22/11/2025
Kami warga sekolah Agama Mawai Baru Kota Tinggi, merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor Dato' Onn Hafiz Ghazi dan YB Mohd Fared Mohd Khalid EXCO Agama Johor atas pengumuman sumbangan bonus dalam Bajet Johor. Langkah penuh keprihatinan ini bukan sahaja meringankan beban rakyat dan penjawat awam, malah mencerminkan komitmen kerajaan negeri terhadap kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Johor. Semoga kepimpinan yang prihatin ini terus diberkati dan memacu negeri ke arah kecemerlangan.”