulihram : وجهت وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً، وما أنا من المشركين، إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين؛ لا شريك له، وبذلك أمرت، وأنا من المسلمين.” (Kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah)

PENGERTIAN KALIMAH DOA IFTITAH

Berkata Syeikh Ar-Rahmani Al-Mubarakfuri pada Kitab Syarah Misykah Al-Masobih :

(وجهت وجهي) توجهت بالعبادة بمعنى أخلصت عبادتي لله، وقيل: صرفت وجهي وعملي ونيتي، أو أخلصت وجهتي وقصدي

(وجهت وجهي) artinya aku berhadap dengan ibadah dengan makna aku ikhlaskan akan ibadatku bagi Allah. Dan kata setengah ulamak artinya aku palingkan akan wajahku dan amalku dan niatku atau aku ikhlaskan hadapku dan qasadku.

(للذي فطر السموات والأرض) أي ابتدأ خلقهما من غير مثال سبق

(للذي فطر السموات والأرض) artinya Tuhan yang telah memulakan ciptaan tujuh lapis langit dan bumi daripada ketiadaan contoh yang terdahulu.

(حنيفاً) حال من ضمير "وجهت" أي مائلاً إلى الدين الحق ثابتا عليه، قال الجزري: الحنيف المائل إلى الإسلام، الثابت عليه

(حنيفاً) artinya yang condong kepada agama yang benar lagi tetap atasnya. Berkata Al-Jazari : hanif itu ialah yang condong kepada Islam yang tetap atasnya.

(وما أنا من المشركين) بيان للحنيف وإيضاح لمعناه. والمشرك يطلق على كل كافر من عابد وثن وصنم، ويهودي ونصراني ومجوسي ومرتد وزنديق وغيرهم

(وما أنا من المشركين) sebagai menerangkan bagi makna hanif dengan menjelaskan maknanya. Perkataan musyrik dipakai atas setiap orang kafir yang menyembah berhala dan patung dan yahudi dan nasrani dan majusi dan orang yang murtad dan kafir zindiq dan lain dari mereka itu.

(إن صلاتي ونسكي) النسك - بضم النون والمهملة - الطاعة والعبادة وكل ما تقرب به إلى الله تعالى

(إن صلاتي ونسكي) Ibadah di sini bermaksud ketaatan dan ibadah dan sekelian amalan yang mendekatkan diri dengannya kepada Allah Taala.

(ومحياي ومماتي) أي حياتي ومماتي

(ومحياي ومماتي) artinya hidupku dan matiku.

(لله) أي هو خالقهما ومقدرهما، أو هو المالك لهما والمختص بهما لا تصرف لغيره فيهما

(لله) artinya Dialah yang menjadikan akan hidup dan mati dan kadar bagi keduanya atau Dia yang memiliki akan keduanya dan tertentu dengan keduanya tiada yang selain-Nya yang memerintah pada keduanya.

(رب العالمين) بدل أو عطف بيان؛ أي مالكهم ومربيهم وهم ما سوى الله على الأصح

(رب العالمين) artinya yang memilik akan sekelian alam dan mentadbirnya dan adalah alam itu artinya sekelian yang selain Allah atas pendapat yang paling sahih.

(لا شريك له) هو تأكيد لقوله: "رب العالمين" المفهوم منه الاختصاص

(لا شريك له) Tiada sekutu bagi-Nya sebagai menguatkan makna رب العالمين.

(وبذلك) أي بالتوحيد الكامل الشامل للإخلاص قولاً واعتقاداً

(وبذلك) Dan dengan yang demikian itu artinya dengan tauhid yang sempurna yang melengkapi bagi ikhlas pada perkataan dan iktikad.

(وأنا من المسلمين)

Dan aku adalah dari kalangan orang-orang yang menyerah kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Dan harus juga ditambah dengan bacaan berikut :

اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ أَنْتَ رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا إِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لأَحْسَنِ الأَخْلاقِ لا يَهْدِينِي لأَحْسَنِهَا إِلا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ بِيَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، وَالْمَهْدِيُّ مَنْ هَدَيْتَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إِلا إِلَيْكَ تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Artinya : “Ya Allah Engkaulah kerajaan yang tiada tuhan melainkan Engkau. Mahasuci Engkau dengan kepujian-Mu Engkaulah Tuhanku dan aku hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mengaku dengan dosaku maka berilah keampunan bagiku akan segala dosaku sekeliannya. Bahawasanya tidak ada yang mengampunkan segala dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku kepada sebaik-baik akhlaq dan tiada yang menunjukiku kepada sebaik-baiknya melainkan Engkau. Dan palingkan dari aku segala keburukan akhlak yang tiada dapat memalingkan aku daripada keburukkannya melainkan Engkau. Terimalah kedatangku ini segala kebaikkan dalam kekuasaan-Mu dan bermula kejahatan itu tidak kepada-Mu dan yang dapat petunjuk ialah yang Engkau tunjuk dan aku bergantung dengan-Mu dan berserah kepada-Mu tiada tempat berlindung daripada-Mu melainkan datang kepada-Mu. Maha berkat Engkau dan maha tinggi. Aku minta ampun dengan-Mu dan aku kembali kepada-Mu.”

Dan sunat dibaca sebelum doa ifititah tersebut akan bacaan :

الله أكبر كَبِيرا وَالْحَمْد لله كثيرا وَسُبْحَان الله بكرَة وَأَصِيلا

Artinya : “Allah yang maha besar lagi tersangat besar dan pujian itu milik Allah yang sangat banyak dan maha suci Allah pada pagi dan petang.”

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. beliau berkata :

بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مِنَ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا؟ " قَالَ رَجُلٌ مَنِ الْقَوْمِ: أَنَا، يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: "عَجِبْتُ لَهَا، فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ" قَالَ ابْنُ عُمَرَ: "فَمَا تَرَكْتُهُنَّ مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَلِكَ

Artinya : “Sedang kami bersolat serta Rasulullah sollallahu alaihi wasallam tiba-tiba seorang lelaki dari satu kaum menyebut : اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا. Kemudian daripada itu Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda : Siapakah yang berkata kalimah itu tadi? Berkata lelaki itu : Saya wahai Rasulullah. Sabdanya : Ajaib sungguh bagiku pada kalimah tersebut kerana telah dibukakan baginya segala pintu langit. Berkata Ibnu Umar : Aku tidak pernah meninggalkan membaca kalimah itu sejak aku dengar akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam berkata akan yang demikian itu.” (Hadith riwayat Imam Muslim dan Tirmizi dan An-Nasaie dan lainnya)

DOA IFTITAH PADA SOLAT JENAZAH

Telah disebutkan terdahulu tidak disunatkan membaca doa iftitah pada solat jenazah kerana solat jenazah itu sunat disegerakannya.

Berkata Syeikh Nawawi Al-Bantani :

(وَسن بعد تحرم) وَقبل تعوذ (افْتِتَاح) وَذَلِكَ فِي غير صَلَاة الْجِنَازَة أما فِيهَا فَلَا يسن لبنائها على التَّخْفِيف

Artinya : “Dan disunatkan selepas takbiratulihram sebelum membaca ta’awwuz akan doa iftitah. Dan yang demikian itu ialah pada selain solat jenazah. Adapun pada solat jenazah maka tidak disunatkan iftitah kerana meringankan solat jenazah itu.”

Berkata Dr Mustafa Al-Bugha :

ولا تستحب قراءة التوجه في صلاة الجنازة، ولا في صلاة الفريضة إذا ضاق وقتها، بحيث خشي إن اشتغل بقراءة التوجه أن يخرج الوقت.

Artinya “Dan tidak disunatkan membaca iftitah pada solat jenazah dan tidak juga pada solat fardua pabila telah sempit waktunya sekira-kira takut dengan sebab sibuk membaca iftitah akan keluar waktunya.” (Kitab Fiqh Al-Manhaji)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISSyaaban dan Puasa Sunatعَنْ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ...
21/01/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Syaaban dan Puasa Sunat

عَنْ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Daripada Usamah bin Zaid dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW; "Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Syaaban. Baginda bersabda: Bulan tersebut merupakan waktu yang sering manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia juga merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah Rab semesta alam. Aku s**a amalan aku diangkat ketika aku berpuasa". (HR an-Nasai No: 2317) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Bulan Syaaban, bulan paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding bulan lain.

2. Bulan Syaaban, bulan kebanyakan manusia lalai daripada meningkatkan amal. Ramai yang menyibukkan diri dengan urusan dunia seperti menyediakan persiapan hari raya, mengadakan majlis kenduri kendara dan sebagainya.

3. Ibnu Rajab menyatakan: “Dalam hadis ini terdapat dalil mengenai dianjurkan melakukan amalan ketaatan di saat manusia lalai. Inilah amalan yang dicintai di sisi Allah (puasa sunat).” (Lathaif Al Ma’arif, 235) Beribadah pada waktu ramai orang dilalaikan akan lebih ikhlas sehingga pahalanya semakin besar. Beribadat ketika ini akan lebih berat dirasakan oleh jiwa, kerana biasanya jiwa kita ini akan terpengaruh dengan apa yang dilihatnya. Ketika orang mungkin sibuk menjamu selera sebab nanti di bulan Ramadan tak boleh makan siang hari, maka akan semakin berat bagi jiwa untuk menjalankan ketaatan. Oleh sebab itu, secara umum, meningkatkan ibadah seperti puasa sunat pada bulan Sya'ban dan menjaga diri dari terikut-ikut orang lain adalah amal yang dicintai.

4. Setiap kita disarankan agar memperbanyakkan amal pada bulan Syaaban seperti puasa sunat, solat sunat, sedekah, membaca al-Quran dan lain-lain sebagai persiapan bertemu bulan Ramadan.

5. Setiap hari amalan kita akan diangkat ke langit. Bulan Syaaban adalah waktu pengangkatan amalan tahunan kepada Allah SWT.

6. Rasulullah SAW memperbanyakkan amal seperti puasa sunat pada bulan Syaaban kerana baginda s**a amalnya diangkat ketika sedang berpuasa. Puasa membersihkan jiwa dan menundukkan nafsu serta menghimpunkan keikhlasan, sabar dan ketaatan.

Ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Syaaban antaranya berpuasa sunat. Jadikanlah bulan ini untuk kita menyiram amal soleh agar ia tumbuh subur dan segar berterusan di bulan Ramadan nanti.






29hb Rejab 1447H
19hb Januari 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISPelihara Hak Jalanعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى...
07/01/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pelihara Hak Jalan

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا قَالَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الْأَذَى وَرَدُّ السَّلَامِ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ

Daripada Abu Sa'id Al Khudriy RA dari Nabi SAW bersabda: "Janganlah kamu duduk duduk di tepi jalan". Mereka bertanya: "Itu kebiasaan kami yang sudah biasa kami lakukan kerana itu menjadi tempat kami bersembang". Baginda bersabda: "Jika kamu tidak mahu meninggalkan kebiasaan seperti itu maka tunaikanlah hak jalan tersebut". Mereka bertanya: "Apa hak jalan itu?" Baginda menjawab: "Menundukkan pandangan, tidak menganggu (orang lain), menjawab salam dan laksanakan amar makruf dan nahi munkar". (HR Bukhari No: 5790) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW melarang sengaja duduk atau lepak di tepi jalan yang menjadi laluan orang ramai.

2. Imam Nawawi menjelaskan dalam Syarh Sahih Muslim, duduk atau lepak di tepi jalan boleh menyebabkan jalan sempit atau menyukarkan orang lain untuk melaluinya.

3. Larangan di atas mencakupi semua bentuk gangguan yang ditimbulkan kepada pengguna jalan raya. Antaranya tindakan menggunakan lorong kecemasan tanpa keperluan juga merupakan salah satu perbuatan yang menggangu jalan. Lebih-lebih lagi, ia menghalang laluan yang dikhususkan kepada orang yang berada dalam keadaan kecemasan, yang pasti akan memudaratkan orang tersebut jika tidak dapat menggunakannya.

4. Jika terpaksa berada di tepi jalan untuk urusan tertentu, kita perlu menjaga adab dan hak jalan iaitu:

a. Menundukkan pandangan (Menjaga pandangan daripada memandang perkara haram atau aurat orang lain)

b. Tidak mengganggu (tidak menyakiti orang yang lalu atau menghalang laluan, memelihara diri dari perbuatan menghina, mengata, bercakap kasar, tidak membuang sampah dan lain-lain)

c. Menjawab salam (memulia dan menghormati orang lain dengan menyebarkan salam dan menghidupkan ukhuwah)

d. Laksanakan amar makruf dan nahi munkar (menyuruh kepada kebaikan dan akhlak mulia juga mencegah kemungkaran serta perbuatan buruk).

5. Hadis ini mengajar bahawa setiap Muslim bertanggungjawab menjaga suasana aman dan berakhlak di ruang awam, sama ada secara fizikal atau maya.






17hb Rejab 1447H
07hb Januari 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Address

Jalan Delima
Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Friday 07:00 - 18:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SA TAMAN KOTA JAYA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category