Maahad Tahfiz AlQuran AnNaurah Ori

Maahad Tahfiz AlQuran AnNaurah Ori Maahad Tahfiz AlQuran AnNaurah (Matqan) berlokasi di Kota Tinggi,Johor .
(1)

Matqan menyediakan pembelajaran tahfiz sepenuh masa khusus kepada PELAJAR PEREMPUAN sahaja.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Den...
13/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Dengan izin-Nya, anak-anak Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Naurah hari ini berpeluang menerima sumbangan Hari Raya yang penuh bermakna, sekaligus menceriakan hati dan menambahkan kegembiraan mereka dalam menyambut Syawal 🀍✨

Sumbangan ini telah disampaikan oleh YAPEIM Kota Tinggi dengan kerjasama YAPEIM Negeri Johor serta PPD Kota Tinggi. Wajah ceria dan senyuman mereka jelas menggambarkan rasa syukur atas rezeki yang dikongsi bersama πŸŒ™πŸ’š

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAPEIM Kota Tinggi, YAPEIM Negeri Johor dan PPD Kota Tinggi kerana sudi menjemput pihak Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Naurah serta menyantuni anak-anak tahfiz kami. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda 🀲✨

Moga ukhuwah yang terjalin ini terus diberkati dan berkekalan, insyaAllah 🌸

Malam Nisfu SyaabanSemoga malam yang penuh keberkatan ini menjadi medan keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.Pihak Ma...
02/02/2026

Malam Nisfu Syaaban

Semoga malam yang penuh keberkatan ini menjadi medan keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.
Pihak Maahad Tahfiz Alquran An Naurah mendoakan agar seluruh warga maahad, masyarakat dan para penyumbang sentiasa berada dalam lindungan-Nya serta dipermudahkan langkah menuju Ramadan yang mulia.

05/01/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT

Maahad Tahfiz Al Quran An Naurah dengan penuh rasa syukur dan bangga merakamkan tahniah kepada pelajar Maahad ke-22 yang telah berjaya khatam Al-Quran dengan izin dan rahmat-Nya.

Pencapaian ini bukan sekadar menamatkan hafazan 30 juzuk, tetapi merupakan hasil kesungguhan, disiplin, pengorbanan masa serta doa berterusan daripada para pelajar, guru-guru dan ibu bapa.

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi panduan hidup, penenang jiwa dan cahaya yang menerangi setiap langkah, serta melahirkan generasi yang berakhlak, berilmu dan beramal dengan ajaran Al-Quran.

πŸ“–
β€œSebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

πŸŒ™ 1 Rejab 1447H πŸŒ™Rejab adalah bulan Allah, bulan untuk membersihkan hati dan memperbaharui iman.Semoga kita dipertemukan...
22/12/2025

πŸŒ™ 1 Rejab 1447H πŸŒ™
Rejab adalah bulan Allah, bulan untuk membersihkan hati dan memperbaharui iman.
Semoga kita dipertemukan dengan Ramadan dalam keadaan terbaik. 🀍

πŸ“š KEMPEN CELIK JAWI | JOM SUMBANG BUKU JAWI 🀍Mari bersama-sama menyemai minat membaca tulisan Jawi dan memelihara warisa...
18/12/2025

πŸ“š KEMPEN CELIK JAWI | JOM SUMBANG BUKU JAWI 🀍

Mari bersama-sama menyemai minat membaca tulisan Jawi dan memelihara warisan ilmu Islam.
Sumbangan anda, walau sekecil mana, mampu membuka peluang pembelajaran kepada kanak-kanak dan remaja di Maahad Tahfiz Alquran An Naurah

✨ Apa yang boleh disumbangkan?
πŸ“– Buku Jawi (kanak-kanak, remaja & umum)
πŸ“š Buku cerita, agama, doa atau pembelajaran
πŸ’° Sumbangan tunai juga dialu-alukan

🀲 Setiap sumbangan anda sangat bermakna dan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

πŸ“ Lokasi pengumpulan & maklumat lanjut adalah seperti di poster.
πŸ“² Imbas QR untuk sumbangan mudah.

Satu buku, sejuta manfaat.
Jom kongsikan agar lebih ramai dapat bersama dalam kempen ini 🌱

Cuti sekolah dah dekat! Jom sertai Program Cuti Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran An Naurah.Anak-anak akan ikuti pengisian ...
03/12/2025

Cuti sekolah dah dekat! Jom sertai Program Cuti Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran An Naurah.

Anak-anak akan ikuti pengisian seperti Smart Solat, Hafazan Surah Terpilih, Asas Fardhu Ain dan aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan!

Tarikh: 29 Disember – 2 Januari
Yuran: RM120 sahaja
πŸ“² Daftar segera melalui WhatsApp: 0189518230 (Cik Iffah)

Address

Lot 857, Jalan Lombong, Batu Ampat
Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+60189518230

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz AlQuran AnNaurah Ori posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz AlQuran AnNaurah Ori:

Shortcuts

Share

Category